Rabu, 15 Februari 2012

Sumpah Mujahid Syria



Pemuda itu gagah berdiri,
Lantang bersuara memecah angkasa,
Menaik semangat pemuda perkasa,
Tak gentar melainkan yang ESA.

Atas nama ALLAH yang Agung.
Akan kami lindungi wanita-wanita kami,
Akan kami lindungi anak-anak kami,
Akan kami lindungi alim-ulama kami,
Akan kami lindungi para pejuang kami,

Hingga peluru memenuhi jasad,
Hingga terpisah kepala dari badan,
Hingga jantung berhenti berdegup,
Hingga darah berhenti menitis.
Kerana menang atau syahid jadi idaman.

Atas nama ALLAH yang Agung,
Kami tidak mengharapkan bantuan dari sesiapa,
Bukan pada Amerika,
Bukan pada Liga Arab,
Bukan pada sesiapa.
Kerana kemenangan dari-Mu ya ALLAH.

Semangat menjulang ke langit,
Lautan manusia menadah tangan,
Yakin pasti terbuka pintu langit,
Kejayaan mampir bukan angan.




بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ
Apabila telah dtg pertolongan Allah dan kemenangan,
وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا
Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dgn berbondong-bondong,
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا
Maka bertasbihlah dgn memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat

2 ulasan:

  1. hmmm i dunno wht to say actually but honestly.. i like something words that show ur feeling inside ..hhmmm something that can touch people's hearts

    ayat kamu ok .. cuma terlalu biasa...

    i mean like say something from ur heart not from ur mind..
    then people will feel the same thing like u feel

    ..it will show ur honesty and sincerity in ur writing ..insyaALLAH..



    ~el~

    BalasPadam
  2. Terima kasih el. Ada ustaz, ust Muhammad rasanya(ada slot di tv9) kata, nasihat atau ceramah tu seeloknya lahir dari hati. Kerana apa yang keluar dari hati akan jatuh ke hati jua. TK. :)

    BalasPadam

Kritikan membina dialu-alukan. Terima kasih.