Ahad, 28 September 2008

Masalah Pelajar Azhar

Bismillah.

Aku pernah terdengar suatu ketika dulu, samada aku ni merupakan orang pertama atau pun telah menjadi yang kedua, ketiga, keempat dan mungkin keseratus, suara2 sumbang yang mengkritik pelajar Azhar.

Ya, mungkin tak banyak, tapi skali terkena, memang menyakitkan hati.Apabila pelajar atau institusi di mana kita belajar dihina dan diperlekehkan, walaupun tidak ditujukan kepada kita sendiri, tetapi jik kita terdengar atau mengetahui kenyataan tersebut dikeluarkan oleh seseorang, pasti serba sedikit akan terasa juga.Cubit peha kanan, peha kiri pun rasa!

Kenyataan seperti;

`Pelajar Azhar malas, suka ponteng kuliah`

`Pelajar Azhar tidak bersungguh...tak mampu bersaing di arena pekerjaan`

`Allaa...bukan boleh pakai pun diorang tu...bahasa arab pun tak lancar`

`Asyik fail je...diorang ni betul ke belajar...ke tidur je?!`

Namun aku tak salahkan mereka yang memandaang sinis golongan Azhari.Tapi aku takleh terima kalau golongan ni hanya tahu mengutuk, mencaci, mencerca dan melihat kesalahan orang lain tanpa memberi sebarang bentuk usaha dan bantuan untuk mengubah kenyataan2 negatif yang memang ada dalam komuniti mereka yang menuntut di Azhar.

Jadi untuk mengupas permasalahan ni, aku akan memberikan sebab dan mungkin penyelesaian yang pada hemat aku boleh membantu mengubah pandangan buruk sesetengah anggota masyarakat.

Mungkin mereka yang pernah memberikan komen2 pedas kepada golongan Azhar akan menganggap yang ini hanyalah sekadar alasan.

Dan aku akan menggunakan perbandingan dengan pelajar Medik di Mesir.Maaf ya, bukan niat untuk menambahkan rasa tidak puas hati di antara 2 golongan ni, kerana apa yang pasti aku ramai kawan pelajar medic di sini.Tapi maklumlah manusia suka membandingkan 2 perkara berbeza dalam skop yang sempit.

Pada pengalaman aku semua permasalahan ini disebabkan oleh 3 perkara utama 1:Suasana 2:Individu 3:Azhar..

1:Suasana

1.1 Perhubungan

Antara sebab utama yang menjadikan para pelajar ini letih dan kurang bersemangat ialah masalah perhubungan di Mesir.Siapa yang pernah melawat Mesir pasti tidak dapat nafikan hakikat yang Mesir memang mempunyai sistem perhubungan yang cacamarba dan tidak teratur.Bas senget, penuh macam tin sardin, tidak mempunyai pengudaraan yang baik, van yang , dijadikan alat perhubungan yang uzur, pintu terbuka dan sentiasa penuh, bukanlah sesuatu yang luar biasa.Seorang rakanku rakyat Turkmenistan pernah berkata ''Kat Mesir ni, cukuplah ko keluar rumah naik bas dari stesen pertama sehingga ke stesen terakhir, pastu kau patah balik dengan bas yang sama tanpa perlu keluar, sampai ke stesen pertama, balik rumah.Yang pasti kau kena rehat paling kurang 1jam''

Bas dan van merupakan alat perhubungan utama kebanyakan rakyat Mesir, jadi kami terpaksa bersesak2 dengan mereka.Yang lebih teruk lagi, peluang untuk dapat duduk adalah hampir mustahil, kerana bas ini juga digunakan oleh golongan cacat, ibu mengandung dan warga tua.Sesiapa pun yang mempunyai rasa hormat dan belas pasti tak akan membiarkan mereka berdiri!!

Persoalan yang mungkin boleh ditimbulkan ialah; kalau pelajar Universiti lain (Medik) boleh menghadirkan diri mereka setiap hari tanpa menjadikan masalah kenderaan ini satu alasan.Mengapa pelajar Azhar tidak?

