Bismillah.
Baru2 ni dalam sehari dua ni.Genaplah umur aku 21 tahun mengikut kiraan bulan(taqwim hijri).Segala puji bagi Allah, kerana dengan limpah kurnianya
aku masih dapat bernafas, dan masih dapat menikmati nikmat2 yang dilimpahkannya di muka bumi ini.
21 sungguh signifikan untuk sesetengah hukum qanun.Umur 21 sesorang tu dah boleh mengundi.Yeah, bermula hidup untuk menentukan nasib bangsa.Umur 21 juga
menandakan yang seseorang itu sudah pun menghabiskan sepertiga dari hayat kebanyakan manusia yang hidup di zaman ini.Bila menoleh kebelakang, masih banyak aku
dapati kekurangan yang harus diperbaiki, dan paling ketara ialah sumbangan aku terhadap umat masih kabur.Jadi sempena bulan baik hari baik (Raya Korban), korang
doakanlah kesejahteraan aku, kalau boleh doa khusus lagi bagus.Sebut nama aku dalam doa korang.
Akhir kata semoga menyambut Hari Raya Eidul Adha, Maaf Zahir dan Batin.Muharram bakal menjelang, tetapkan matlamat korang untuk tahun hadapan.Yang penting berikan
bahagian dalam perancangan korang untuk diri, keluarga, masyarakat dan agama.Dan jangan lupa puasa Tasuah dan Asyura(9&10Muharram)
Sekian dulu.Salam V(>_<)/
Ahad, 14 Disember 2008
Selasa, 30 September 2008
Selamat Hari Raya EidulFitri 1429H
Bismillah.
Hari baik ... Bulan baik, Jadi sempena dengan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya EidulFitri Maaf Lahir dan Batin.
Minta ampun bebanyak kalau ada tersilap kata, tersalah ambil barang, termakan apa2 hakmilik korang tanpa izin, dan serba serbi lagi dosa2 aku dengan korang2 yang berkaitan.
Di kesempatan ini, aku nak bagitahu.Aku nak balik Mesir 20/10 ni.Jadi kalau ada apa2 yang tak dilangsaikan lagi dengan aku, cepat2 lah hubungi beta okay.Salam
Ahad, 28 September 2008
Gambar SKBTHO
Bismillah.
Nostalgia:
`A wistful desire to return in thought or in fact to a former time in one's life, to one's home or homeland, or to one's family and friends; a sentimental yearning for the happiness of a former place or time: a nostalgia for his college days.`
`A bittersweet longing for things, persons, or situations of the past.`
Mungkin ini perkataan yang sesuai untuk apa yang aku lakukan sewaktu penurunan aku ke kawasan perumahan aku dulu pada hari Khamis 25/9.Tujuan utama sebenarnya untuk berjumpa kali terakhir dengan member aku Irfan Radzwan sebelum beliau bertolak melanjutkan pelajaran ke University Oxford.Petang tu aku sampai agak lewat, sebab tersesat (jalan2 kat Cheras ni aku dah tak ingat!!) Habis duit aku isi minyak.Alang2, dah turun aku singgah la kejap ke sekolah lama aku sebelum waktu maghrib masuk.
Saje nak tgk apa perubahan yang berlaku setelah 9 tahun tak menjejakkan kaki ke tempat ni (tempat yang aku benci gila nak pergi masa kecil2 dulu).
Malas nak melalut banyak2, jadi kita layan gambar dululah ek.
Masuk je aku kat dalam kawasan sekolah, pertama skali aku snap gambar papan tanda ni.Ye lah, kalau nak tangkap gambar sesuatu tempat tu, kena la ada apa2 tulisan yang beritahu di mana gambar tu diambil.Kan..kan..Papan tanda ni terletak di bangunan kedua (bangunan pertama ada bilik guru, di tingkat 2)
Pastu aku tinjau tandas pula, nak tengok ada perubahan tak.Jelas, ada yang tak berubah, macam graffiti monyet2 yang tengah bercinta ni.Tapi yang pasti lebih bersih dari dulu.Cuma....yang ni tandas perempuan, aku tak leh nak bandingkan sebab masa sekolah dulu tak pernah masuk tandas ni.
Ni la tandas tu yang aku maksudkan.Boleh tahan la bersihnya, sebab seingat aku, tandas kat sekolah ni tahi bersepah2 (aku pun tak tahu camna diorg boleh sepahkan..huhu) .Tapi macam aku kata tadi, aku tak tahu, sebab ni tandas perempuan.Mungkin sejak dulu lagi dah bersih.Wallahua`lam.

