Rabu, 28 Mei 2008

Aku,Akhbar,Tabloid dan AF

Bismillah.

Hmmm..nak tulis apa eh?

Pagi Semalam : Pergi periksa Feqah
Tghari Semalam : Lepak kat Arma
Ptg Semalam : Habiskan tgh campaign Warhammer
Malam Semalam : Balik, Makan, Tidur. +an skit, ulangkaji!!
Pagi ni : Baca berita kat mawifc(Pengupload berita bergambar ni banyak ambil berita dari Metro,Utusan dan Harakah)Harakah ni dimasukkan pasca PRU.

Mari bersama2 kita kritik Akhbar,tabloid dan Af.

Setiap hari ada je perkara baru.Pelik2 pula tu.Metro ni mmg merapu tullah.Khalwat,Zina,Rogol,Bunuh,Samun tu je yang menjadi keutamaan akhbar diorg ni.Macam manalah minda bangsa sendiri nak bangun kalau asyik fokus dengan perkara2 ni.Bukanlah aku bermaksud nak memperkecilkan perkara yang diorg nak ketengahkan tu.Tapi apa kebaikannya dengan mendedahkannya.Aku cuma rasa, secara tidaklangsung. Laporan2 camni menggalakkan pembaca untuk memcuba.Lebih2 lagi kebanyakan pembaca diorg ni dalam lingkungan 16-30.Pendedahan yang berterusan camni hanya akan membuatkan orang yang ada niat untuk melakukan berkata camni ~Banyak orang dah buat~ .Mereka semakin berani melakukan kejahatan tersebut.tak hairanlah kalau diorg buat liputan banyak2 pasal isu ni pun tak terawat juga gejala ni.Cuba tengok apa yang Majalah lucah `Mastika` buat.Lepas macam pendedahan dibuat (dengan Cover mesti ada tulisan &@^#*($..huh bajet tgh sensorlah..padahal gimik je..nak peralatkan minda anak muda yang lemah) apa perubahan yang mereka lakukan.Bahkan dalam tu ditulis dengan hampir terperinci macamana diorg melakukan maksiat.Membuatkan yang tak berniat, mula pasang niat.Dan yang tgh buat lebih berhati2 dan bijak dalam melakukan jenayah/maksiat.Kenapalah diorg takleh buat majalah sebagus Reader Digest.Barulah best.Ni bila ada tekanan kewangan sikit terus berubah kepadan majalah, akhbar, tabloid yang `murah` dan tak berpegang kepada etika kewartawanan.Buat liputan pada perkara bodoh2 camtu.Pendedahan pasal perkara ni perlu juga, tapi biarlah dengan cara yang lebih terkawal, berhemah dan berhikmah.Tak perlulah ayat2 dan tajuk diolah supaya menjadi lebih `panas` dari biasa.

Pasal Akedemi Fantasia pula.Rancangan yang mendapat tentangan dari segenap penjuru yang dilontarkan oleh para mufti dan ustaz2 juga datang dari insan biasa macam aku, dan anti hedonisme.Telah tamat akhirnya.Lega juga, sekurang2nya kuranglah sikit dosa dari mengumpat yang bakal dihasilkan oleh para penonton rancangan lembu ni.(huhu..sedap tul kutuk rancangan ni).Okaylah, memandangkan penontonnya ramai aku tak nak kutuk lebih2.Tapi aku nak nyatakan rasa tak puas hati aku kat sini.Pada kawan2 syaitan yg bergerak membantu meneruskan rancangan bodoh dan tak membina minda ni.Iaitu Para pengundi peserta2 yg menyertai AF ni.
Wahai para pengundi.Tak pernah terfikirkah kamu.Jadi aku bagi korang sebab2 kenapa korang perlu tinggalkan undi dan kalau boleh jangan habiskan masa/duit korang untuk rancangan2 macam Af ni.

Sebab2;
1:Yang Astro ni nak perah duit korang.Ada ke patut satu undi tu boleh sampai rm10.Tak pelik ke.Nampak sangat terdesak.Tapi masih ada lagi orang yang undi.
2:Jangan biarkan bangsa korang berterusan me`monyet`kan diri mereka dengan bantuan korang.
3:Dosa,korang ni mmg betul2 tak sekolah kalau cakap rancangan ni halal.
4:Pembaziran, dengan ini secara automatiknya korang dah dapat title kawan syaitan yang sejati.
5:Sumber umpatan, Ala.biasalahkan lepas satu2 konsert tu mestii adanya program mengkritik yang tak rasmi subjeknya, peserta/pengkritik/hos.
6:Pembaziran masa, dah banyak sangat ke amalan korang sampai 2jam dibazirkan untuk tgk org menyalak.
7:Zalim, korang dah tumpukan pada perkara yang tak sepatutnya.Banyak lagi perkara penting yang kita patut lakukan.
8:Korang menjamin kesinambungan program tercela ni untuk diadakan pada tahun mendatang.Jadi secara automatiknya korang membantu orang lain buat dosa, dan dapatlah saham atas perbuatan mereka.Baguskan!!
9:Korang membantu para peserta menjadi perosak di muka bumi ni.

Dahlah, cukuplah 9 sebab.Lagipun aku ada banyak lagi perkara nak dibereskan.Orang yang Allah nak bagi hidayah, cukup satu sebab pun dia berpuashati.Dalil?!, kalau korang tanya pasal dalil jelaslah korang ni tak pernah baca Quran dan kalau korg baca pun tak pernah paham atau berusaha memahami Quran tu.Sedarlah kawan.perkara ni bukan main2.Nanti puas kita menjawab depan Allah Swt.

Kesimpulannya.Bersama2 kita menentang kewujudan program2 hiburan yang melampau ni!Bukan Af je.Takyah sebut yang lain2 tu sbb aku rasa korang pun tau.

Sekian dulu.

5 ulasan:

  1. hangat yer entry kali ni..patutnya kena letak tanda AMARAN!![buat peminat AF+METRO+MASTIKA..dan seangkatan dengan nya..hehe]
    juga tulis dgn tulisan kaler merah..kasi menyala sket...=p

    isu menarik..tapi kenapa dikupas bersama emosi yang membara?? sebab orang m'sia degil belaka ke?? [hahaa..hakikatnya, memang pun...]

    teruskan menulis..teruskan mengupas..teruskan beremosi..tapi jangan sampai emosi membaluti rasional akal sudah...

    BalasPadam
  2. stuju2...mastika hampeh...x bergune...tapi skang cam dah ok sket...xder arr pasal 'mendedahkan' maksiat sgt~gogoogo

    BalasPadam
  3. imran : Ye ke..baguslah tu..tapi masih jauh untuk menjadi buku maklumat dan ilmiah

    tanpa nama : Emosi ke..tak perasan pula..mungkin sbb masa tgh fikir tu otak tgh sarat dgn aura negatif..jadi secara tak langsung yang keluarnya macam negatif gaklah..Sebenarnya nak kritik dgn lebih berprinsip..Tapi kesuntukan masa..Nak periksa lagi..jadi taram je lah..apa yang terlintas kat kepala tu lah yang keluar..Takde main rangka2 nya.

    BalasPadam
  4. penggunaan bahasa yang baguuss,jeless lakk aku doll...heehe

    BalasPadam

Kritikan membina dialu-alukan. Terima kasih.