Ahad, 27 Julai 2008

Autobiografi: Aku GORGON

Aku GORGON

Aku dilahirkan bersama beberapa adik-beradik yang tidak sempat kukira bilangannya.Aku tergantung pada ibuku selama beberapa minggu, sejak dari keluarnya pucuk bunga.Namun mungkin akibat dari lamanya jangka hayat aku, maka memoriku telah kabur dan samar membuatkan aku semakin sukar untuk mengingati permulaan hidupku ke dunia ini.

Setelah cukup matang dan aku merasakan tidak perlu lagi bergantung kepada ibu, maka aku dengan rela hati menjatuhkan diriku.Terjunan aku persis seorang penerjun payung terjun pakar dari pasukan TUDM berjaya dilakukan.Aku yakin terjunanku tidak sia2.Kerana diriku banyak manfaatnya.Itupun jika mereka mengetahuinya...

Detik berganti saat, saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan...err..banyak sangat la pulak.Dipendekkan cerita, jatuhnya diriku ke bumi tidak menatijahkan keputusan yang diharapkan.Aku mejangkakan yang aku bakal melahirkan tunas, tapi apakan daya.Aku mandul rupanya.

Badanku mula diratah semut, isiku dikoyak dan dimakan ulat tanpa belas dan kasihan hingga lompong badanku, tinggallah jasadku umpama patung manusia hanya punya rupa tidak rasa.Aku cuma berdoa agar kehadiran aku didunia yang fana ini dapat dimanfaatkan sekurang2nya aku akan dikenang.

Masihku ingat, petang itu.Ku terlihat kelibat seorang anak adam.Kelihatannya menyepak2 jasad kosong adik beradikku yang terjun sekali.Namun nasibku lebih baik dari mereka, aku hanya `kosong` dalaman tetapi luaran ku masih dalam keadaan sihat sejahtera.Mungkin akibat memenuhi kriteria tersebut, aku dipilih oleh anak adam tersebut.

Kulit ku dirobek kemudian dilicinkan, aku pasrah.Sudah banyak yang kulihat dan kufahami sepanjang aku bergantung pada ibu tentang sifat anak adam ini.Ada yang baik ada yang buruk.Aku hanya berserah kepada yang Maha Esa agar dia tidak mempersiakan kehadiranku.

Setelah dilicinkan badanku menggunakan pisau, lantas dia menggunakan kertas pasir untuk lebih kemas dan licin.Perutku juga ditebuk untuk tujuan yang tidak diketahui.Setelah siap semuanya, dia mencari adik ku lantas dibuat tempat duduk untukku agar aku tak bergolek2.

Untuk beberapa bulan yang pertama, aku diberi makan secukupnya.Nyata dia memang seorang tuan yang baik.Kebajikanku dijaga, hingga tiba suatu masa dia menuturkan

Nanti saya balik Mesir, tolong bagi GORGON[ketika ini aku masih tidak punya nama] makan


Aku risau dan kerisauan ku benar2 terjadi.Sungguh, aku kelaparan.Sejak ketiadaannya, makan minumku tidak lagi teratur.Aku diletakkan terpuruk di penjuru bilik.Hati ku menjerit AKU MAHU MAKAN!!

Entah berapa lama aku berkeadaan begitu, mungkin 2tahun setengah.Aku melihat kelibat yang dirindui.Tuanku kembali, hatiku melonjak gembira.Dia lantas mengambilku dan membersihkan kotoran yang berada di kulitku.Aku dibelai dan dimanjai, sungguh aku berasa gembira dihargai begitu.

Dan aku dibawa pulang ke rumahnya yang berada di Seremban[sebelumni di Kuala Pilah].Di sana aku dinamai dengan nama raksasa GORGON.Mungkin disebabkan wajahku yang ganas dan seolah2 meminta makanan dengan wajah yang rakus.

Kini makan minumku kembali terjaga.Namun ku tahu, andai perutku telah penuh, aku pasti dibunuh.Tubuhku akan dpecahkan kelantai.Ku tahu, begitulah kehendak tuhan.Tiada yang kekal selain dari-Nya.Aku pasrah, sekurang2nya kehadiranku di dunia ini dihargai.