Nostalgia:
`A wistful desire to return in thought or in fact to a former time in one's life, to one's home or homeland, or to one's family and friends; a sentimental yearning for the happiness of a former place or time: a nostalgia for his college days.`
`A bittersweet longing for things, persons, or situations of the past.`
Mungkin ini perkataan yang sesuai untuk apa yang aku lakukan sewaktu penurunan aku ke kawasan perumahan aku dulu pada hari Khamis 25/9.Tujuan utama sebenarnya untuk berjumpa kali terakhir dengan member aku Irfan Radzwan sebelum beliau bertolak melanjutkan pelajaran ke University Oxford.Petang tu aku sampai agak lewat, sebab tersesat (jalan2 kat Cheras ni aku dah tak ingat!!) Habis duit aku isi minyak.Alang2, dah turun aku singgah la kejap ke sekolah lama aku sebelum waktu maghrib masuk.
Saje nak tgk apa perubahan yang berlaku setelah 9 tahun tak menjejakkan kaki ke tempat ni (tempat yang aku benci gila nak pergi masa kecil2 dulu).
Malas nak melalut banyak2, jadi kita layan gambar dululah ek.
Notis apa ntah ni...List pelajar2 cemerlang kot.
Kelas aku masa darjah 2, terletak di bangunan ke2.Kecil betul bilik darjah, dulu nampak besar...

Pakai papan putih dah budak2 sekarang.Tapi kat belakang masih ada lagi papan hitam.Kenapa diorang tak cabut ek?
Kawasan perhimpunan.Aktiviti yang membosankan, berbaris menyanyi lagu negaraku dan lagu negeri Selangor, Sebelum masuk kelas
Lirik2 lagu, yang pastinya kalau buat album, takde orang nak beli.Hmmm, lagu sekolah masa zaman aku takde lagi.
Kantin Sekolah
Tempat membeli belah
Kawasan ni terletak sebelah kantin.Dulu kosong, dan seingat kau dulu ada sangkar burung besar kat kawasan ni.Huh, maju sekarang siap ada batu refleksologi lagi.
Salah satu bentuk kemajuan material yang tidak disertai dengan kemajuan spiritual yang mantap.
Bangunan ke 4, ni pun tak wujud zaman aku, yang pasti nya, ni sepatutnya kawasan padang sekolah.
Pra sekolah, bangunan baru gak.
Teringin nak menceroboh masuk untuk bermainan permainan tu.
Padang sekolah yang dah kecik.
Tempat lepak aku masa rehat.Bawah pokok, tapi bukan pokok ni, dah kena tebang kot.
Bagus r, dah ada Misi dan Visi.Aku perasan ada perkataan glokal(perkataan baru yang pelik) kiranya Papan ni baru je dalam stahun 2 diletakkan.
Piagam pelanggan
Lepas habis pusing2, aku pun membelahkan diri dari sekolahku ini.Pembelahan yang kali keberapa pun aku tak ingat, sebab dah banyak kali blah.
okay sekian dulu.Salam
Pakai papan putih dah budak2 sekarang.Tapi kat belakang masih ada lagi papan hitam.Kenapa diorang tak cabut ek?
Lepas habis pusing2, aku pun membelahkan diri dari sekolahku ini.Pembelahan yang kali keberapa pun aku tak ingat, sebab dah banyak kali blah.
okay sekian dulu.Salam
Masalah Pelajar Azhar
Bismillah.
Aku pernah terdengar suatu ketika dulu, samada aku ni merupakan orang pertama atau pun telah menjadi yang kedua, ketiga, keempat dan mungkin keseratus, suara2 sumbang yang mengkritik pelajar Azhar.
Ya, mungkin tak banyak, tapi skali terkena, memang menyakitkan hati.Apabila pelajar atau institusi di mana kita belajar dihina dan diperlekehkan, walaupun tidak ditujukan kepada kita sendiri, tetapi jik kita terdengar atau mengetahui kenyataan tersebut dikeluarkan oleh seseorang, pasti serba sedikit akan terasa juga.Cubit peha kanan, peha kiri pun rasa!
