Sabtu, 22 Oktober 2011

Puisi dari neraka.

i do not own this picture

Di atas laluan hantu neraka,
Kuda dari Jepun yang ditunggang mereka,
Pekikan kuda yang tak membawa apa makna,
Tapi mereka bangga dengan seni tanpa makna,

Kupu-kupu malam erat memaut kendati,
Atas jasad hidup tapi akal mati,
Maruah harga diri ditimbang kati,
Nampak hidup tapi hati mati.

Minta diberi kuda makan di kaki lima,
Hukum manusia tiada yang percuma,
Hulur satu kertas nilai ada lima,
Tak dicari tapi ditagih dari tak bernama.

Usai acara  mula bercengkerama,
Dengan kupu menang melodrama,
Lupakan diri dan juga agama,
Malam ini kita bersenggama.

Kupu-kupu patah sayapnya,
Tiada peduli atau bertanya,
Menjerit rasa dianianya,
Dihinggapi penyakit berbahaya.

Tiga purnama bomoh berkata,
Sakit itu tiada ubatnya,
Hantu bisu berlalu tak terkata,
Sedar sesal tiada gunanya.

Anak kupu dibuang merata,
Dibunuh sesuka tanpa rasa,
Sembilan bulan sengsara tanpa kata,
Ditinggal sembunyi dalam kasa.

Hantu halus hilang entah kemana,
Tidak hirau akan janji lama,
Sentiasa hidup mati bersama,
Hanya janji kosong untuk kama.

Ku cipta lagu untuk mereka,
Moga tiada yang masih leka,
Akhiran bagi taman yang direka,
Kerana puisi ini dari neraka.

4 ulasan:

  1. msj yg d fahami..truskn usaha anda,mdh-mdhan karya2 anda mjd stu media yg brmnfaat pd yg lain:-)

    BalasPadam
  2. terima kasih atas sokongan dan doa. Harapannya dapat istiqamah dalam berkarya. Kritikan amat dialu2kan.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum:

    Glosari;
    1) kuda dari jepun: motor
    2)kupu-kupu malam: perempuan yg perlukan bimbingan,dorongan
    3) hantu: lelaki rempt-it
    4)kendati: walaupun

    Sekian."malam yg suram,sinarnya berbalam-balam,namun pena tidakkan kelam,kerana ada cahaya purnama dari tuhan..-AinRoFa-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih -AinRoFa- atas perkongsian. teruskan berkarya. :)

      Padam

Kritikan membina dialu-alukan. Terima kasih.