Jumaat, 4 November 2011

Impian

i dont own this graphic




Kata mereka,
Jangan bermimpi,
Kerna mimpi itu merosak hati,
Mengharap pada suatu yang tak pasti,
Menjauhkanmu dari realiti.

Tapi aku,
Berani bermimpi,
Kerna mimpi itu baja kreativti,
Penterjemah sebuah idea sakti,
Ke dalam dunia realiti.

Kata mereka,
Jangan bermimpi,
Kerana mimpi itu bisikan syaitan.
Usah menduga seluas lautan,
Andai sejengkal kail jadi bekalan.

Tapi aku,
Berani bermimpi,
Kerana mimpi itu kunci harapan,
Untuk membina ilmu yang mapan,
Agar bisa ku takluk tujuh lautan.

Kata mereka,
Jangan bermimpi,
Kerana mimpi itu talbis iblis,
Kau di dunia hanya pengemis,
Jangan dihajat kerajaan mewaris.

Tapi aku,
Berani bermimpi,
Kerana mimpi itu penggalak diri,
Walau ranjau menjadi penyeri,
Pada matlamat ku terus berlari.

Tanpa henti...

kerana ku mengerti,
tanpanya selamanya ku disini,
tak berganjak memajukan diri,
hiduplah aku tiada erti.

Lupakah mereka...

Dulu terbang hanya angan,
Insan tak mungkin di awan,
Tika mimpi saja mampu digapai,
Kini terbang menjadi raptai.


 Shell Sg Ujong
0335 02112011



Sabtu, 29 Oktober 2011

Salju

i do not own this picture

Langit jatuh salju,
Angin deru laju,
Langkah henti kaku,
Jasad tiada laku.

Anak senyum riang,
Ibu hati girang,
Dalam jiwa tenang,
Semua jadi senang.


Bahasa tanpa suara,
Diam tanpa cara,
Badan sahaja bicara,
Sama nikmati acara.


Sabtu, 22 Oktober 2011

Puisi dari neraka.

i do not own this picture

Di atas laluan hantu neraka,
Kuda dari Jepun yang ditunggang mereka,
Pekikan kuda yang tak membawa apa makna,
Tapi mereka bangga dengan seni tanpa makna,

Kupu-kupu malam erat memaut kendati,
Atas jasad hidup tapi akal mati,
Maruah harga diri ditimbang kati,
Nampak hidup tapi hati mati.

Minta diberi kuda makan di kaki lima,
Hukum manusia tiada yang percuma,
Hulur satu kertas nilai ada lima,
Tak dicari tapi ditagih dari tak bernama.

Usai acara  mula bercengkerama,
Dengan kupu menang melodrama,
Lupakan diri dan juga agama,
Malam ini kita bersenggama.

Kupu-kupu patah sayapnya,
Tiada peduli atau bertanya,
Menjerit rasa dianianya,
Dihinggapi penyakit berbahaya.

Tiga purnama bomoh berkata,
Sakit itu tiada ubatnya,
Hantu bisu berlalu tak terkata,
Sedar sesal tiada gunanya.

Anak kupu dibuang merata,
Dibunuh sesuka tanpa rasa,
Sembilan bulan sengsara tanpa kata,
Ditinggal sembunyi dalam kasa.

Hantu halus hilang entah kemana,
Tidak hirau akan janji lama,
Sentiasa hidup mati bersama,
Hanya janji kosong untuk kama.

Ku cipta lagu untuk mereka,
Moga tiada yang masih leka,
Akhiran bagi taman yang direka,
Kerana puisi ini dari neraka.

Sabtu, 15 Oktober 2011

Purnama


i dont own this picture

Malam ini,
hati kacau,
jiwa meracau,
andai dapat aku cekau,
sebutir harapan dari dikau.

Malam ini,
sendirian lagi,
kemana semangat pergi,
tak ku ulang kesilapan lagi,
adakah akan berterusan hingga ke pagi?

Malam ini,
ku hisab diri,
penaku ligat menari,
melakar ilham yang ku cari,
harapanku agar ia sempurna tika dinihari.

Jumaat, 30 September 2011

Dengan nama ALLAH.

i do not own this picture.

Ku mulakan semula, setelah jeda kian lama,
dengan nama Tuhan yang Adil dan Saksama.

Isnin, 17 Mei 2010

Jadual Peperiksaan Term ke2 sesi 09/10

Sabtu 22/5 : akaunting (tahun lepas punya)
Sabtu 29/5 akaunting
Selasa 1/6 Sirah
Sabtu 5/6 Insuran
Selasa 8/6 Ekonomi Islam
Sabtu 12/6 Statistik (Praktikal)
Selasa 15/6 Pengurusan Perkilangan
Sabtu 19/6 Pengurusan Kewangan
Selasa 22/6 Quran

Rabu, 14 April 2010

Pos lembab

Bismillah.

Korang mesti pernah guna khidmat pos, kan? Walaupun lembab dan lambat, kadang2 kita terpaksa juga guna walaupun merasakan duit yang dibayar tak berbaloi.

jadi, nak dijadikan cerita, 3-4 hari lepas aku pergi ke pejabat pos, buat urusan sikit, pastu pakcik tu tanya, kenal tak nama sekian2 dia duduk di alamat yang sama dengan aku. Pastu aku pun cakap tak berapa pasti, tapi aku akan cari.

Balik tu, dapat la jumpa dengan pemilik nama tu, aku beritahu yg dia ada bungkusan. Pastu dia kata, dia tak dapat apa notification pun, dan orang dari msia pun takde bgtau ada kirim apa2. Cuma tahun lepas (2009) ada la barang tak sampai2.

Esoknya dia amik, memang barang yang dihantar pada bulan 2 tahun lepas. Baru sampai kat pejabat pos ni bulan Mac 2010. hoho. Menarikkan! Kebanyakan barangan makanan dah expired, dan dia kena bayar cas peti LE106.

Khamis, 8 April 2010

Kad Matrik

Sesi 09/10 dah hampir tamat. Tinggal sebulan setengah je lagi, tapi kad pelajar baru dapat. Aii, sedih betul.