Khamis, 5 Januari 2012

Bukan bahasa manusia II






Kadang berbelit lisan manusia,
Bermain emosi perkara biasa,
Jika benar ikhlas itu ada,
Sandaran kata hati memadai jua
 
Ikhlas itu letaknya di hati,
Boleh dilihat si mata hati,
Terpancar halus melalui pekerti,
Barulah ia memberi erti.

Hati tulus sukar dicari,
Jikalau akal dipandu emosi,
Adanya iman sebagai cemeti,
Pasti keduanya berada selari

Emosi itu rumit sekali,
Dicetus kimia menghasil akli,
Dipandu iman setiap kali,
Jernih fikiran seperti di kali.

Air di kali berkocak lagi,
Hadir unggas menari-nari,
Pakukan hati pada jalan ilahi,
Kerna Dia sebaik penyampai bahasa diri.

Ungu : Nora
Hitam : Aku

2 ulasan:

  1. bunga lavender pilihan hati,
    warna ungu indah sekali,
    terima kasih irfantijari,
    memberi ruang berkongsi puisi
    :-)

    BalasPadam
  2. puisi anda penyedap hati,
    digubah begitu puitis sekali.

    Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. :)

    BalasPadam

Kritikan membina dialu-alukan. Terima kasih.