Bismillah.
Baru2 ni dalam sehari dua ni.Genaplah umur aku 21 tahun mengikut kiraan bulan(taqwim hijri).Segala puji bagi Allah, kerana dengan limpah kurnianya
aku masih dapat bernafas, dan masih dapat menikmati nikmat2 yang dilimpahkannya di muka bumi ini.
21 sungguh signifikan untuk sesetengah hukum qanun.Umur 21 sesorang tu dah boleh mengundi.Yeah, bermula hidup untuk menentukan nasib bangsa.Umur 21 juga
menandakan yang seseorang itu sudah pun menghabiskan sepertiga dari hayat kebanyakan manusia yang hidup di zaman ini.Bila menoleh kebelakang, masih banyak aku
dapati kekurangan yang harus diperbaiki, dan paling ketara ialah sumbangan aku terhadap umat masih kabur.Jadi sempena bulan baik hari baik (Raya Korban), korang
doakanlah kesejahteraan aku, kalau boleh doa khusus lagi bagus.Sebut nama aku dalam doa korang.
Akhir kata semoga menyambut Hari Raya Eidul Adha, Maaf Zahir dan Batin.Muharram bakal menjelang, tetapkan matlamat korang untuk tahun hadapan.Yang penting berikan
bahagian dalam perancangan korang untuk diri, keluarga, masyarakat dan agama.Dan jangan lupa puasa Tasuah dan Asyura(9&10Muharram)
Sekian dulu.Salam V(>_<)/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kritikan membina dialu-alukan. Terima kasih.