Isnin, 23 Mac 2015

Perpisahan


Perpisahan bukan untuk ditangisi,
Bukan untuk diingkari,
Kerana jika di dunia tidak kembali,
Di syurga pasti menanti.

Lingkaran hayat terus disusuri,
Walau kaca duri menghiasi,
Janji Allah tiada mungkiri,
Bertemu berpisah suratan Ilahi

Perpisahan istimewanya pasti,
Jika ikhlas turut mengiringi,
Kerana disedari sesuatu menanti,
Di hujung jalan bermula kembali

Selamat tinggal sahabat. Moga berjumpa kembali di syurga Ilahi...

Jumaat, 26 Julai 2013

Tips Periksa di Azhar

Ini merupakan penulisan aku tahun lepas sebelum peperiksaan semester pertama. Pos guna akaun Pasar Mesir, supaya ramai boleh ambil manfaat.


29/12/2012-17/1/2013 - Ujian term 1
19/1/2013-31/1/2013 - Cuti musim sejuk
2/2/2013 - Mula kelas term 2
18/5/2013 - Ujian term 2

sila tag dan share pada rakan2.

Sedikit tips dan nasihat.

+Muhadarah terakhir biasanya doktor akan memberi tahu muqarrar dan bagaimana soalan akan dibuat. Cth Samada 3 atau 4 soalan, atau pilih 4 dari 5 soalan.

+Kadang2 doktor akan memberikan senarai soalan2 yang bakal ditanyakan.

+kehadiran pada muhadarah akhirah sangat penting!

+Doktor akan berkongsi tips2 yang perlu pada kelas yang terakhir itu.

+Sekira madah tersebut mempunyai 2 orang doktor, maka kebiasaannya, markah akan dibahagikan sama rata. Bermakna, jika ada 4 soalan, maka seorang doktor akan membuat 2 soalan. Menumpukan pada 1 bahagian dan meninggalkan bahagian lain adalah satu kesilapan yang besar.

+Sila pergi ke kuliah pada hari pertama peperiksaan awal, untuk mengetahui tempat di mana kita akan menduduki peperiksaan,

+Update dengan kawan2 arab yang selalu hadir ke kelas poin2 penting dan apa2 yang doktor syarah yang tidak terdapat di dalam kitab.

+dapatkan maklumat berkenaan soalan peperiksaan dan muqorrar dari sumber pertama dan diyakini.

+pada mereka yang mempunyai biasiswa/zakat, amanah anda adalah untuk mendapatkan keputusan yang terbaik, kerana kelak anda akan dipersoalkan atas wang yang telah anda belanjakan.

+tulis perkataan "wafid" di penjuru atas kertas jawapan anda, bahagian dalam (moga2 dapat markah kasihan *muraqib yang bagi tips ni)

+Kaji soalan2 yang telah lepas.

+Bab yang paling besar dan banyak anasir, biasanya menjadi tumpuan.

+berikan tumpuan kepada teks2 yang mempunyai isi "perbezaan" antara 2 perkara. cth : beza "mudharabah" dan "muqamarah"

+Jika muqarrar anda terdiri dari 2 bahagian, 1 sedikit (20-40 m/s) dan bahagian ke 2 banyak (200+ m/s). Adalah baik untuk fokus pada yang sedikit, kemudian yang banyak. Katakanlah doktor mengatakan 3 soalan yang keluar, secara mantiknya 1 soalan pasti akan keluar dari bhg yang sedikit. Sekiranya anda berjaya menjawab dengan baik anda telah berjaya mendapatkan 1/3 dari markah keseluruhan.

+perlu tahu preference Dr bagaimana, kerana dikhabarkan oleh sahabat saya Aiman Syamin bahawa ada Dr yang melarang pelajar terutamanya pelajar ASEAN menulis rayuan di akhir kertas jawapan. *lain Dr lain caranya.

+sekiranya anda tidak faham akan kehendak soalan, jangan malu bertanya pada pengawas peperiksaan sehingga anda betul2 faham.

+sila kongsi maklumat muqarrar yang anda tahu. terima kasih.

Isnin, 22 Julai 2013

Kita memang bukan mufti atau mujtahid pada orang lain. Tapi kita sebenarnya ialah mufti dan mujtahid pada diri sendiri. Kita akan dipersoalkan di akhirat kelak berdasarkan amalan kita di dunia. Mufti dan mujtahid yang kita ikut dan agung2kan di dunia takkan berdiridi sisikita untuk menjawab di hadapan Allah kelak. Jadi, tinggalkan apa yang mergukan, ikutlah apa yang meyakinkan.

