Jumaat, 4 November 2011

Impian

i dont own this graphic




Kata mereka,
Jangan bermimpi,
Kerna mimpi itu merosak hati,
Mengharap pada suatu yang tak pasti,
Menjauhkanmu dari realiti.

Tapi aku,
Berani bermimpi,
Kerna mimpi itu baja kreativti,
Penterjemah sebuah idea sakti,
Ke dalam dunia realiti.

Kata mereka,
Jangan bermimpi,
Kerana mimpi itu bisikan syaitan.
Usah menduga seluas lautan,
Andai sejengkal kail jadi bekalan.

Tapi aku,
Berani bermimpi,
Kerana mimpi itu kunci harapan,
Untuk membina ilmu yang mapan,
Agar bisa ku takluk tujuh lautan.

Kata mereka,
Jangan bermimpi,
Kerana mimpi itu talbis iblis,
Kau di dunia hanya pengemis,
Jangan dihajat kerajaan mewaris.

Tapi aku,
Berani bermimpi,
Kerana mimpi itu penggalak diri,
Walau ranjau menjadi penyeri,
Pada matlamat ku terus berlari.

Tanpa henti...

kerana ku mengerti,
tanpanya selamanya ku disini,
tak berganjak memajukan diri,
hiduplah aku tiada erti.

Lupakah mereka...

Dulu terbang hanya angan,
Insan tak mungkin di awan,
Tika mimpi saja mampu digapai,
Kini terbang menjadi raptai.


 Shell Sg Ujong
0335 02112011



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kritikan membina dialu-alukan. Terima kasih.