Jumaat, 23 November 2012

Nota Isteri -berkenaan etiqa takaful-


tak dapat bagi kredit, sbb tak tahu mana asalnya

assalamualaikum wbt...

salam kasih sayang buat semua sahabat sekalian. lama sudah kita tak bertemu, rindu pada kalian selalu datang bertamu. harapnya sahabat-sahabat sekalian sihat dan terus cemerlang mengukir kejayaan. amin..

maaf andai apa yang ingin saya kongsikan di sini bakal menganggu sesiapa. tetapi, saya mohon untuk sekali ini sahaja untuk izinkan saya sebagai seorang sahabat anda untuk berkongsi dan menyampaikan sesuatu yang baik untuk kita semua sebagai umat islam sejagat. di saat saya cuba menyampaikan pesanan ini, sedikitpun saya tidak memikirkan faedahnya untuk diri ini. tetapi cukup kerana Allah.

     Oleh yang demikian, saya mohon agar kalian semua sudi meluangkan sedikit waktu untuk pinjamkan saya sepasang mata dan hati nurani kalian untuk memahami dan menghayati apa yang ingin saya kongsikan di sini.

    Untuk pengetahuan kalian, ekonomi umat islam masih di takuk yang lemah. masih terkebelakang meskipun dalam negara sendiri. masih terlalu ramai umat islam khususnya kaum Melayu yang 'zero' pengetahuan tentang pengurusan kewangan berasaskan syariah sekalipun mereka terdiri daripada golongan profesional. kebanyakan orang melayu kita terlalu jahil tentang pengurusan kewangan sehingga menjadikan simpanan bukan sebagai keutamaan, tetapi lebih cenderung untuk menikmati gajet-gajet berteknologi, kereta yang hebat-hebat, rumah yang besar-besar, barang-barang yang berjenama. fenomena ini seolah-olah menjadikan perbelanjaan itu jauh lebih penting daripada simpanan. sedarkah kalian kita hidup bukan hanya untuk hari ini, tetapi juga insyaAllah untuk hari-hari yang mendatang? kita juga bukan hidup untuk diri sendiri sahaja. kita ada keluarga, kita ada saudara sesama islam.

     Dengan rasa rendah hati, saya ingin menyeru kepada kalian untuk menabung dan melindungi sambil memberi di jalan Allah bersama Etiqa Takaful. dengan hanya menyimpan sebanyak RM100 sahaja sebulan, kalian dapat bantu kukuhkan ekonomi Islam, kalian dapat ringankan beban ibu dan ayah, kalian dapat bantu insan-insan miskin dan lemah, kalian mampu hantar ibu dan ayah ke haji untuk pertama kali, kedua kalinya atau seterusnya, kalian mampu mempunyai dana untuk buka klinik gigi sendiri, kalian ada simpanan yang kukuh, dan yang paling penting, kalian infakkan harta di jalan Allah, Tuhan yang sangat banyak memberi pada kita semua. kini tiba giliran saya dan kalian untuk memberi pula kepada Allah semampu kita.. Allah tak pernah berkira dengan kita, ibu ayah kita juga tak pernah berkira dengan kita.. mereka beri sebanyak-banyaknya pada kita sekalipun terpaksa bersusah payah. alangkah indahnya, kalau kita mampu cintai Allah dan ibu ayah seagung itu.. alangkah baiknya, kalau hati kita juga pemurah dan penyayang seperti mereka.. tetapi semua itu atas pilihan hati kalian sendiri..