Jumaat, 19 Julai 2013

Saya ialah singkatan bagi sahaya bererti abdi. Adapun ambo/ambe ialah singkatan bagi hamba. Dalam perbualan masyarakat silam perkataan "tuan hamba" yang merujuk kepada lawan cakap secara literal membawa maksud pembicara itu hamba kepada lawan cakapnya.

Rabu, 16 Januari 2013

Mutiara 3

Dua set pemikiran

Aku tak reti aku tak nak buat,
Aku tak reti aku nak belajar.

Rabu, 9 Januari 2013

Mutiara Kata 2

Tajamkan minda sebelum tajamkan pena.

Rabu, 2 Januari 2013

Mutiara Kata 1

Jangan bersedih bila hilang kawan  ketika susah,
Mereka akan kembali pabila senang,
Maka ingatlah mereka yang setia ketika susah.

Jumaat, 23 November 2012

Nota Isteri -berkenaan etiqa takaful-


tak dapat bagi kredit, sbb tak tahu mana asalnya

assalamualaikum wbt...

salam kasih sayang buat semua sahabat sekalian. lama sudah kita tak bertemu, rindu pada kalian selalu datang bertamu. harapnya sahabat-sahabat sekalian sihat dan terus cemerlang mengukir kejayaan. amin..

maaf andai apa yang ingin saya kongsikan di sini bakal menganggu sesiapa. tetapi, saya mohon untuk sekali ini sahaja untuk izinkan saya sebagai seorang sahabat anda untuk berkongsi dan menyampaikan sesuatu yang baik untuk kita semua sebagai umat islam sejagat. di saat saya cuba menyampaikan pesanan ini, sedikitpun saya tidak memikirkan faedahnya untuk diri ini. tetapi cukup kerana Allah.

     Oleh yang demikian, saya mohon agar kalian semua sudi meluangkan sedikit waktu untuk pinjamkan saya sepasang mata dan hati nurani kalian untuk memahami dan menghayati apa yang ingin saya kongsikan di sini.

    Untuk pengetahuan kalian, ekonomi umat islam masih di takuk yang lemah. masih terkebelakang meskipun dalam negara sendiri. masih terlalu ramai umat islam khususnya kaum Melayu yang 'zero' pengetahuan tentang pengurusan kewangan berasaskan syariah sekalipun mereka terdiri daripada golongan profesional. kebanyakan orang melayu kita terlalu jahil tentang pengurusan kewangan sehingga menjadikan simpanan bukan sebagai keutamaan, tetapi lebih cenderung untuk menikmati gajet-gajet berteknologi, kereta yang hebat-hebat, rumah yang besar-besar, barang-barang yang berjenama. fenomena ini seolah-olah menjadikan perbelanjaan itu jauh lebih penting daripada simpanan. sedarkah kalian kita hidup bukan hanya untuk hari ini, tetapi juga insyaAllah untuk hari-hari yang mendatang? kita juga bukan hidup untuk diri sendiri sahaja. kita ada keluarga, kita ada saudara sesama islam.

     Dengan rasa rendah hati, saya ingin menyeru kepada kalian untuk menabung dan melindungi sambil memberi di jalan Allah bersama Etiqa Takaful. dengan hanya menyimpan sebanyak RM100 sahaja sebulan, kalian dapat bantu kukuhkan ekonomi Islam, kalian dapat ringankan beban ibu dan ayah, kalian dapat bantu insan-insan miskin dan lemah, kalian mampu hantar ibu dan ayah ke haji untuk pertama kali, kedua kalinya atau seterusnya, kalian mampu mempunyai dana untuk buka klinik gigi sendiri, kalian ada simpanan yang kukuh, dan yang paling penting, kalian infakkan harta di jalan Allah, Tuhan yang sangat banyak memberi pada kita semua. kini tiba giliran saya dan kalian untuk memberi pula kepada Allah semampu kita.. Allah tak pernah berkira dengan kita, ibu ayah kita juga tak pernah berkira dengan kita.. mereka beri sebanyak-banyaknya pada kita sekalipun terpaksa bersusah payah. alangkah indahnya, kalau kita mampu cintai Allah dan ibu ayah seagung itu.. alangkah baiknya, kalau hati kita juga pemurah dan penyayang seperti mereka.. tetapi semua itu atas pilihan hati kalian sendiri..

