Jumaat, 30 September 2011

Dengan nama ALLAH.

i do not own this picture.

Ku mulakan semula, setelah jeda kian lama,
dengan nama Tuhan yang Adil dan Saksama.

Isnin, 17 Mei 2010

Jadual Peperiksaan Term ke2 sesi 09/10

Sabtu 22/5 : akaunting (tahun lepas punya)
Sabtu 29/5 akaunting
Selasa 1/6 Sirah
Sabtu 5/6 Insuran
Selasa 8/6 Ekonomi Islam
Sabtu 12/6 Statistik (Praktikal)
Selasa 15/6 Pengurusan Perkilangan
Sabtu 19/6 Pengurusan Kewangan
Selasa 22/6 Quran

Rabu, 14 April 2010

Pos lembab

Bismillah.

Korang mesti pernah guna khidmat pos, kan? Walaupun lembab dan lambat, kadang2 kita terpaksa juga guna walaupun merasakan duit yang dibayar tak berbaloi.

jadi, nak dijadikan cerita, 3-4 hari lepas aku pergi ke pejabat pos, buat urusan sikit, pastu pakcik tu tanya, kenal tak nama sekian2 dia duduk di alamat yang sama dengan aku. Pastu aku pun cakap tak berapa pasti, tapi aku akan cari.

Balik tu, dapat la jumpa dengan pemilik nama tu, aku beritahu yg dia ada bungkusan. Pastu dia kata, dia tak dapat apa notification pun, dan orang dari msia pun takde bgtau ada kirim apa2. Cuma tahun lepas (2009) ada la barang tak sampai2.

Esoknya dia amik, memang barang yang dihantar pada bulan 2 tahun lepas. Baru sampai kat pejabat pos ni bulan Mac 2010. hoho. Menarikkan! Kebanyakan barangan makanan dah expired, dan dia kena bayar cas peti LE106.

Khamis, 8 April 2010

Kad Matrik

Sesi 09/10 dah hampir tamat. Tinggal sebulan setengah je lagi, tapi kad pelajar baru dapat. Aii, sedih betul.

Rabu, 31 Mac 2010

Tangan Yang Mengapai

http://www.youtube.com/watch?v=5oTZuQs5uj4

Tangan Yang Mengapai
Artis : N.S.R
Lagu : Dennise
Lirik Terbitan : S.C.A.N.


Merenungi tubuh yang tak bermaya
Dan mengusapi wajah penuh duka
Malang yang menimpanya kini menghantui kita
Apalah dosa hingga kau didera

Ketika kau memerlukan kasih serta belaian
Kau menjadi sasaran kezaliman

Jeritan suara
Titisan air mata
Tiada siapa yang endah

Tangan yang mengapai
Akhir layu terkulai
Seluruh harapannya berderai

Merenungi tubuh yang tak bermaya
Dan mengusapi wajah penuh luka
Malang yang menimpanya kini menghantui kita
Apalah dosa hingga kau didera

Ketika kau memerlukan kasih serta belaian
Kau menjadi sasaran kezaliman

Ke manakah hilang
Peri kemanusiaan
Bekalan tuhan untuk insan

Atas kesedaran
Mari kita pastikan
Kisah yang sedih
Tidak berulang

Ahad, 29 November 2009

9/7/10

Bertan2 buku untuk dihabiskan..haha
9 je pun padahal
77 fasal
10 hari cuti
Sempat tak habis semua?

InsyaAllah sempat..doakan aku

Rabu, 26 Ogos 2009

Tiket yang terbakar

Bismillahirrahmanirrahim.

London-Bristol 2 Person One-way Not refundable Dep 2200 24Aug09 16pound

24 Ogos 2009

1830 : Tiba di Regent Park Mosque
1840 : Siap berwudhu
1845 : Solat jama` ta`khir, menghimpunkan Asar dan Zohor
1855 : Beriktikaf dan menunggu Maghrib tiba.
1905 : Ambil buah-buahan(kurma/pisang/epal/jambu) dan susu yang diagihkan untuk berbuka
1910 : Kembali duduk dan menunggu.
1930 : Masih menunggu sambil membaca Al-Quran
1950 : Berdoa sebelum berbuka
2005 : Tangan dah pegang kurma
2007 : Sempurna ibadat puasa
2013 : Solat Maghrib didirikan secara berjemaah
2020 : Selesai solat Maghrib dan bangun menghimpunkan solat Isya`
2025 : Keluar dewan solat dan beratur untuk mengambil makanan berat
2035 : Beratur di barisan yang kedua
2040 : Menyesal kerana line yang sebelah bergerak lebih pantas menuruni tangga di mana makanan disediakan
2047 : Sampai ke kaunter agihan, makanan telah habis diagihkan
2050 : Stok terakhir sampai, masih ada rezeki yang Allah tetapkan untuk aku dan Imran
2055 : Berbelas jemaah tidak sempat mengambil makanan berat kerana telah habis
2105 : Selesai makan, berangkat pulang ke Bayswater, berjalan kaki.
2110 : Masih lagi berjalan
2115 : Tengah jalan lagi
2120 : Pun jalan jugak
2125 : Lenguh dah kaki nak mengejar masa
2130 : Jalan sehabis laju
2137 : Sampai ke Mara Hostel
2142 : Kelamkabut ambil beg
2145 : Berkejar ke Bayswater Tube Station
2146 : Masuk tube
2148 : Tren Circle Line tiba.
2150 : Notting Hill Gate Station
2154 : High Street Kensington Station
2156 : Gloucester Road Station
2157 : South Kensington Station
2200 : Sloane Square Station
2202 : VIctoria Station
2205 : Keluar Station
2207 : Jalan laju-laju ke Coach Station
2209 : Sampai ke Coach Station
2210 : Pergi ke Gate 6
2210 : Bas telah berlepas

Terbakar tiket aku! T_T

Tamat

Isnin, 15 Jun 2009

Melayu 0oh Melayu

Bismillah

Aku selalu berborak dulu, dengan member2, ramai yang sibuk bicara isu Palestin, Afghanistan, Iraq.Memang betul diorg ditekan, tapi hakikatnya, saudara seIslam kita yg berada dekat sangat dengan kita berdasarkan agama dan bangsa, jangan pulak kita lupakan.

Yups, yang aku maksudkan etnik2 yang termasuk dalam rumpun Melayu, seperti di Patani, Kemboja dan Sulu(Filipina).Tak rasa ke, sekurang2nya, kita perlu ambil tahu hal mereka.

Buatlah mna yang termampu oleh kita ye.

Nah, baca link2 ni

Sulu Patani Kemboja <--takjumpa official website pasal diorg

Banyak lagi sbenarnya komuniti Melayu kat dunia ni, bukan kat Msia dgn Indonesia je.

Jadi manfaatkanlah penggunaan internet anda.

P/s : Aku tidak bersifat perkauman, aku cuma mahu Melayu tahu sejarah dan siapa saudara mereka.