I dont own this picture |
Aku teringat hari semalam,
Pabila suasana bertukar kelam,
Persis siang menganjak malam,
Baki cahaya berbalam-balam.
Sinar wajahmu seakan pudar,
Suaramu ku dengar amat mendatar,
Terasa keras gendangku dicakar,
Oleh bait-bait katamu yang liar.
Katamu aku seorang yang ego,
Tekun menegak benang yang basah,
Langsung tidak mahu beralah.
Merasa diri tiada salah.
Katamu aku seorang yang bongkak,
Bila bercakap selalu membongak,
Senantiasa mahu berlagak,
Perasan diri bergaya segak.
Mudahnya kamu melafaz dusta,
Menyanyi lagu berkalam nista,
Pabila tiada hujah bersisa,
Pantas kau beri gelaran berbisa.
Mulia sangatkah kamu itu,
Hina sangatkah aku ini,
Musakah kamu,
Firaunkah aku?
Sedang tuhan telah berfirman,
Katakanlah padanya selembut kalam,
moga dia sedar atau takut pada Ar-Rahman,
Tuhan yang mencipta sekalian alam.
Kawan, bukanku mahu menang bicara,
Atau menunjuk pandai sentiasa,
Tapi yang benar jelas rupanya,
Bisa dibeza dengan batilnya.
Salahkah aku hidup berprinsip,
Berada di dada kemas tersisip,
Bukan lebih sudu dari kuah,
Cuma hidup perlu bermaruah.
Mulia sangatkah kamu itu,
BalasPadamHina sangatkah aku ini,
Musakah kamu,
Firaunkah aku?
kalam baligh awi..ma a'maqa wa ajmala.
-ainrofa-