     Ingin saya ingatkan di sini, sebelum kalian mahu menolak takaful, sebelum kalian nak kata 'aku tak perlu dan tak minat dengan takaful', sebelum kalian nak 'ignore' perkongsian takaful ini, kalian dinasihatkan agar benar-benar memahami dan menghayati isi hati Takaful.. setidak-tidaknya SEKALI seumur hidup, kalian hadiahkanlah kesudian kalian untuk berkenalan dengan etiqa takaful ini. kalau orang bukan islam sendiri mahu mendengar dan menabung bersama takaful, mengapa tidak kalian, insan-insan yang mencintai Islam?

    berbicara tentang menyimpan wang, ini bukanlah bergantung kepada banyak mana wang yang kalian miliki, tetapi bergantung kepada besar mana semangat kalian mahu menyimpan dan memberi. erti hidup pada memberi.. bahagia itu adalah apabila membahagiakan.. hari ini mungkin kita masih sihat, masih mampu ke kuliah ilmu, masih mampu berjalan-jalan, masih mampu ketawa, tetapi belum tentu esok kita boleh buat semua tu lagi. kematian dan musibah boleh tak kenal usia, tak beri petanda. justeru, persiapkanlah diri kalian untuk hadapi semua itu. keadaan masa depan kita ditentukan oleh bagaimana usaha kita corakkan hari ini.

       kepada sahabat-sahabat dentists yang dah buat janji temu dengan saya untuk mendengar dan menabung bersama takaful, terima kasih banyak dan tahniah saya ucapkan atas kesedaran kalian. bukan senang nak jumpa muda-mudi yang bijak menguruskan kewangan sekali gus berjiwa besar untuk memantapkan ekonomi islam. semoga Allah tambahkan rezeki kalian dunia dan akhirat. dan kepada sahabat-sahabat yang macam minat nak kenal dengan takaful, boleh jumpa saya.

   Ramai sahabat-sahabat saya  di malaysia yang sudah menyimpan wang mereka dengan takaful meskipun masih belajar. syarat nak menyimpan dan melindugi bersama takaful, berumur 14-60 tahun, sihat dan bertanggungjawab.. ayuh, kita sama-sama bantu diri sendiri, keluarga dan umat islam yang lain. InsyaAllah Allah akan lebih mudahkan perjalanan kalian menuntut ilmu. kejarlah berkat Allah dalam setiap rezeki kalian. carilah ruang untuk selitkan walau sedikit untuk etiqa takaful (the best takaful company in the world). Akhir kalam, manfaatkan duit belanja/biasiswa/pinjaman pelajaran kalian sebaiknya. biar ada saham dunia dan akhirat sekali.

 ''Semoga Allah memberikan rahmat kepada orang yang berusaha dengan cara yang baik, berbelanja dengan sederhana dan menabung apa yang lebih (setelah memberi nafkah) untuk saat-saat dia yang memerlukannya nanti''
Hadis Muttafaqun 'Alaih (riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

Puan Norsaidah Abdullah
Penasihat Kewangan Islam
Maybank Etiqa Takaful
01158553803

dicuri dan diedit oleh Irfan. *nota ini dipos didalam fb group pergigian.

Ahad, 10 Jun 2012

Kes curi logam



BESUT – Enam lelaki yang dipercayai menjadi dalang kegiatan mencuri kepala paip keluli tahan karat di beberapa buah masjid di daerah Besut sejak sebulan lalu berjaya diberkas pagi kelmarin. 
Ketua Polis daerah, Superintendan Kamarudin Mohd. Zakaria berkata, dua daripada suspek yang berusia 19 dan 22 tahun bekerja dengan sebuah syarikat pemotong rumput dan didapati positif dadah.  
          Pautan.

Dah banyak sangat kes curi barangan yang berunsur logam. Kereta pun jadi mangsa juga. Sebenarnya tak susah pun kalau nak banteras. Kalau ada apa-apa kes kecurian target je kedai barangan lusuh. Kedai barangan lusuh ni memang tempat pelupusan barangan curi kot. Antara nak dengan tak nak je.

Harapnya pihak polis lebih proaktiflah dalam membanteras benda ni. Dan tolonglah jangan ada yang terima 'hadiah' dari pengusaha2 pusat barangan lusuh ni. Sebab aku rasa benda ni memang macam open secret kot. 

