Khamis, 1 Januari 2009

Penyeluk2 saku yang kantoi!!

Bismillah.

Apa khabar semua.Harap2 sihatlah selalu.Maaflah kepada mereka yang ada membuka blog aku dan mendapati tiada apa update terbaru.Sungguh, aku culas sangat nak update sebab kesibukan yang melanda.Ni aku update pun sebab baru tadi berlaku satu lagi kejadian yang sungguh membahagiakan.Hoho.Penyeluk saku kantoi lagi.

Tadi aku pergi kuliah, kat Hayyu Sadis, depan Tugu Negara, nak hantar assignment Math member yang aku pinjam.Balik tu pulak aku naik bas 65 yang menuju ke Sayyidah Aisyah.Biasalah, masa2 kemuncak, naik pulak bas yang popular(melalui destinasi2 penting).Penuh nya agak macam tin ikan sardin.Lupa nak bagitau, pagi ni aku amat `down` sebab bangun lewat dan stgh2 masalah Math aku tak dpt selesaikan.

Okay, berbalik kepada cerita.Sedang aku lepak2 atas bas tu, nampak le seorng pakcik ni, gayanya memang aku boleh cam dah dia ni penyeluk saku.Sebab masa nak naik tu dia tolak2 orang depan dia semacam je.Padahal ada je tempat lain kosong.

Bila dah naik ni pulak, aku nampak dia cuba untuk seluk saku orang yang lalu depan aku.Slack btul aku gi tngok muka dia, tak dapat le nak pukul pakcik ni `in action` sbb dia dah tarik balik tangan dia.Tapi aku memang tak lepaskan pandangan aku kat dia.Tunggu peluang nak lepas tension.hoho/ Evil gak aku ni. =p

Pastu terjadi la sedikit perlanggaran kat dalam bas, ada le pulak mamat belakang aku ni tak seimbang langgar aku dan telah berjaya mehilangkan keseimbangan bberapa orang depan aku.Pastu dia marah2 kat pakcik yang aku sebut tadi. `Dalam hati, la pakcik ni tak puas2 lagi ke nak trick orang`.

Pastu dengan jiwa yang rasa bertanggungjawab, aku pun tegurlah brader Mesir tu.`Ko ada hilang apa2 tak`.Dia nampak camterkejut.Lalu menjawab, `Takde`.Tak lama lepas tu aku nampak di berborak dengan pakcik yang masih lagi dalam pemerhatian aku.Muka nampak cam gelabah je.Aku ingat dia nak marah pakcik tu ke apa.Lepas tu mamat tu pun turun dengan pakcik tu.

Dalam hatiku `La, geng rupanya, harun tul, mati2 aku ingat mamat tu mangsa`.

2 minggu sebelum tu, kejadian hampir sama berlaku tapi yang ni kena kat aku sendiri.Bukan pakcik depan aku atau pun mamat sebelah aku.Tapi aku sendiri.Kali ni pun pakcik juga yang buat, umur dalam lewat 30an la.Atas bas 65, masa tu aku baru nak pergi kuliah dlam 9pagi.Waktu ni masa kemuncak gak, sbb ramai pelajar nak pergi.Jadi masa naik tu bersesak2.dan dia cuba nak seluk masa aku nak bayar duit.Caranya; dia rapat2 dengan aku, tekan bahagian rusuk kiri untuk mengurangkan perhatian aku pada Hp yang ada dalam poket belah kiri.Dan dia hampir berjaya, mujurla poket seluar jeans ketat.Hp dah keluar separuh dah.pastu apa lagi, tolak pakcik yang sungguh bersopan santun tu.Sound skit dan tumbuk 1-2 kali lagi(tapi tak main muka/ knp?aku pun tak tahu knp aku tak buat kat muka-sebab dia orang tua kot).(Pastu orang arab leraikan).Geram aku orang arab ni cam nak backup je pakcik tu.Kalau diorg lepas kan je best.Biar pakcik hampas tu tahu sikit langit ni tinggi ke rendah.

Sebenarnya beberapa minggu sebelum tu aku ada nampak orang cina buat camtu.Dia tumbuk dan tendang.Mula2 aku leraikan juga le.Mana taknye tak de angin takde hujan terus dia tumbuk dada pakcik tu.Pastu tendang lak tu.Aku pun hairan.Dia pun kata r yang pakcik tu duk sentuh2 poket belakang orang(bahasa arab dia beginner gle, jd ambil masa tu aku dan penumpang lain faham).Akhirnya pakcik tu pun turun selepas sempat memulangkan sebiji sepakan.So dari dia la aku belajar.

Terimas Sifu.haha

2 ulasan:

  1. tu r pasal..aku bukan ape..harap org dapat amik pengajaran je..

    Ni lepas aku cerita pun ada lagi member aku kena seluk kat dlm bas..

    sigh.

    BalasPadam

Kritikan membina dialu-alukan. Terima kasih.