Jawapan aku; Bila kita melihat sesuatu perkara tu, adalah patut kita mengkaji subjek kita terlebih dahulu.Pelajar bukan-Azhar, adakah mereka menaiki bas? dan sekiranya mereka menaiki bas adakah jarak tempat tinggal mereka dan Universiti tu jauh?

Jelasnya pelajar Azhar tidak mempunyai pilihan yang banyak dalam memilih jenis perhubungan dan tempat tinggal atas faktor kewangan.Ini kerana kebanyakan kawasan perumahan yang murah terletak agak jauh dari Universiti.

Perkara yang mungkin boleh dilakukan;
1-Bas disediakan untuk para pelajar
2-Bantuan kewangan yang mencukupi
3-Menyediakan kawasan perumahan yang berdekatan dengan Universiti

1.2 Urusan

Urusan yang perlu dilaksanakan juga antara perkara yang membuatkan ramai pelajar tawar hati.Ini kerana urusan dengan kerajaan Mesir dan Azhar dilaksanakan secara manual.Antara jenis urusan tersebut, memperbaharui visa(setahun sekali), mendapatkan visa, pendaftaran kuliah.

Kebanyakan urusan disini memerlukan stamina dan tahap kesabaran yang tinggi.Fenomena ini bukanlah suatu yang asing dalam negara membangun seperti Mesir.Dan pada pemerhatian aku, tahap kecekapan pekerjanya hampir sama dengan yang berlaku di M`sia.Cuma antara yang memburukkan keadaan ialah ;
1-Tiada kerusi untuk menunggu
2-Kawasan menunggu/beratur yang tiada penghawa dingin(tapi alhamdulillah dalam stahun atau 2 tahun lepas Imigresen depan Buuth dah pasang penghawa dingin)
3-Sikap santai pekerjanya(suka bersembang dan minum teh)
4-Tempoh urusan yang panjang (4-5jam ialah lumrah lebih teruk lagi apabila borang ditolak dan terpaksa datang lagi pada masa yang lain walaupun sudah menunggu begitu lama!!)

Walaupun tahap kepantasan mereka hampir sama dengan Msia, mungkin sikap yang dipamerkan tu memberi kesan negatif terhadap pandangan umum.

1.3 Kepanasan

Ermm..tak dinafikan faktor cuaca juga memberi kesan yang mendalam kepada ketidakhadiran pelajar ke Universiti.Walaupun persoalan ini mungkin nampak digembar gemburkan tapi anda akan menyedari betapa hakikat ini memberi kesan kepada mereka yang menuntut di Mesir terutama di Al-Azhar.

Sebenarnya musim panas bukanlah tempoh masa yang bermasalah kepada pembelajaran kerana pada kemuncak musim panas, Universiti telah atau akan ditutup untuk cuti panjang.Kebiasaannya berlaku pada Musim Luruh dan Musim Semi(Bunga).

2 Musim yang aku sebutkan merupakan musim yang mencabar, lebih2 lagi Musim bunga, kerana waktu itu peperiksaan sudah dekat.Pepijat, lalat, lipas dan semut mula mengganas.Tapi yang memberikan kesan ialah cuaca yang tidak tetap, kerana lumrah pada musim ini, panas dan sejuk sering bertukar.Mungkin 2 minggu sejuk, seminggu panas.2minggu panas seminggu sejuk.Oleh itu, fizikal pelajar kita tidak dicipta/bersedia untuk menghadapi iklim ni biasanya akan terjejas.Kebiasaannya musim ini juga ramai pelajar dihinggapi penyakit berjangkit seperti selsema dan demam.

Persoalannya apa kaitan cuaca ni dengan pembelajaran?
Ada 4 perkara yang terkesan;
1-Pelajar kurang daya dan semangat untuk ke Universiti atas faktor kesihatan.
2-Panas menyebabkan ramai yang suka terperap dari keluar rumah
3-Bas dan van yang penuh dan sesak merupakan sesuatu yang tak dapat ditempuhi melainkan dengan ketabahan hati yg cekal
4-Bilik dan dewan kuliah yang sesak dan padat, kepanasan menambah kepada ketidakselesaan berada dalam bilik/dewan kuliah.