     Ingin saya ingatkan di sini, sebelum kalian mahu menolak takaful, sebelum kalian nak kata 'aku tak perlu dan tak minat dengan takaful', sebelum kalian nak 'ignore' perkongsian takaful ini, kalian dinasihatkan agar benar-benar memahami dan menghayati isi hati Takaful.. setidak-tidaknya SEKALI seumur hidup, kalian hadiahkanlah kesudian kalian untuk berkenalan dengan etiqa takaful ini. kalau orang bukan islam sendiri mahu mendengar dan menabung bersama takaful, mengapa tidak kalian, insan-insan yang mencintai Islam?

    berbicara tentang menyimpan wang, ini bukanlah bergantung kepada banyak mana wang yang kalian miliki, tetapi bergantung kepada besar mana semangat kalian mahu menyimpan dan memberi. erti hidup pada memberi.. bahagia itu adalah apabila membahagiakan.. hari ini mungkin kita masih sihat, masih mampu ke kuliah ilmu, masih mampu berjalan-jalan, masih mampu ketawa, tetapi belum tentu esok kita boleh buat semua tu lagi. kematian dan musibah boleh tak kenal usia, tak beri petanda. justeru, persiapkanlah diri kalian untuk hadapi semua itu. keadaan masa depan kita ditentukan oleh bagaimana usaha kita corakkan hari ini.

       kepada sahabat-sahabat dentists yang dah buat janji temu dengan saya untuk mendengar dan menabung bersama takaful, terima kasih banyak dan tahniah saya ucapkan atas kesedaran kalian. bukan senang nak jumpa muda-mudi yang bijak menguruskan kewangan sekali gus berjiwa besar untuk memantapkan ekonomi islam. semoga Allah tambahkan rezeki kalian dunia dan akhirat. dan kepada sahabat-sahabat yang macam minat nak kenal dengan takaful, boleh jumpa saya.

   Ramai sahabat-sahabat saya  di malaysia yang sudah menyimpan wang mereka dengan takaful meskipun masih belajar. syarat nak menyimpan dan melindugi bersama takaful, berumur 14-60 tahun, sihat dan bertanggungjawab.. ayuh, kita sama-sama bantu diri sendiri, keluarga dan umat islam yang lain. InsyaAllah Allah akan lebih mudahkan perjalanan kalian menuntut ilmu. kejarlah berkat Allah dalam setiap rezeki kalian. carilah ruang untuk selitkan walau sedikit untuk etiqa takaful (the best takaful company in the world). Akhir kalam, manfaatkan duit belanja/biasiswa/pinjaman pelajaran kalian sebaiknya. biar ada saham dunia dan akhirat sekali.

 ''Semoga Allah memberikan rahmat kepada orang yang berusaha dengan cara yang baik, berbelanja dengan sederhana dan menabung apa yang lebih (setelah memberi nafkah) untuk saat-saat dia yang memerlukannya nanti''
Hadis Muttafaqun 'Alaih (riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

Puan Norsaidah Abdullah
Penasihat Kewangan Islam
Maybank Etiqa Takaful
01158553803

dicuri dan diedit oleh Irfan. *nota ini dipos didalam fb group pergigian.

Ahad, 10 Jun 2012

Kes curi logam



BESUT – Enam lelaki yang dipercayai menjadi dalang kegiatan mencuri kepala paip keluli tahan karat di beberapa buah masjid di daerah Besut sejak sebulan lalu berjaya diberkas pagi kelmarin. 
Ketua Polis daerah, Superintendan Kamarudin Mohd. Zakaria berkata, dua daripada suspek yang berusia 19 dan 22 tahun bekerja dengan sebuah syarikat pemotong rumput dan didapati positif dadah.  
          Pautan.

Dah banyak sangat kes curi barangan yang berunsur logam. Kereta pun jadi mangsa juga. Sebenarnya tak susah pun kalau nak banteras. Kalau ada apa-apa kes kecurian target je kedai barangan lusuh. Kedai barangan lusuh ni memang tempat pelupusan barangan curi kot. Antara nak dengan tak nak je.

Harapnya pihak polis lebih proaktiflah dalam membanteras benda ni. Dan tolonglah jangan ada yang terima 'hadiah' dari pengusaha2 pusat barangan lusuh ni. Sebab aku rasa benda ni memang macam open secret kot. 

