Khamis, 22 Disember 2011

Kongsi

URL nya di sini

Dia mengeluh kasar,
Biar dihentam hingga ke dasar,
hatinya tidak merasa gentar..

Aku mengeluh kasar,
Melihatnya hati jadi gusar,
Mujurlah dia tidak tersasar.

Lantas kupeluknya erat,
Meminjam bahu menggalas berat,
Kini tiada lagi keluhan sarat.

4 ulasan:

  1. kau tahu dirimu diperlukan
    disaat dia diam bersendirian
    sebagai sokongan adanya teman

    BalasPadam
  2. kerana tahu diperlukan,
    ku hadir dengan kerelaan,
    menghulur tangan menanggung beban.

    BalasPadam
  3. mengenalimu azimat baginya
    tegar hadapi cabaran dunia
    jangan pula engkau berputus asa

    BalasPadam
  4. masa berjalan mengubah diri
    mungkin kini dia menyedari
    sampai bila terusan begini

    beban engkau pikul dengan rela
    kau terima walau pahit terasa
    kini sudah masanya kau lepaskan semua

    kau juga punya hidup
    itu lebih bernilai dari dirinya
    hargailah sebaik mana engkau bisa

    BalasPadam

Kritikan membina dialu-alukan. Terima kasih.