Perubahan yang mungkin boleh dilakukan;
Dalam masalah ini mungkin bantuan perubatan sahaja yang boleh dilakukan, kerana perkara2 lain memerlukan usaha dari pihak atasan, orang persendirian takkan mampu mengubahnya.

1.4 Inflasi

Kadar inflasi yang tinggi di Mesir.Sebelum aku panjangkan bicara, suka aku maklumkan yang mengikut laporan akhbar yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia, pihak kedutaan mengulas bahawa 80-90% pelajar Azhar yang berada di Mesir atas tanggungan sendiri.

Jadi korang faham2 lah, latar belakang keluarga mana yang biasa hantar anak mereka belajar agama ni.Golongan elit dan korporat...emm..mungkin ada, tapi rasanya boleh bilang pakai jari.

Jadi biar aku bagitahu.Walaupun tukaran matawang ringgit dan junaih(Egyptian pound) ialah 1.5.Tapi barangan makanan di sini amatlah mahal.Sebagai contoh;

5kg Beras : RM27
1kg Ayam Putih (belum disembelih) : RM9
1kg Daging import : RM15

Tu tak kira lagi perkara2 lain, tambang yang meningkat.Sewa rumah yang melampau.Kesimpulannya kos hidup makin meningkat.Jadi kebanyakan mereka yang tidak mendapat bantuan dari mana2 pihak, pastinya kehidupan mereka lebih tertekan dan mereka mula mencari alternatif lain untuk mencari wang lebih.Justeru, mereka akan teralih tumpuan mereka.Kerap kali mereka menjadi peniaga tak bertauliah untuk menyara kehidupan mereka.

Apa yang boleh dilakukan:

Permudahkan urusan untuk memohon bantuan.Tak kiralah zakat atau pinjaman.Dan naikkan elaun tahunan bagi mereka yang layak.RM3000-4000 setahun hanya dapat memberikan mereka penghidupan bukannya keselesaan untuk belajar!

Bakal disambung...

5 ulasan:

  1. stuju2..kiter tunggu kerajaan baru. Pastu propose itu dan ini..huahau...insya ALLAH

    BalasPadam
  2. iyo...tapi sebenarnya memang salah kebanyakan Azhari gak..vuma pengkritik pun perlu bijak dalam memberi kritikan...biarlah membina bukan membunuh~!

    BalasPadam
  3. huhuhu.........
    senang la baca,
    betull,
    kita boleh dikritik tp kena la bijak dalm mengkritik..cyalah pan

    BalasPadam
  4. cayalah irfan!! nak nangis pun ade tym aku bace ni.. mmg realistik..uhuk², xdpt dinafikan, aku rase cm kite ni antare golongan terbiar.. masyarakat tk nmpk kite lg..tenggelam..

    BalasPadam
  5. terpanggil utk komen kat sini~
    pernah melihat dgn mata sendiri kehidupan pelajar azhar nak banding ngan pelajar2 medic kat sane. bukan nak compare sgt tp ini kenyataan jugaklah~

    tapi,azharian kene bangkit dgn semangat bila ada yang menegur begini.sebab ana pernah belajar dgn ustazah kat sana, dia sendiri ckp yg student azhari x nak improve dorgnye bhsa arab sbb dok dlm kwsn sume melayu je (compare ngan medic student bukanlah duk setempat). Mungkin ada betulnya, tapi tak semua azhari mcm tu kan?think positive~

    bab elaun tu, wajar lah pihak penaja or pinjaman menaikkan elaun korang. ana sendiri pun waktu gi sana 1bulan lebih pun banyak sangat2 habis (maybe jgk sbb 3org). tapi, nak kate nye mmg brg2 sane mahal la dengan elaun banyak tu yg antum dapat.

    ape pun, azhari boleh tunjukkan dan buktikan pada pengkritik2 tu supaya mereka yakin dengan plajar di sana. walau apa dugaan yg dtg,inshaAllah antum akan diberkati Allah selagi mana ilmu itu dipelajar, diamal dan disampaikan. InshaAllah :)

    maaf andai terkasar bahasa dan mengguris hati~

    BalasPadam

Kritikan membina dialu-alukan. Terima kasih.