Rabu, 22 Februari 2012

Kongsi II



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الْآخِرَةِ ، وَمَنْ سَتَرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ فِي الدُّنْيَا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ، وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ .


Dari Abi Hurairah berkata : bersabda Rasulullah SAW "Sesiapa yang menyelesaikan kesusahan seorang muslim dari kesususahan2 dunia, Allah akan menyelesaikan kesusahannya di akhirat, dan barangsiapa yang menutup aib saudaranya di dunia ALLAH akan menutup aibnya di dunia dan akhirat, sesungguhnya ALLAH sentiasa membantu hambaNya selagi mana hambanya membatu saudaranya.


Kau tahu dirimu diperlukan,
Disaat dia diam bersendirian,
Sebagai sokongan adanya teman.

Kerana tahu diperlukan,
Ku hadir dengan kerelaan,
Menghulur tangan menanggung beban.

Mengenalimu azimat baginya,
Tegar hadapi cabaran dunia,
Jangan pula engkau berputus asa.

Masa berjalan mengubah diri,
Mungkin kini dia menyedari,
Sampai bila terusan begini.
 
Beban engkau pikul dengan rela,
Kau terima walau pahit terasa,
Kini sudah masanya kau lepaskan semua.
 
Kau juga punya hidup,
Itu lebih bernilai dari dirinya,
Hargailah sebaik mana engkau bisa.

Biru : Nora
Ungu : Anon
Hitam : Aku

p/s : Dipetik dari ruangan komen di Kongsi.

4 ulasan:

  1. http://www.youtube.com/watch?v=2UxujMt23qo&feature=youtube_gdata_player

    BalasPadam
  2. Terima kasih banyak2 atas lagu yang diberi. sungguh bermakna. :)

    BalasPadam
  3. boleh saya tahu,pemahaman en irfan dalam lirik lagu ni?

    BalasPadam
  4. Lirik lagu ni sebernanya agak direct, jadi tak susah nak faham. Lagu mengisahkan seorang yang dulunya jenis yang suka hiburan, jenis gila2, suka perkara2 melalaikan, jumpa satu titik ubah (turning point) dalam hidup dia.

    Walaupun dah berubah, tapi dia masih menghormati partner in crime dia :). Masih trus berkawan, berharap dia dapat beri kesan yang positif pada kawan dia yang masih dalam kelalaian.

    Secara kesimpulannya, lagu ni memang menarik olahannya, dan sampai. Music pun harmony je. Lagu yang lebih kurang macam ni juga, rasanya lagu "Aku maafkan kamu"

    apa pendapat en anon pulak?

    BalasPadam

Kritikan membina dialu-alukan. Terima kasih.