Rabu, 14 Januari 2009

Update..

Bismillah.

Dah lama juga aku tak update blog ni.Rasa tak patut pulak sebab bila tengok kat feedjit tu masih ada yg
buka blog ni.Untuk baca pos terbaru mungkin.Ah, nak buat macam mana, masa tak memberi peluang.Sebulan dua ni,sibuk sangat baru pindah secara rasmi ke DMAK(Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah).Malaysian Hall untuk Mesir.Maka banyak perkara yang aku perlu selesaikan untuk penempatan baru ni.Tak lupa juga urusan pendaftaran kuliah, dan pembaharuan biasiswa Azhar.Jadi kesimpulannya memang sibuk tahap gaban punya.Nak bagitahu aktiviti aku pun tak sempat.

Tapi kemungkinan besar, faktor utamanya ialah tiada sambungan internet 24jam.Nak online kena masuk cc.Bab2 nak membayar untuk tulis blog aku tak berapa minat.Sebab ada tabiat semula jadi aku yang perlu aku selesaikan bila mana online.Baca sotkaba, komik, tengok emel dan surat2 pastu baru lah buat perkara2 sunat lain.Hoho.Jadi memang takde masa.

Tapi insyaAllah, lepas periksa kalau ada kelapangan akan aku tulis tentang permasalahan Pelajar Azhar.Tinggal ada 2 Bahagian lagi 1-Masalah sistem Azha/Universiti di Mesir dan 2-Masalah individu pelajar tu sendiri.Moga2 sesiapa yang terbaca dan punya kekuatan untuk mengubah keadaan ni, dapat
manfaat dan gambaran tentang perkara ni.Dan sekali lagi, ni bukan janji.Kalau ada kelapangan insyaAllah.

Sekian dulu.Tata \(^_^)/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kritikan membina dialu-alukan. Terima kasih.