PETALING JAYA – Polis menyerbu sebuah premis barangan lusuh di Jalan Maju 1/1, Taman Maju Jaya di sini yang dijadikan sebagai pusat pengumpulan komponen berpuluh-puluh kenderaan curi. 
Kesemua barangan termasuk 72 enjin kenderaan curi yang dianggarkan bernilai RM300,000 itu dikesan disembunyikan di bawah longgokan sampah sarap dan barangan besi terpakai bagi mengaburi pihak berkuasa.
          pautan 

Lagi satu kebanyakan yang jadi peragut dan pencuri2 logam ni biasanya dari kalangan mat pit. Oleh itu marilag bersama2 kita memerangi dadah. Hoho


Isnin, 30 April 2012

Pengkhianat



Pengkhianat katamu,
Sedang pintaku dahulu kau tulikan,
Usaha dan jerihku kau butakan.

Pernah kau merasa apa yang ku rasa?
Berjuang sendiri tanpa teman.
Dibiar sendiri di medan perang.
Tanpa perisai berlindung bila diserang.
Tanpa bekal dan ration menangkis kelaparan.

Perjuangan yang sia-sia,
Perjuangan yang tiada makna,
Perjuangan yang tidak dihargai,
Perjuangan yang tewasnya pasti.

Lantas untuk apa aku terus di sini,
Mempertahankanmu yang tak pernah mengerti,
Ya, kamu yang tidak mahu berjuang sekali,
Lebih baik ku pergi ke medan yang setara,
Medan di mana pintaku didengari,
Usaha dan jerihku dihargai,
Rasa dan pandangku diselami.

Biarkanku berlalu dari medan ini,
Walau nista dan caci menemani,
Kerana kamu tidak pernah memahami diri,
Selamat tinggal dan biarkan ku pergi.

Khamis, 19 April 2012

Second term almost ended. Next week will be the last class for this term, and yet still i got one book of mine that werent given to our hand. :( . maybe the time will come that i can look back at my past whenever i face such difficulties and said "I survived among the worst educational system in the globe, this lil prob is nothing"

Ahad, 15 April 2012

RIP Pokok2 kesayangan

Baru tadi borak dengan umi pasal pokok2 yang aku tanam dulu. Nampaknya tak banyak yang hidup. Kawasan pinggir taman tu pun dah jadi hutan sekunder.

Banyak juga yang aku dan umi tanam. 3 anak cempedak, pandan, serai, limau kasturi, mangga, betik, kelapa renek, mengkudu, kantan. Setakat ni yang hidup pandan, serai, limau kasturi,kantan dan kelapa je. Yang lain semua dah papoi. Harap sangat kelapa tu sempat membesar, rindu nak minum air kelapa muda.

T_T

Sabtu, 24 Mac 2012

Homeless man and cigarettes

Found this homeless man few days back searching for leftover in garbage by the side of the road. When i just about to go to him to give him petty change, then i saw him smoking. Not long after that i've taken back my intention coz i'm afraid the penny would goes to cigarettes rather than food. =( 

Jumaat, 9 Mac 2012

PETA

وَمِنَ ٱلۡأَنۡعَـٰمِ حَمُولَةً۬ وَفَرۡشً۬ا‌ۚ ڪُلُواْ مِمَّا رَزَقَكُمُ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَكُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ۬ 
And of the cattle (He produceth) some for burdens, some for food. Eat of that which Allah hath bestowed upon you, and follow not the footsteps of the devil, for lo! he is an open foe to you. (142)
Baru-baru ni PETA ada buat satu gimik bantahan, pakai macam ikan duyung. Terbaring di kaki lima di kawasan Bukit Bintang. Sumber klik ini.

Aku tak faham sebenarnya dengan kumpulan ni. Kalau nak bantah pembunuhan haiwan terancam atau pembunuhan haiwan secara kejam, boleh terima lagi. Tapi kalau nak promote vegetarism, dengan cara menampakkan seolah-olah pemakan daging ni kejam ; pembunuh dll, kenapa diorang banyak makanan vitamin(nak seimbangkan gizi) dan cari makanan yang menyerupai rasa daging?

Kalau dah benci sangat dengan daging, tak perlulah makan makanan yang meyerupai daging. dan PETA ni jenis talam 2 muka juga. Boleh baca blog yang memperihalkan kemunafikan PETA ni di sini.

Kita hormati hak mereka tak nak makan daging tapi janganlah tarik dan sempitkan pemikiran tu. Nak tahan diri sendiri dari makan daging okaylah. Go on, kurang sikit persaingan antara pemakan daging putih dan merah ni. (haha~) cuma tak perlulah condemn seolah-olah kita ni tak berperikemanusiaan. Memang rantaian kehidupan macam tu. Dan manusia memang pemakan daging dan tumbuhan.