Kenyataan seperti;
`Pelajar Azhar malas, suka ponteng kuliah`
`Pelajar Azhar tidak bersungguh...tak mampu bersaing di arena pekerjaan`
`Allaa...bukan boleh pakai pun diorang tu...bahasa arab pun tak lancar`
`Asyik fail je...diorang ni betul ke belajar...ke tidur je?!`
Namun aku tak salahkan mereka yang memandaang sinis golongan Azhari.Tapi aku takleh terima kalau golongan ni hanya tahu mengutuk, mencaci, mencerca dan melihat kesalahan orang lain tanpa memberi sebarang bentuk usaha dan bantuan untuk mengubah kenyataan2 negatif yang memang ada dalam komuniti mereka yang menuntut di Azhar.
Jadi untuk mengupas permasalahan ni, aku akan memberikan sebab dan mungkin penyelesaian yang pada hemat aku boleh membantu mengubah pandangan buruk sesetengah anggota masyarakat.
Mungkin mereka yang pernah memberikan komen2 pedas kepada golongan Azhar akan menganggap yang ini hanyalah sekadar alasan.
Dan aku akan menggunakan perbandingan dengan pelajar Medik di Mesir.Maaf ya, bukan niat untuk menambahkan rasa tidak puas hati di antara 2 golongan ni, kerana apa yang pasti aku ramai kawan pelajar medic di sini.Tapi maklumlah manusia suka membandingkan 2 perkara berbeza dalam skop yang sempit.
Pada pengalaman aku semua permasalahan ini disebabkan oleh 3 perkara utama 1:Suasana 2:Individu 3:Azhar..
1:Suasana
1.1 Perhubungan
Antara sebab utama yang menjadikan para pelajar ini letih dan kurang bersemangat ialah masalah perhubungan di Mesir.Siapa yang pernah melawat Mesir pasti tidak dapat nafikan hakikat yang Mesir memang mempunyai sistem perhubungan yang cacamarba dan tidak teratur.Bas senget, penuh macam tin sardin, tidak mempunyai pengudaraan yang baik, van yang , dijadikan alat perhubungan yang uzur, pintu terbuka dan sentiasa penuh, bukanlah sesuatu yang luar biasa.Seorang rakanku rakyat Turkmenistan pernah berkata ''Kat Mesir ni, cukuplah ko keluar rumah naik bas dari stesen pertama sehingga ke stesen terakhir, pastu kau patah balik dengan bas yang sama tanpa perlu keluar, sampai ke stesen pertama, balik rumah.Yang pasti kau kena rehat paling kurang 1jam''
Bas dan van merupakan alat perhubungan utama kebanyakan rakyat Mesir, jadi kami terpaksa bersesak2 dengan mereka.Yang lebih teruk lagi, peluang untuk dapat duduk adalah hampir mustahil, kerana bas ini juga digunakan oleh golongan cacat, ibu mengandung dan warga tua.Sesiapa pun yang mempunyai rasa hormat dan belas pasti tak akan membiarkan mereka berdiri!!
Persoalan yang mungkin boleh ditimbulkan ialah; kalau pelajar Universiti lain (Medik) boleh menghadirkan diri mereka setiap hari tanpa menjadikan masalah kenderaan ini satu alasan.Mengapa pelajar Azhar tidak?
Jawapan aku; Bila kita melihat sesuatu perkara tu, adalah patut kita mengkaji subjek kita terlebih dahulu.Pelajar bukan-Azhar, adakah mereka menaiki bas? dan sekiranya mereka menaiki bas adakah jarak tempat tinggal mereka dan Universiti tu jauh?
Jelasnya pelajar Azhar tidak mempunyai pilihan yang banyak dalam memilih jenis perhubungan dan tempat tinggal atas faktor kewangan.Ini kerana kebanyakan kawasan perumahan yang murah terletak agak jauh dari Universiti.
Perkara yang mungkin boleh dilakukan;
1-Bas disediakan untuk para pelajar
2-Bantuan kewangan yang mencukupi
3-Menyediakan kawasan perumahan yang berdekatan dengan Universiti
1.2 Urusan
Urusan yang perlu dilaksanakan juga antara perkara yang membuatkan ramai pelajar tawar hati.Ini kerana urusan dengan kerajaan Mesir dan Azhar dilaksanakan secara manual.Antara jenis urusan tersebut, memperbaharui visa(setahun sekali), mendapatkan visa, pendaftaran kuliah.
