Isnin, 30 April 2012

Pengkhianat



Pengkhianat katamu,
Sedang pintaku dahulu kau tulikan,
Usaha dan jerihku kau butakan.

Pernah kau merasa apa yang ku rasa?
Berjuang sendiri tanpa teman.
Dibiar sendiri di medan perang.
Tanpa perisai berlindung bila diserang.
Tanpa bekal dan ration menangkis kelaparan.

Perjuangan yang sia-sia,
Perjuangan yang tiada makna,
Perjuangan yang tidak dihargai,
Perjuangan yang tewasnya pasti.

Lantas untuk apa aku terus di sini,
Mempertahankanmu yang tak pernah mengerti,
Ya, kamu yang tidak mahu berjuang sekali,
Lebih baik ku pergi ke medan yang setara,
Medan di mana pintaku didengari,
Usaha dan jerihku dihargai,
Rasa dan pandangku diselami.

Biarkanku berlalu dari medan ini,
Walau nista dan caci menemani,
Kerana kamu tidak pernah memahami diri,
Selamat tinggal dan biarkan ku pergi.

2 ulasan:

Kritikan membina dialu-alukan. Terima kasih.