Jumaat, 30 Mei 2008

Lepas ujian Business

Bismillah.

Habis dah imtihan Business.Tinggal lagi 2bertulis(Quran dan Sumber Ekonomi) dan 1 lisan (Quran).Banyak gak ni nak kena ulang, 5 juz.Harap2 sempatlah, sbb syafawi Rabu depan 4/6.Doakan kejayaan aku!!

Balik tu..Aku singgah Arma ada hal sikit.Pastu member aku tanya
`Ada tak orang yang nak pergi Jordan, aku nak ikut.Kalau boleh dalam bulan6 ni lah.Aku nak ikut seberang je(naik kapal laut).Nanti bila sampai sana nafsi2 lah`.
Jadi ada tak kawan2 korang yang nak pergi Jordan.Member aku ni dia nak teman seberang laut je.Kalau ada tolong bagitau aku, okay!!

Pastu malam lak aku balik.Kena masak pula.Gasak lah, yang nak makan pun ahli bait aku je pun.hoho.Apa aku masak eh, jap.Baru ingat.Ayam kokki ngan sayur salad+ikan masin.

Malam tulak.Pas maghrib ada majlis perasmian umah Kedah.Baru buka, ust Azizan pun turun nak rasmikan.Sebagai seorg pelajar yang berhemah dan prihatin kepada bakal2 jiran aku(umah dekat je ngan umah kedah), aku pun pergi lah.Tapi aku balik awal, sbb pening kepala dari memeras otak utk imtihan business masih tak hilang.

Pastu Muammar(ahli bait aku) balik bawak nasi bungkus.Terkocoh2 aku siap2, hilang jap aku nye pening pala.Tp sungguh mengecewakan.Nasi dah habis! :( . Sedih...Tu je pun niat asal aku datang.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kritikan membina dialu-alukan. Terima kasih.