Selasa, 23 September 2008

Klinik Pesakit Luar

Bissmillah.

Assalamualaikum w.b.t semua.

Lama dah rasa2nya aku tak update blog ni.Maaflah kalau ada yang masuk untuk melihat surat2 baru, tapi tak berjumpa.Tak leh nak buat apa, mungkin hidup aku kat kampung ni tak lah sesibuk mana.Tapi motivasi untuk menulis tu berkurang.Alang2 dah logged in dalam akaun ni, terasa gatal pulak tangan nak menulis.

Hmmm..lebih kurang tujuh hari lagi kita akan meninggalkan Ramadhan, tapi dah cukup ke amalan kita untuk Ramadhan kali ni?Harap2, walaupun mungkin tidak memadai, tapi kita masing2 dah buat terbaik untuk akhirat kita.Moga Allah mengampunkan kelemahan hamba2nya.

Jadi nak tulis secara diari terbuka.

Pagi ni...

Mengantuk betul, bangun dalam keadaan bermalas2an untuk bersahur.Lepas makan lepak depan tv tengok Shaman King(anime yang aku x dapat habiskan sbb cd rosak, masa kat Mesir) .Dah bosan layan Shaman King, main tenet kejap.Sebab pagi ni nak ikut abah nak gi Hospital.

7.40 pagi, gi bandar...lalu ikut jalan Mambau.Abah hantar aku kat Hospital Tuanku Jaafar.Tak pasti kat mana Klinik Pesakit Luar, aku pun turun je lah kat depan bangunan yang terletak belakang Klinik Pakar.Jadi aku pun tanya la kat mamat ni...er minah (nurse ni aku confius dia ni laki ke perempuan sebab potongan rambut dia macam laki, suara plakk lembut cam perempuan) .Dah tanya tu baru aku tahu yang Klinik Pesakit Luar terletak bukan di kawasan tu tapi di luar kompaun Hospital tu.Terpaksa la menapak dalam 200meter, ke Klinik Pesakit Luar(KPL).

Sampai kat KPL huyyo, ramai betul orang.Boleh tahanlah, gi lah isi borang pendaftaran sebab aku tak pernah lagi dapatkan rawatan kat KPL Seremban ni.Masa beratur nak ambil giliran untuk ambil borang tu, ada lah nurse lelaki India, huh..smart dia ni, cakap Mandarin selamber je, respek betul kat dia.

Siap isi borang, aku hantar kan kat satu lagi kaunter, kena tunggu no giliran dipanggil no. 1110 aku dapat, cun gak no tu.hoho.Siap nama aku dipanggil, ambil borang, dan bayar RM1.Terus masuk bhg. rawatan.Dapat bilik no. 4 Dr. Uma jaga, okaylah doktor tu, walaupun tiada senyuman, tapi aku dapat rasakan dia ikhlas merawat.Tanyalah beberapa penyakit yang aku hidapi.Gatal mata : Alahan, Tapak tangan dan kaki selalu sejuk : Unknown.uhuh.Dia pun bagi perskripsi untuk alahan mata (sampai skrg aku tak makan lagi, malasnya...).Masalah kedua tu pulak dia minta aku bagi sampel darah, kena check 2 minggu lagi.Aii, kena menapak lagi la aku pasni ke Pusat Bandar.

Siap serahkan perskripsi kat Kaunter Farmasi, tunggulah kejap dalam 3-4minit.no giliran aku dipanggil untuk mengambil ubat.Dapatlah 2 jenis tablet, dan satu ubat titis.`Ubat titis mata ni boleh pakai waktu siang, tak batal puasa`.Aku angguk je sambil senyum.~Bagus juga perkhidmatan diorg ni skrg, aku tak tanya pun, sbb memang dah tahu, lagi pun berlambak pekeliling ditampal untuk memberitahu apa jenis rawatan yang membatalkan dan tak membatalkan puasa~

Kena lak gi Klinik Gigi nak check gigi ni, lagipun klinik gigi tu dekat dengan pejabat Abah.Memandang geografi aku ni memang lemah, kena lah tanya orang untuk tahu arah.seperti biasa Jaga dan polis trafik yg menjadi mangsa, oho.

`Sala...(serba salah nak bagi salam sbb nampak dia cam org bukan Islam) err, bang nak tanya sikit la dari sini nak pergi Klinik gigi camne? (Menyesal sikit sebab bila aku tgk kat tag nama dia, aku nampak gambar orang pakai kopiah)
`La..kat dalam klinik ni ada`
`Takpe la, saya nak jumpa orang pulak lepas tu, jadi saya nak tahu klinik gigi yang dekat dengan A&W tu`
`Yang tu ke, adik kena lalu jalan yang ada jejantas tu straight je, hurmm, klau ambil teksi ni kata je nak pergi klinik sebelah sana, diorg faham`
`Kalau camtu takpelah, bas ada tak lalu situ`
`Bas ada tapi diorg tak lalu depan klinik tu`
`Okaylah bang, kalau camtu takpela saya pergi dulu`
`eh, ni naik apa?`
`Naik kaki je` Sambil tunjuk kat kaki aku.

Jalan punya jalan.Ada brader tegur, rupanya Jaga tadi bawak motor dia nak hantar aku (uhu..baik hati betul brader ni) .Mudah keje aku..Terima kasih abang Mohd Hanif.

Dipendekkan cerita, aku gi tampal gigi lagi.Dan dapatkan nasihat cara penjagaan gigi yg betul.

Habis aktiviti luar aku hari ni.

Manyak letih...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kritikan membina dialu-alukan. Terima kasih.