Sabtu, 29 Oktober 2011

Salju

i do not own this picture

Langit jatuh salju,
Angin deru laju,
Langkah henti kaku,
Jasad tiada laku.

Anak senyum riang,
Ibu hati girang,
Dalam jiwa tenang,
Semua jadi senang.


Bahasa tanpa suara,
Diam tanpa cara,
Badan sahaja bicara,
Sama nikmati acara.


Sabtu, 22 Oktober 2011

Puisi dari neraka.

i do not own this picture

Di atas laluan hantu neraka,
Kuda dari Jepun yang ditunggang mereka,
Pekikan kuda yang tak membawa apa makna,
Tapi mereka bangga dengan seni tanpa makna,

Kupu-kupu malam erat memaut kendati,
Atas jasad hidup tapi akal mati,
Maruah harga diri ditimbang kati,
Nampak hidup tapi hati mati.

Minta diberi kuda makan di kaki lima,
Hukum manusia tiada yang percuma,
Hulur satu kertas nilai ada lima,
Tak dicari tapi ditagih dari tak bernama.

Usai acara  mula bercengkerama,
Dengan kupu menang melodrama,
Lupakan diri dan juga agama,
Malam ini kita bersenggama.

Kupu-kupu patah sayapnya,
Tiada peduli atau bertanya,
Menjerit rasa dianianya,
Dihinggapi penyakit berbahaya.

Tiga purnama bomoh berkata,
Sakit itu tiada ubatnya,
Hantu bisu berlalu tak terkata,
Sedar sesal tiada gunanya.

Anak kupu dibuang merata,
Dibunuh sesuka tanpa rasa,
Sembilan bulan sengsara tanpa kata,
Ditinggal sembunyi dalam kasa.

Hantu halus hilang entah kemana,
Tidak hirau akan janji lama,
Sentiasa hidup mati bersama,
Hanya janji kosong untuk kama.

Ku cipta lagu untuk mereka,
Moga tiada yang masih leka,
Akhiran bagi taman yang direka,
Kerana puisi ini dari neraka.

Sabtu, 15 Oktober 2011

Purnama


i dont own this picture

Malam ini,
hati kacau,
jiwa meracau,
andai dapat aku cekau,
sebutir harapan dari dikau.

Malam ini,
sendirian lagi,
kemana semangat pergi,
tak ku ulang kesilapan lagi,
adakah akan berterusan hingga ke pagi?

Malam ini,
ku hisab diri,
penaku ligat menari,
melakar ilham yang ku cari,
harapanku agar ia sempurna tika dinihari.