Kebanyakan urusan disini memerlukan stamina dan tahap kesabaran yang tinggi.Fenomena ini bukanlah suatu yang asing dalam negara membangun seperti Mesir.Dan pada pemerhatian aku, tahap kecekapan pekerjanya hampir sama dengan yang berlaku di M`sia.Cuma antara yang memburukkan keadaan ialah ;
1-Tiada kerusi untuk menunggu
2-Kawasan menunggu/beratur yang tiada penghawa dingin(tapi alhamdulillah dalam stahun atau 2 tahun lepas Imigresen depan Buuth dah pasang penghawa dingin)
3-Sikap santai pekerjanya(suka bersembang dan minum teh)
4-Tempoh urusan yang panjang (4-5jam ialah lumrah lebih teruk lagi apabila borang ditolak dan terpaksa datang lagi pada masa yang lain walaupun sudah menunggu begitu lama!!)
Walaupun tahap kepantasan mereka hampir sama dengan Msia, mungkin sikap yang dipamerkan tu memberi kesan negatif terhadap pandangan umum.
1.3 Kepanasan
Ermm..tak dinafikan faktor cuaca juga memberi kesan yang mendalam kepada ketidakhadiran pelajar ke Universiti.Walaupun persoalan ini mungkin nampak digembar gemburkan tapi anda akan menyedari betapa hakikat ini memberi kesan kepada mereka yang menuntut di Mesir terutama di Al-Azhar.
Sebenarnya musim panas bukanlah tempoh masa yang bermasalah kepada pembelajaran kerana pada kemuncak musim panas, Universiti telah atau akan ditutup untuk cuti panjang.Kebiasaannya berlaku pada Musim Luruh dan Musim Semi(Bunga).
2 Musim yang aku sebutkan merupakan musim yang mencabar, lebih2 lagi Musim bunga, kerana waktu itu peperiksaan sudah dekat.Pepijat, lalat, lipas dan semut mula mengganas.Tapi yang memberikan kesan ialah cuaca yang tidak tetap, kerana lumrah pada musim ini, panas dan sejuk sering bertukar.Mungkin 2 minggu sejuk, seminggu panas.2minggu panas seminggu sejuk.Oleh itu, fizikal pelajar kita tidak dicipta/bersedia untuk menghadapi iklim ni biasanya akan terjejas.Kebiasaannya musim ini juga ramai pelajar dihinggapi penyakit berjangkit seperti selsema dan demam.
Persoalannya apa kaitan cuaca ni dengan pembelajaran?
Ada 4 perkara yang terkesan;
1-Pelajar kurang daya dan semangat untuk ke Universiti atas faktor kesihatan.
2-Panas menyebabkan ramai yang suka terperap dari keluar rumah
3-Bas dan van yang penuh dan sesak merupakan sesuatu yang tak dapat ditempuhi melainkan dengan ketabahan hati yg cekal
4-Bilik dan dewan kuliah yang sesak dan padat, kepanasan menambah kepada ketidakselesaan berada dalam bilik/dewan kuliah.
Perubahan yang mungkin boleh dilakukan;
Dalam masalah ini mungkin bantuan perubatan sahaja yang boleh dilakukan, kerana perkara2 lain memerlukan usaha dari pihak atasan, orang persendirian takkan mampu mengubahnya.
1.4 Inflasi
Kadar inflasi yang tinggi di Mesir.Sebelum aku panjangkan bicara, suka aku maklumkan yang mengikut laporan akhbar yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia, pihak kedutaan mengulas bahawa 80-90% pelajar Azhar yang berada di Mesir atas tanggungan sendiri.
Jadi korang faham2 lah, latar belakang keluarga mana yang biasa hantar anak mereka belajar agama ni.Golongan elit dan korporat...emm..mungkin ada, tapi rasanya boleh bilang pakai jari.
Jadi biar aku bagitahu.Walaupun tukaran matawang ringgit dan junaih(Egyptian pound) ialah 1.5.Tapi barangan makanan di sini amatlah mahal.Sebagai contoh;
5kg Beras : RM27
1kg Ayam Putih (belum disembelih) : RM9
1kg Daging import : RM15
Tu tak kira lagi perkara2 lain, tambang yang meningkat.Sewa rumah yang melampau.Kesimpulannya kos hidup makin meningkat.Jadi kebanyakan mereka yang tidak mendapat bantuan dari mana2 pihak, pastinya kehidupan mereka lebih tertekan dan mereka mula mencari alternatif lain untuk mencari wang lebih.Justeru, mereka akan teralih tumpuan mereka.Kerap kali mereka menjadi peniaga tak bertauliah untuk menyara kehidupan mereka.
