Sabtu, 29 Oktober 2011

Salju

i do not own this picture

Langit jatuh salju,
Angin deru laju,
Langkah henti kaku,
Jasad tiada laku.

Anak senyum riang,
Ibu hati girang,
Dalam jiwa tenang,
Semua jadi senang.


Bahasa tanpa suara,
Diam tanpa cara,
Badan sahaja bicara,
Sama nikmati acara.


6 ulasan:

  1. suka suka suka..lebih ringkas dn mudah d fahami dari yang sebelumnya,mungkin sebab bukan orang sastera..picturenya pun cute..
    em,tapi kenapa salju..dan macam mana nak kaitkan tajuk dengan rangkap kedua?

    BalasPadam
  2. sebab mesir tengah musim sejuk. :) . walaupun mesir tak ada salji, tapi khayalan kan. :P

    hurm, tajuk biasanya kita letak sesuatu yang berkaitan dengan puisi tu. Jadi rasanya, kaitan dia adalah latarbelakang untuk puisi tersebut.

    Sebenarnya nak buat haiku, tapi haiku 3 baris je. lagi susah kot.

    BalasPadam
  3. haiku,3 baris?tak seronoknya tiada salji..orang yang bersastera memang perlu pada imaginasi smpai kadang2 terlalu hyperbola bukan..walaupun pemilihan kata itu menarik dan menjadikn puisi itu puitis,tapi masih ada golongan yang sukar memahami..saya merujuk puisi2 yang di nukilankan dalam paper contohnya..adakah ini di anggap bekesan?

    BalasPadam
  4. haiku ni puisi Jepun, memang menarik, tapi ada peraturan2nya, macam 3 bari, kemudian setiap baris atau bait. Kamudian setiap bait tu akan guna 5-7-5 (bilangan sukukata setiap bait). Itu yang asaslah. Boleh rujuk di link ini.
    http://en.wikipedia.org/wiki/Haiku

    Pemilihan kata itu rasanya bergantung pada keselesaan kita menulis, biasanya kata2 yang digunakan hanya untuk menyesuaikan dengan ritma(arudh) dan juga sajak سجع (keseragaman di akhir setiap bait).

    Tapi kalau pemuisi memilih untuk menggunakan metafora, mungkin untuk memberikan makna yang lebih mendalam. Contoh ; "Mat baik, mendengar kata, taat dan tidak akan menderhaka". Dalam puisi lebih baik disifatkan dengan "Mat malaikat".

    Atau "Mat dulunya baik, menjadi guru2 kepada orang soleh, kemudian kerana dia ego, maka terjerumus dalam kekufuran" dalam puisi boleh saja menggunakan perkataan Azazil untuk menyifatkan semua tentang Mat.

    Cuma kalau perkataan2 bombastik tu rasanya patut juga, sebab kalau bukan dalam karya sastera, bila lagi perkataan tu mahu digunakan. Tapi tak dinafikan kalau puisi itu menggunakan bahasa mudah, lagi banyak sasaran pembaca yang ada, contoh sasterawan yang menggunakan bahasa mudah, Usman Awang (memang suka, lagi2 puisi "Melayu".

    Tapi, saya pun sebenarnya baru je mula belajar. Banyak lagi yang tak faham, lagi2 sajak moden. Sebab agak aneh, kerana terlalu bebas, tiada ritma tetap, tiada juga sajakسجع. Jadi kadang2 saya tak berapa faham di mana keindahan susunan kata2 tu.

    *melalui kenalan yang berada di negara salji, mereka kata, mula2 salji seronoklah, pastu tak berapa sangat, sebab susah nak keluar. :)

    BalasPadam
  5. satu penerangan yang cukup bermaklumat saya kira..terima kasih atas perkongsian ilmu..saudara ni memang nampak benar minatnya pada sastera..mungkin lain kali kita boleh berkongsi pendapat dalam bidang ni...

    BalasPadam
  6. InsyaALLAH, kalau ada kesempatan, saya alu2kannya. Mohon tunjuk ajar.

    BalasPadam

Kritikan membina dialu-alukan. Terima kasih.