TAMAT

Disini aku sertakan gambar belaanku.Ia dah lama dibela, cuma balik kali ni je aku bagi nama.Terima kasih atas idea bernas Abah.Nama Gorgon sangat sesuai dengan peribadi makhluk ni.

BAGI AKU MAKAN!!!

Tengah makan syiling 50sen[Asyik2 makan ni je..nak gak not Merah atau Hijau Biru]

PS; Sungguhku tiada kerja.hahaha..Teringat masa kecik2 kena tulis karangan autobiografi.Tribute untuk Cikgu2 yang pernah mengajar aku.

Rabu, 23 Julai 2008

Rapuan

Bismillah.

Dah lama aku datang Malaysia..eh silap..balik Malaysia tapi takda lagi menghadap TV.Tak tahu kenapa tapi memang kurang sikit minat dalam menonton TV ni.Best lagi berkebun dan menebas semak samun, ada gaklah faedahnya.

Sedang menonton tu[sebenarnya tengah dalam proses mengacau daun mak aku layan drama yang sedang diikutinya] adalah disiarkan iklan GangStarz.Sungguh aku berbangga menjadi rakyat Msia.Kalau boleh nak `ter` berada di setiap awal perkataan cth; tertinggi, terbesar dan lain2.Dalam bidang hiburan pun tak ketinggalan, negara paling banyak terpengaruh dengan dunia hiburan luar.Ahah, kalau dulu mungkin para remaja yang suka tampal poster2 penyanyi di dinding mungkin tidak mempunyai masalah dalam menampal gambar artis kegemaran, cuma sekarang ni punya la banyak artis2 yang dilayan remaja masa kini.Jepun, Korea, British, Taiwan, Indonesia.Amerika tu tak yah sebutlah, memang dah lama dah menjajah jiwa rakyat Malaysia ni.Apa2 lah, cuma harapan aku agar perkara2 hiburan ni kuranglah sikit, tak dapat secara drastik pun secara beransur pun okay, janji ada perkembangan yang baik.

Aku baru dapat satu `belaan` baru, amat comel.Makhluk ni selalu lapar, disebabkan tabiatnya yang begitu maka aku namakannya GORGON, ini juga atas nasihat ayah aku.Ahah..best2..Nanti aku post gambar makhluk ni.Siap dengan karangan autobiografinya

Sabtu, 19 Julai 2008

Sekilas update

Bismillah.

Harap2 para pengunjung, masih sihat seperti biasa.lama sudah tak update, Kesibukan hidup rasanya yang menjadi penghalang paling besar.Pula tu dengan kepulangan yang dirancang pada akhir waktu dan barangan yang juga dapat dibeli sehari sebelum berlepas, tak lupa juga beberapa barang perniagaan(huhu) yang sempat dibeli 4jam dari waktu berlepas.Alhamdulillah, hanya beberapa barang yang agak kurang penting shj yang tertinggal.

Lagipun semangat untuk menulis pun agak kurang, antara sebab utama blog ini ditulis pun untuk memaklumkan keluarga aku perkembangan terbaru.Memandangkan sekarang pun dah ada kat Malaysia di samping keluarga maka keinginan untuk menulis merudum jatuh.

Hari ni je genaplah seminggu aku di sini, duh..banyak lagi tak sempat pergi..atau tak berpeluang..harap2 Allah permudahkan semua yang aku rancang sebelum aku balik Malaysia.

InsyaAllah kalau rajin aku pos lagi.Dengan lebih detail.

Sekian dulu.Salam..

Selasa, 1 Julai 2008

Balik dari Dumyat

Bismillah.