Lagu kanak2

Asssalamualaikum, Kum apa?
kombat, bat apa?
batman, men apa?
mentol, tol apa?
tolak, lak apa?
laksa, sa apa?
satu, tu apa?
tuan, wan apa?
one two three foru five six seven eight nine ten, ten apa?
tembak, bak apa?
bak duit, duit apa?
duit jepun, pun apa?
pondan, dan apa?
dancing, sing apa?
singer, menawan keluarga bahagia~

Ada orang post di wall fb mereka lagu zaman kanak2, versi sedikit berbeza dengan versi yang aku punya. Lagu2 macam ni memang biasanya berubah mengikut zaman dan tempat...

Korang?

Selasa, 6 Mac 2012

Penulis profesional

Alhamdulillah, kelmarin saya telah pun buat keputusan untuk nama blog baru untuk memuatkan penulisan saya. Untuk jangka masa panjang memang saya rasakan nama irfansharif ialah yang terbaik. Cuma tagline(cth ; Minda tajdid) tu yang perlu di fikirkan untuk melambangkan identiti penulis, harap dapat ilham tak lama lagi.

Terima kasih saya ucapkan kepada yang memberikan cadangan, saya amat menghargai pandangan dan pendapat kalian. Sebenarnya ada tujuan lain di sebalik post tersebut yang tersirat. 2 yang dah tercapai ;

1-Nama (dah dapat pun-ini tersurat-)
2-Pengumuman niat (sekarang ni memang tiada jalan lari, nak tak nak kena tulis juga)
3-Menggalakkan orang lain menulis. Bakar semangat. Dah ada pun yang terbakar. hehe

Status mula-mula dulu


Kan dah ada yang terbakar ^_^

Semoga berjaya semua. Tak semestinya semua yang kita rancang akan jadi, tapi kalau saya gagal dalam usaha menjadi penulis(tapi selagi hidup insyaALLAH usaha takkan luput) , ada kawan2 yang berjaya pun saya sudah berpuashati. 

Jumaat, 2 Mac 2012

Hikmah



Lembut bukan lembik,
Tegas bukan keras.

Bukan hikmah membisu tatkala manusia terangan bermaksiat,
Bukan hikmah jua menegur maksiat yang disembunyikan di khalayak.

Melakukan sesuatu sesuai pada tempatnya itulah hikmah berdakwah.

Khamis, 1 Mac 2012

I've watched tonnes of dramas, which i can say most of them should have ended in 2-3rd series. But to no avail, it will always lasted to 20+ or so. Life is already complicated, why dont we make it simpler? Nonetheless there's still things that should be left unsaid...

Rabu, 29 Februari 2012

Sajak Imam As-Syafie



نعيب زماننا والعيب فينا
 

وما لزماننا عيبا سوانا
ونهجو ذا الزمان بغير ذنب 
ولو نطق الزمان لنا لهجانا 



Kita mengaibkan zaman kita sedangkan keaiban itu pada diri kita
tidak ada keaiban pada zaman kita kecuali keaiban itu adalah kita
kita mengutuk zaman kita YANG TIDAK BERDOSA
Sekiranya zaman itu boleh berkata-kata nescaya ia telah mengutuk kita

Rabu, 22 Februari 2012

Kongsi II



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الْآخِرَةِ ، وَمَنْ سَتَرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ فِي الدُّنْيَا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ، وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ .


Dari Abi Hurairah berkata : bersabda Rasulullah SAW "Sesiapa yang menyelesaikan kesusahan seorang muslim dari kesususahan2 dunia, Allah akan menyelesaikan kesusahannya di akhirat, dan barangsiapa yang menutup aib saudaranya di dunia ALLAH akan menutup aibnya di dunia dan akhirat, sesungguhnya ALLAH sentiasa membantu hambaNya selagi mana hambanya membatu saudaranya.


Kau tahu dirimu diperlukan,
Disaat dia diam bersendirian,
Sebagai sokongan adanya teman.

Kerana tahu diperlukan,
Ku hadir dengan kerelaan,
Menghulur tangan menanggung beban.

Mengenalimu azimat baginya,
Tegar hadapi cabaran dunia,
Jangan pula engkau berputus asa.

Masa berjalan mengubah diri,
Mungkin kini dia menyedari,
Sampai bila terusan begini.
 
Beban engkau pikul dengan rela,
Kau terima walau pahit terasa,
Kini sudah masanya kau lepaskan semua.
 
Kau juga punya hidup,
Itu lebih bernilai dari dirinya,
Hargailah sebaik mana engkau bisa.

Biru : Nora
Ungu : Anon
Hitam : Aku

p/s : Dipetik dari ruangan komen di Kongsi.