Khamis, 22 Disember 2011

Jadual Peperiksaan 2011/2012


Jadual term 1

Subjek
Hari
Muhasabah takalif 40-50
Isnin  9/1
Tatawwur Teknologi ل
Khamis  12/1
Buhus Iqtisadiah 40-50
Ahad 15/1
Ihsa’ ل
Ahad 22/1
Iqtisad Tahlili ج
Selasa  24/1

Kongsi

URL nya di sini

Dia mengeluh kasar,
Biar dihentam hingga ke dasar,
hatinya tidak merasa gentar..

Aku mengeluh kasar,
Melihatnya hati jadi gusar,
Mujurlah dia tidak tersasar.

Lantas kupeluknya erat,
Meminjam bahu menggalas berat,
Kini tiada lagi keluhan sarat.

Jumaat, 16 Disember 2011

Maut

Picture's URL


Tidak ku ragu,
Kau kan berada di depanku,
Kerana hadirmu itu pasti.

Tidak kuragu,
Kamu sering membelenggu,
Berada dekat ditenggorakku.

Tidak kuragu,
Kau pemisah yang patuh,
Mencabut kelazatan duniawi.

Tidak kuragu,
Wujudmu sebagai pengingat,
Kampungku yang jauh di sana.

Tidak ku ragu,
Bila kau datang bertamu,
Aku akan bertemu Tuhanku.

Wahai maut hamba pada Tuhan yang satu...

Jumaat, 9 Disember 2011

Tuduhanmu.

I dont own this picture

Aku teringat hari semalam,
Pabila suasana bertukar kelam,
Persis siang menganjak malam,
Baki cahaya berbalam-balam.

Sinar wajahmu seakan pudar,
Suaramu ku dengar amat mendatar,
Terasa keras gendangku dicakar,
Oleh bait-bait katamu yang liar.

Katamu aku seorang yang ego,
Tekun menegak benang yang basah,
Langsung tidak mahu beralah.
Merasa diri tiada salah.

Katamu aku seorang yang bongkak,
Bila bercakap selalu membongak,
Senantiasa mahu berlagak,
Perasan diri bergaya segak.

Mudahnya kamu melafaz dusta,
Menyanyi lagu berkalam nista,
Pabila tiada hujah bersisa,
Pantas kau beri gelaran berbisa.

Mulia sangatkah kamu itu,
Hina sangatkah aku ini,
Musakah kamu,
Firaunkah aku?

Sedang tuhan telah berfirman,
Katakanlah padanya selembut kalam,
moga dia sedar atau takut pada Ar-Rahman,
Tuhan yang mencipta sekalian alam.

Kawan, bukanku mahu menang bicara,
Atau menunjuk pandai sentiasa,
Tapi yang benar jelas rupanya,
Bisa dibeza dengan batilnya.

Salahkah aku hidup berprinsip,
Berada di dada kemas tersisip,
Bukan lebih sudu dari kuah,
Cuma hidup perlu bermaruah.

Ahad, 27 November 2011

Bukan bahasa manusia



Lidah terbelit cuba menguntum kata,
Peti ini bagai hilang khazanah suara,
bila hadirmu kini di depan mata,
bahasaku bukan lagi manusia.

Sabtu, 19 November 2011

Mood2 minggu pertama SPM 2011

Isnin 14/11/11 ; BM
Mood



Selasa 15/11/11 ; BI
Mood



Rabu 16/11/11 ; Sejarah
Mood


Khamis 17/11/11 ; Mathematics
Mood


Doakan aku wahai hamba2 Allah. Syukran jazilan.

Jumaat, 11 November 2011

Sekering dahan

still, this is not mine.

Ruginya si kaya jika mengumpul harta,
Sedang hidupnya seperti yang papa,
Apalah gunanya menjadi berita,
Jika datang maut menyekat cerita.

Ruginya yang alim enggan mengajar,
Sedang penuntut jauh berlayar,
Apalah guna bahasa kaya,
Jika diri tak mahu berkarya.

Ruginya yang sihat malas bekerja,
Sedang yang cacat sanggup menjaja,
Apalah guna berbadan sasa,
Jika semangat sudah binasa.

Ruginya si daie sombong lakunya,
Sedang mualaf santun adabnya,
Apalah guna banyak khutbahnya,
Jika tak sama dengan tingkahnya.

Ruginya si miskin kurang bersyukur,
Sedangkan tahu membawa ke kufur,
Apalah guna banyak bersungut,
Jika kerja hanya melangut.

Ruang tamu rumahku-syurgaku~
1107 02112011

Jumaat, 4 November 2011

Impian

i dont own this graphic




Kata mereka,
Jangan bermimpi,
Kerna mimpi itu merosak hati,
Mengharap pada suatu yang tak pasti,
Menjauhkanmu dari realiti.

Tapi aku,
Berani bermimpi,
Kerna mimpi itu baja kreativti,
Penterjemah sebuah idea sakti,
Ke dalam dunia realiti.

Kata mereka,
Jangan bermimpi,
Kerana mimpi itu bisikan syaitan.
Usah menduga seluas lautan,
Andai sejengkal kail jadi bekalan.

Tapi aku,
Berani bermimpi,
Kerana mimpi itu kunci harapan,
Untuk membina ilmu yang mapan,
Agar bisa ku takluk tujuh lautan.

Kata mereka,
Jangan bermimpi,
Kerana mimpi itu talbis iblis,
Kau di dunia hanya pengemis,
Jangan dihajat kerajaan mewaris.

Tapi aku,
Berani bermimpi,
Kerana mimpi itu penggalak diri,
Walau ranjau menjadi penyeri,
Pada matlamat ku terus berlari.

Tanpa henti...

kerana ku mengerti,
tanpanya selamanya ku disini,
tak berganjak memajukan diri,
hiduplah aku tiada erti.

Lupakah mereka...

Dulu terbang hanya angan,
Insan tak mungkin di awan,
Tika mimpi saja mampu digapai,
Kini terbang menjadi raptai.


 Shell Sg Ujong
0335 02112011