Apa yang boleh dilakukan:
Permudahkan urusan untuk memohon bantuan.Tak kiralah zakat atau pinjaman.Dan naikkan elaun tahunan bagi mereka yang layak.RM3000-4000 setahun hanya dapat memberikan mereka penghidupan bukannya keselesaan untuk belajar!
Bakal disambung...

Selasa, 23 September 2008
Klinik Pesakit Luar
Bissmillah.
Assalamualaikum w.b.t semua.
Lama dah rasa2nya aku tak update blog ni.Maaflah kalau ada yang masuk untuk melihat surat2 baru, tapi tak berjumpa.Tak leh nak buat apa, mungkin hidup aku kat kampung ni tak lah sesibuk mana.Tapi motivasi untuk menulis tu berkurang.Alang2 dah logged in dalam akaun ni, terasa gatal pulak tangan nak menulis.
Hmmm..lebih kurang tujuh hari lagi kita akan meninggalkan Ramadhan, tapi dah cukup ke amalan kita untuk Ramadhan kali ni?Harap2, walaupun mungkin tidak memadai, tapi kita masing2 dah buat terbaik untuk akhirat kita.Moga Allah mengampunkan kelemahan hamba2nya.
Jadi nak tulis secara diari terbuka.
Pagi ni...
Mengantuk betul, bangun dalam keadaan bermalas2an untuk bersahur.Lepas makan lepak depan tv tengok Shaman King(anime yang aku x dapat habiskan sbb cd rosak, masa kat Mesir) .Dah bosan layan Shaman King, main tenet kejap.Sebab pagi ni nak ikut abah nak gi Hospital.
7.40 pagi, gi bandar...lalu ikut jalan Mambau.Abah hantar aku kat Hospital Tuanku Jaafar.Tak pasti kat mana Klinik Pesakit Luar, aku pun turun je lah kat depan bangunan yang terletak belakang Klinik Pakar.Jadi aku pun tanya la kat mamat ni...er minah (nurse ni aku confius dia ni laki ke perempuan sebab potongan rambut dia macam laki, suara plakk lembut cam perempuan) .Dah tanya tu baru aku tahu yang Klinik Pesakit Luar terletak bukan di kawasan tu tapi di luar kompaun Hospital tu.Terpaksa la menapak dalam 200meter, ke Klinik Pesakit Luar(KPL).
Sampai kat KPL huyyo, ramai betul orang.Boleh tahanlah, gi lah isi borang pendaftaran sebab aku tak pernah lagi dapatkan rawatan kat KPL Seremban ni.Masa beratur nak ambil giliran untuk ambil borang tu, ada lah nurse lelaki India, huh..smart dia ni, cakap Mandarin selamber je, respek betul kat dia.
Siap isi borang, aku hantar kan kat satu lagi kaunter, kena tunggu no giliran dipanggil no. 1110 aku dapat, cun gak no tu.hoho.Siap nama aku dipanggil, ambil borang, dan bayar RM1.Terus masuk bhg. rawatan.Dapat bilik no. 4 Dr. Uma jaga, okaylah doktor tu, walaupun tiada senyuman, tapi aku dapat rasakan dia ikhlas merawat.Tanyalah beberapa penyakit yang aku hidapi.Gatal mata : Alahan, Tapak tangan dan kaki selalu sejuk : Unknown.uhuh.Dia pun bagi perskripsi untuk alahan mata (sampai skrg aku tak makan lagi, malasnya...).Masalah kedua tu pulak dia minta aku bagi sampel darah, kena check 2 minggu lagi.Aii, kena menapak lagi la aku pasni ke Pusat Bandar.
Siap serahkan perskripsi kat Kaunter Farmasi, tunggulah kejap dalam 3-4minit.no giliran aku dipanggil untuk mengambil ubat.Dapatlah 2 jenis tablet, dan satu ubat titis.`Ubat titis mata ni boleh pakai waktu siang, tak batal puasa`.Aku angguk je sambil senyum.~Bagus juga perkhidmatan diorg ni skrg, aku tak tanya pun, sbb memang dah tahu, lagi pun berlambak pekeliling ditampal untuk memberitahu apa jenis rawatan yang membatalkan dan tak membatalkan puasa~
Kena lak gi Klinik Gigi nak check gigi ni, lagipun klinik gigi tu dekat dengan pejabat Abah.Memandang geografi aku ni memang lemah, kena lah tanya orang untuk tahu arah.seperti biasa Jaga dan polis trafik yg menjadi mangsa, oho.