Sedikit catatan mengenai kepulangan aku ke Kaherah[senang aku nak rujuk nanti]

1315:Turun rumah Anas, naik Microbus ke Sa3edi.[Tambang 50sen]
1321:Sampai ke Sa3edi, tunggu penumpang penuh dalam Microbus ke Mansourah.
1340:Microbus bergerak pergi.
1440:Sampai Talkha[Tambang 4junaih] di perhentian Madinah Talkha Daqahliah seperti yang dijangka, perjalanan hanya mengambil masa 1 jam.
1447:Makan aiskrim jap , orang jual tepi jalan, boleh tahan, sedap lagi dari yang jual kat kedai sebab dia ada bubuh kacang, haraga pun 50sen je.Naik teksi ke Salam.
1500:Sampai ke Jami` Salam[Tambang 5junih].Telefon karkun Ayap.
1510:Lepak di umah karkun Ayap sampai Asar.Aku turut dijamukan dengan makanan2 ringan.uhuh.Kenyang perut.
1730:Selepas berjaya menghabiskan makanan dan juga menambah bil air rumah karkun Ayap.Aku turun untuk ke Masjid menjama` dan Qasarkan solatku secara Ta`khir di Masjid depan rumah beliau.Kemudian pergi ke menuju ke Mahattah Utubis Qadimah di Darasat, karkun Ayap mengesyorkan aku menaiki teksi tambangnya 1.50junih sahaja.Tetapi aku menaiki Microbus, tambangnya 25sen sahaja[patutlah tambang teksi kat Mansourah murah sebab dengan microbus pun dah boleh pergi ke tempat2 kritikal dengan harga berkali ganda lagi murah]
1800:Naik Microbus ke Misr[Kaherah].Dapat tempat duduk barisan ke 2 paling kanan.Tempat duduk tak best, seat rendah!!Sakit badan aku, mujurlah tepi tingkap.Dapat merasa angin kampung, dan pemandangan indah[payah nak tengok pemandangan hijau kalau kat Kaherah, semuanya pasir, debu dan batu]
2020:Terima kasih kepada tindakan bijak pemandu Microbus, perjalanan yang sepatutnya tamat 30 minit iaitu ketika 1950 mengikut jangkaan aku tersasar sebab belaiu menggunakan jalan yang sesak.Haish, letih tul duduk dalam Microbus tu.[Tambang 9.50junih]
2030:Solat kat Masjid Rahmat[tak pasti namanya]
2050:Bertolak ke Hayyu Sabie`[tambang 1.25junih]
Kemudian aku sampai dengan selamatnya ke rumah tercinta.

Kesimpulan perjalanan ke Dumyat: Menyoronokkan, pengalaman menghabiskan beras dirumah orang amat mengghairahkan.Sana lebih sejuk dan tenang berbanding Kaherah, masa aku nak pergi sana pun masuk Muhafazah Port Sa3ed pun dah sejuk walaupun jam ketika tu 2300, dah rasa angin sejuk, kalau kat Kaherah pukul 2-3 pagi baru nak sejuk udaranya.Tidur petang pun best, sebab ada bunyi burung berkicau dan udara pantai yang kuat.uhuhu.Best, best dan best.Sunyi sikit kat sini, takdelah bunyi kenderaan memakak sepanjang hari.
Yang paling best sebab aku dapat hilangkan badi aku terhadap game, eheh, dapat juga habiskan satu game dalam 2 hari.
Kalau naik Microbus lompat lagi murah dari perjalanan terus ke Dumyat.Tambang terus Dumyat-Kaherah 18/20junih.Kalau Dumyat-Mansourah-Kaherah 13.50junih.

Sedikit maklumat;Aku dapat berita masa di rumah Karkun Ayap bahawa kawan beliau Naim mendapat perkhabaran bahwa ada teman mereka telah mengetahui natijah dari Kontrol.Dan hari ni[ketika pos ini ditulis] aku baru je pergi ambil duit biasiswa Azhar di kuliah aku.Sambil tu pergi naik tingkat dua untuk ke kontrol tahun satu, Prof. Maher berkawal.uhuh.Kata beliau insyaAllah keluar dalam 15hari lagi.Tapi keputusan di kontrol ni tak boleh ambil pusing sangat, kadang2 tersilap.

Sekian dulu