Rabu, 15 Februari 2012

Undi pos


Telah berjaya pergi ke Kedutaan Malaysia untuk daftar pengundi pos hari ni. Antara maklumat yang aku dapat :

1-En Latif pegawai di Konsular Malaysia hanyalah wakil sahaja. (Beliau bukan pegawai SPR)

2-Beliau sendiri tidak pasti bila tarikh tutup pendaftaran kerana tidak dimaklumkan.
3-SPR hanya membekalkan 500 borang pendaftaran.
4-Hanya perlu bawakan bukti kita pelajar untuk perhatian En Latif.
5-Maklumat yang diperlukan hanya apa yang tertera di KP kita.
6-Tidak boleh di wakilkan. (Kena pergi ambil dan isi sendiri borang)
7-Urusan hanya di Konsul. EME ; ARMA tak boleh.


Ada beberapa persoalan yang tak berjawab :
1-Boleh tak daftar online? (beliau pun tidak dimaklumkan)
2-Borang yang di download adakah boleh diisi kemudian diserahkan terus kepada consular.
3-Tarikh tutup, berapa lama waktu diproses untuk dimasukkan dalam sistem.

Kesimpulan :
1-Kesedaran mengundi dikalangan muslim Malaysia dari golongan intelektual, masih rendah terutamanya Melayu. Suka cakap pasal politik, tapi bab mengundi culas. Semua buat2 sibuk.
2-Aneh dengan sikap Kerajaan Malaysia umumnya dan EME dan Kedutaan khususnya yang kurang promosi mengenai undi pos ini. Padahal +10K pelajar di sini semuanya Melayu Muslim. Tak perlulah MB N9 bising2 lagi pasal kesedaran berpolitik orang Melayu ruj artikel "Orang Melayu 'juara' salah tempat."
3-SPR yang aneh kerana cuma membekalkan 500 borang(standard quantity) walaupun rasanya selepas kes evakuasi maklumat pelajar telah di kemas kini. Rasanya semua maklumat tu boleh di akses pada bila2 masa.

Setakat ni, di laman web SPR masih lagi tiada perubahan untuk status pengundi aku.


boleh semak status di sini


FAQ dari PMRAM, tapi macam ada yang kurang tepat juga. klik sini.

P/s :  Kalau siapa yang tak mahu mengundi tu, lepas2 ni tak payah nak sembang pasal politiklah ya. Buat semak je. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kritikan membina dialu-alukan. Terima kasih.