`Sala...(serba salah nak bagi salam sbb nampak dia cam org bukan Islam) err, bang nak tanya sikit la dari sini nak pergi Klinik gigi camne? (Menyesal sikit sebab bila aku tgk kat tag nama dia, aku nampak gambar orang pakai kopiah)
`La..kat dalam klinik ni ada`
`Takpe la, saya nak jumpa orang pulak lepas tu, jadi saya nak tahu klinik gigi yang dekat dengan A&W tu`
`Yang tu ke, adik kena lalu jalan yang ada jejantas tu straight je, hurmm, klau ambil teksi ni kata je nak pergi klinik sebelah sana, diorg faham`
`Kalau camtu takpelah, bas ada tak lalu situ`
`Bas ada tapi diorg tak lalu depan klinik tu`
`Okaylah bang, kalau camtu takpela saya pergi dulu`
`eh, ni naik apa?`
`Naik kaki je` Sambil tunjuk kat kaki aku.
Jalan punya jalan.Ada brader tegur, rupanya Jaga tadi bawak motor dia nak hantar aku (uhu..baik hati betul brader ni) .Mudah keje aku..Terima kasih abang Mohd Hanif.
Dipendekkan cerita, aku gi tampal gigi lagi.Dan dapatkan nasihat cara penjagaan gigi yg betul.
Habis aktiviti luar aku hari ni.
Manyak letih...

Sabtu, 9 Ogos 2008
Sedikit Pemberitahuan

Bismillah
Sedikit pemberitahuan, buat sementara waktu, aku tiada di Seremban.Insyaallah, bermula dari 10/8 sampai 23/8 aku akan buat partime kat MAHAExpo di Serdang.Sesiapa yang nak tahu lebih lanjut pasal MAHA [klik sini].
Aku akan menjadi penjaga satu kiosk kat sana, jadi kalau terserempak jangan lupa singgah, dan bagilah sokongan dengan membeli beberapa produk yang ditawarkan.
Untuk panduan.Aku sertakan Peta untuk ke MAEP.Sesiapa yang lalu2 dekat sana singgahlah MAHA ni ya.
Ni pulak barang2 yang aku bakal dipertanggungjawabkan untuk mempromosikannya.Nak tempah pun insyaAllah boleh.Kot... =p
Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas

Laman sesawang yang rasmi untuk produk ini ialah http://fnd2u.com/
Jadi sekian dulu untuk posting kali ni.Sekian terima kasih.
Ahad, 27 Julai 2008
Autobiografi: Aku GORGON
Aku GORGON
Aku dilahirkan bersama beberapa adik-beradik yang tidak sempat kukira bilangannya.Aku tergantung pada ibuku selama beberapa minggu, sejak dari keluarnya pucuk bunga.Namun mungkin akibat dari lamanya jangka hayat aku, maka memoriku telah kabur dan samar membuatkan aku semakin sukar untuk mengingati permulaan hidupku ke dunia ini.
Setelah cukup matang dan aku merasakan tidak perlu lagi bergantung kepada ibu, maka aku dengan rela hati menjatuhkan diriku.Terjunan aku persis seorang penerjun payung terjun pakar dari pasukan TUDM berjaya dilakukan.Aku yakin terjunanku tidak sia2.Kerana diriku banyak manfaatnya.Itupun jika mereka mengetahuinya...
Detik berganti saat, saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan...err..banyak sangat la pulak.Dipendekkan cerita, jatuhnya diriku ke bumi tidak menatijahkan keputusan yang diharapkan.Aku mejangkakan yang aku bakal melahirkan tunas, tapi apakan daya.Aku mandul rupanya.
Badanku mula diratah semut, isiku dikoyak dan dimakan ulat tanpa belas dan kasihan hingga lompong badanku, tinggallah jasadku umpama patung manusia hanya punya rupa tidak rasa.Aku cuma berdoa agar kehadiran aku didunia yang fana ini dapat dimanfaatkan sekurang2nya aku akan dikenang.
Masihku ingat, petang itu.Ku terlihat kelibat seorang anak adam.Kelihatannya menyepak2 jasad kosong adik beradikku yang terjun sekali.Namun nasibku lebih baik dari mereka, aku hanya `kosong` dalaman tetapi luaran ku masih dalam keadaan sihat sejahtera.Mungkin akibat memenuhi kriteria tersebut, aku dipilih oleh anak adam tersebut.