PETALING JAYA – Polis menyerbu sebuah premis barangan lusuh di Jalan Maju 1/1, Taman Maju Jaya di sini yang dijadikan sebagai pusat pengumpulan komponen berpuluh-puluh kenderaan curi. 
Kesemua barangan termasuk 72 enjin kenderaan curi yang dianggarkan bernilai RM300,000 itu dikesan disembunyikan di bawah longgokan sampah sarap dan barangan besi terpakai bagi mengaburi pihak berkuasa.
          pautan 

Lagi satu kebanyakan yang jadi peragut dan pencuri2 logam ni biasanya dari kalangan mat pit. Oleh itu marilag bersama2 kita memerangi dadah. Hoho


Isnin, 30 April 2012

Pengkhianat



Pengkhianat katamu,
Sedang pintaku dahulu kau tulikan,
Usaha dan jerihku kau butakan.

Pernah kau merasa apa yang ku rasa?
Berjuang sendiri tanpa teman.
Dibiar sendiri di medan perang.
Tanpa perisai berlindung bila diserang.
Tanpa bekal dan ration menangkis kelaparan.

Perjuangan yang sia-sia,
Perjuangan yang tiada makna,
Perjuangan yang tidak dihargai,
Perjuangan yang tewasnya pasti.

Lantas untuk apa aku terus di sini,
Mempertahankanmu yang tak pernah mengerti,
Ya, kamu yang tidak mahu berjuang sekali,
Lebih baik ku pergi ke medan yang setara,
Medan di mana pintaku didengari,
Usaha dan jerihku dihargai,
Rasa dan pandangku diselami.

Biarkanku berlalu dari medan ini,
Walau nista dan caci menemani,
Kerana kamu tidak pernah memahami diri,
Selamat tinggal dan biarkan ku pergi.

Khamis, 19 April 2012

Second term almost ended. Next week will be the last class for this term, and yet still i got one book of mine that werent given to our hand. :( . maybe the time will come that i can look back at my past whenever i face such difficulties and said "I survived among the worst educational system in the globe, this lil prob is nothing"

Ahad, 15 April 2012

RIP Pokok2 kesayangan

Baru tadi borak dengan umi pasal pokok2 yang aku tanam dulu. Nampaknya tak banyak yang hidup. Kawasan pinggir taman tu pun dah jadi hutan sekunder.

Banyak juga yang aku dan umi tanam. 3 anak cempedak, pandan, serai, limau kasturi, mangga, betik, kelapa renek, mengkudu, kantan. Setakat ni yang hidup pandan, serai, limau kasturi,kantan dan kelapa je. Yang lain semua dah papoi. Harap sangat kelapa tu sempat membesar, rindu nak minum air kelapa muda.

T_T

Sabtu, 24 Mac 2012

Homeless man and cigarettes

Found this homeless man few days back searching for leftover in garbage by the side of the road. When i just about to go to him to give him petty change, then i saw him smoking. Not long after that i've taken back my intention coz i'm afraid the penny would goes to cigarettes rather than food. =( 

Jumaat, 9 Mac 2012

PETA

وَمِنَ ٱلۡأَنۡعَـٰمِ حَمُولَةً۬ وَفَرۡشً۬ا‌ۚ ڪُلُواْ مِمَّا رَزَقَكُمُ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَكُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ۬ 
And of the cattle (He produceth) some for burdens, some for food. Eat of that which Allah hath bestowed upon you, and follow not the footsteps of the devil, for lo! he is an open foe to you. (142)
Baru-baru ni PETA ada buat satu gimik bantahan, pakai macam ikan duyung. Terbaring di kaki lima di kawasan Bukit Bintang. Sumber klik ini.

Aku tak faham sebenarnya dengan kumpulan ni. Kalau nak bantah pembunuhan haiwan terancam atau pembunuhan haiwan secara kejam, boleh terima lagi. Tapi kalau nak promote vegetarism, dengan cara menampakkan seolah-olah pemakan daging ni kejam ; pembunuh dll, kenapa diorang banyak makanan vitamin(nak seimbangkan gizi) dan cari makanan yang menyerupai rasa daging?

