Share It

Isnin, 13 Februari 2012

Asal-usul peribahasa "Hanya Jauhari yang mengenal Manikam"


Ada orang bertanyakan apa maksud peribahasa "Hanya Jauhari yang mengenal Manikam".

Jawapan:

Peribahasa tersebut berasal dari kisah orang2 tua mengenai persahabatan pedangang hindu (Patmanaban) dan orang laut(Jauhari) di tanah Melayu. Mereka berjumpa, dan kemudiannya bersahabat baik. Tak lama lepas tu, mereka mengambil keputusan untuk berlayar bersama.

Langit tak selalu cerah, setelah bertahun2 berlayar bersama kapal mereka dilanda badai yang amat kuat, di lautan lepas (atas sikit dari Aceh)sehingga menenggelamkan mereka. Dalam kekalutan tersebut, hanya tuhan sahaja yang mampu menyelematkan mereka. Jauhari dapat berpaut pada serpihan kapal, dan berenang ke daratan, namun Patmanaban tidaklah dapat di jumpai. Beliau merasa amat sedih. Beliau mengambil keputusan untuk pulang ke kampungnya

Selepas 10 tahun berlalu, Jauhari kembali berlayar. beliau kemudiannya singgah di sebuah bandar. di utara Aceh.

Ketika beliau jalan, lepak2, makan angin, beliau terserempak dengan seorang gila, terbia, mukanya rosak teruk. Beliau amat terkejut apabila mendapati, itulah sahabatnya patmanaban, yang terpisah dengannya ketika kapal mereka tenggelam. *sekilas pandang sahaja beliau telah kenal Patmanaban.

Kemudian, atas kapasiti sebgai sahabat karib, beliau membawa Patmanaban ke kampungnya dan menemukannya dengan keluarga Patmanaban. Selepas perubahan wajah dan perangai, sukar untuk keluarga Patmanaban  mengecamnya.

Kemudian kisah ini diceritakan oleh Jauhari kepada anak cucunya. Dan dari kesetiaan Jauhari  itulah diambil sebagai peribahasa.

"Hanya jauhari yang mengenal manikam" ; hanya orang2 yang betul2 memahami dan mendalami sesuatu/seseorang itu dapat mengenal sesuatu/seseorang ie subjek.


Mungkin ada yang bertanya kenapa nama berbeza dalam cerita dan peribahasa. Ada 3 pendapat yang menjelaskan perkara tersebut.
1-Manikam dalam bahasa telugu memberi maksud ketua, mungkin Patmanaban ialah ketua masyarakat di tempat asalnya/
2-Manickam = Lord Krishna. Mungkin beliau lebih selesa menggunakan nama ini ketika berurus niaga.
3-Manikam mungkin diambil kerana beliau kerap menyambut seseorang dengan ucapan Vanikam, kemudia berlaku kesalahan dalam proses pemindahan cerita dari mulut ke mulut.

13 ulasan:

  1. thanx for the story

    BalasPadam
  2. menarik ceritanya...minta izin petik sedikit untuk isi laman sy yer...terimakasih

    BalasPadam
  3. Thks, cerita yg yg cukup menarik

    BalasPadam
  4. Thks, cerita yg yg cukup menarik

    BalasPadam
  5. Jangan merepek..jauhari=pakar permata n manika=gem/permata

    BalasPadam
  6. Tak logik. Sepatutnya keluarga sendiri lbh kenal fizikal seseorang berbanding sahabat. http://hakikatemas.blogspot.com/2010/02/hanya-jauhari-yang-mengenal-manikam.html

    BalasPadam
  7. cerita rekaan. cuba rujuk kamus makna perkataan tersebut

    BalasPadam
  8. bosann
    saya hampir tidur

    BalasPadam
  9. Haha.. Apa pnya crita la nihh.. Ni
    Hanya johari yang mengenal maniam..

    BalasPadam
  10. crap full of shit.

    BalasPadam
  11. thank you (dengan suara comel)

    BalasPadam

Kritikan membina dialu-alukan. Terima kasih.