Kulit ku dirobek kemudian dilicinkan, aku pasrah.Sudah banyak yang kulihat dan kufahami sepanjang aku bergantung pada ibu tentang sifat anak adam ini.Ada yang baik ada yang buruk.Aku hanya berserah kepada yang Maha Esa agar dia tidak mempersiakan kehadiranku.
Setelah dilicinkan badanku menggunakan pisau, lantas dia menggunakan kertas pasir untuk lebih kemas dan licin.Perutku juga ditebuk untuk tujuan yang tidak diketahui.Setelah siap semuanya, dia mencari adik ku lantas dibuat tempat duduk untukku agar aku tak bergolek2.
Untuk beberapa bulan yang pertama, aku diberi makan secukupnya.Nyata dia memang seorang tuan yang baik.Kebajikanku dijaga, hingga tiba suatu masa dia menuturkan
Nanti saya balik Mesir, tolong bagi GORGON[ketika ini aku masih tidak punya nama] makan
Aku risau dan kerisauan ku benar2 terjadi.Sungguh, aku kelaparan.Sejak ketiadaannya, makan minumku tidak lagi teratur.Aku diletakkan terpuruk di penjuru bilik.Hati ku menjerit AKU MAHU MAKAN!!
Entah berapa lama aku berkeadaan begitu, mungkin 2tahun setengah.Aku melihat kelibat yang dirindui.Tuanku kembali, hatiku melonjak gembira.Dia lantas mengambilku dan membersihkan kotoran yang berada di kulitku.Aku dibelai dan dimanjai, sungguh aku berasa gembira dihargai begitu.
Dan aku dibawa pulang ke rumahnya yang berada di Seremban[sebelumni di Kuala Pilah].Di sana aku dinamai dengan nama raksasa GORGON.Mungkin disebabkan wajahku yang ganas dan seolah2 meminta makanan dengan wajah yang rakus.
Kini makan minumku kembali terjaga.Namun ku tahu, andai perutku telah penuh, aku pasti dibunuh.Tubuhku akan dpecahkan kelantai.Ku tahu, begitulah kehendak tuhan.Tiada yang kekal selain dari-Nya.Aku pasrah, sekurang2nya kehadiranku di dunia ini dihargai.
TAMAT
Disini aku sertakan gambar belaanku.Ia dah lama dibela, cuma balik kali ni je aku bagi nama.Terima kasih atas idea bernas Abah.Nama Gorgon sangat sesuai dengan peribadi makhluk ni.

Rabu, 23 Julai 2008
Rapuan
Bismillah.
Dah lama aku datang Malaysia..eh silap..balik Malaysia tapi takda lagi menghadap TV.Tak tahu kenapa tapi memang kurang sikit minat dalam menonton TV ni.Best lagi berkebun dan menebas semak samun, ada gaklah faedahnya.
Sedang menonton tu[sebenarnya tengah dalam proses mengacau daun mak aku layan drama yang sedang diikutinya] adalah disiarkan iklan GangStarz.Sungguh aku berbangga menjadi rakyat Msia.Kalau boleh nak `ter` berada di setiap awal perkataan cth; tertinggi, terbesar dan lain2.Dalam bidang hiburan pun tak ketinggalan, negara paling banyak terpengaruh dengan dunia hiburan luar.Ahah, kalau dulu mungkin para remaja yang suka tampal poster2 penyanyi di dinding mungkin tidak mempunyai masalah dalam menampal gambar artis kegemaran, cuma sekarang ni punya la banyak artis2 yang dilayan remaja masa kini.Jepun, Korea, British, Taiwan, Indonesia.Amerika tu tak yah sebutlah, memang dah lama dah menjajah jiwa rakyat Malaysia ni.Apa2 lah, cuma harapan aku agar perkara2 hiburan ni kuranglah sikit, tak dapat secara drastik pun secara beransur pun okay, janji ada perkembangan yang baik.
Aku baru dapat satu `belaan` baru, amat comel.Makhluk ni selalu lapar, disebabkan tabiatnya yang begitu maka aku namakannya GORGON, ini juga atas nasihat ayah aku.Ahah..best2..Nanti aku post gambar makhluk ni.Siap dengan karangan autobiografinya

Langgan:
Catatan (Atom)