Kalau dah benci sangat dengan daging, tak perlulah makan makanan yang meyerupai daging. dan PETA ni jenis talam 2 muka juga. Boleh baca blog yang memperihalkan kemunafikan PETA ni di sini.

Kita hormati hak mereka tak nak makan daging tapi janganlah tarik dan sempitkan pemikiran tu. Nak tahan diri sendiri dari makan daging okaylah. Go on, kurang sikit persaingan antara pemakan daging putih dan merah ni. (haha~) cuma tak perlulah condemn seolah-olah kita ni tak berperikemanusiaan. Memang rantaian kehidupan macam tu. Dan manusia memang pemakan daging dan tumbuhan.

Lagu kanak2

Asssalamualaikum, Kum apa?
kombat, bat apa?
batman, men apa?
mentol, tol apa?
tolak, lak apa?
laksa, sa apa?
satu, tu apa?
tuan, wan apa?
one two three foru five six seven eight nine ten, ten apa?
tembak, bak apa?
bak duit, duit apa?
duit jepun, pun apa?
pondan, dan apa?
dancing, sing apa?
singer, menawan keluarga bahagia~

Ada orang post di wall fb mereka lagu zaman kanak2, versi sedikit berbeza dengan versi yang aku punya. Lagu2 macam ni memang biasanya berubah mengikut zaman dan tempat...

Korang?

Selasa, 6 Mac 2012

Penulis profesional

Alhamdulillah, kelmarin saya telah pun buat keputusan untuk nama blog baru untuk memuatkan penulisan saya. Untuk jangka masa panjang memang saya rasakan nama irfansharif ialah yang terbaik. Cuma tagline(cth ; Minda tajdid) tu yang perlu di fikirkan untuk melambangkan identiti penulis, harap dapat ilham tak lama lagi.

Terima kasih saya ucapkan kepada yang memberikan cadangan, saya amat menghargai pandangan dan pendapat kalian. Sebenarnya ada tujuan lain di sebalik post tersebut yang tersirat. 2 yang dah tercapai ;

1-Nama (dah dapat pun-ini tersurat-)
2-Pengumuman niat (sekarang ni memang tiada jalan lari, nak tak nak kena tulis juga)
3-Menggalakkan orang lain menulis. Bakar semangat. Dah ada pun yang terbakar. hehe

Status mula-mula dulu


Kan dah ada yang terbakar ^_^

Semoga berjaya semua. Tak semestinya semua yang kita rancang akan jadi, tapi kalau saya gagal dalam usaha menjadi penulis(tapi selagi hidup insyaALLAH usaha takkan luput) , ada kawan2 yang berjaya pun saya sudah berpuashati. 

Jumaat, 2 Mac 2012

Hikmah



Lembut bukan lembik,
Tegas bukan keras.

Bukan hikmah membisu tatkala manusia terangan bermaksiat,
Bukan hikmah jua menegur maksiat yang disembunyikan di khalayak.

Melakukan sesuatu sesuai pada tempatnya itulah hikmah berdakwah.

Khamis, 1 Mac 2012

I've watched tonnes of dramas, which i can say most of them should have ended in 2-3rd series. But to no avail, it will always lasted to 20+ or so. Life is already complicated, why dont we make it simpler? Nonetheless there's still things that should be left unsaid...

Rabu, 29 Februari 2012

Sajak Imam As-Syafie



نعيب زماننا والعيب فينا
 

وما لزماننا عيبا سوانا
ونهجو ذا الزمان بغير ذنب 
ولو نطق الزمان لنا لهجانا 



Kita mengaibkan zaman kita sedangkan keaiban itu pada diri kita
tidak ada keaiban pada zaman kita kecuali keaiban itu adalah kita
kita mengutuk zaman kita YANG TIDAK BERDOSA
Sekiranya zaman itu boleh berkata-kata nescaya ia telah mengutuk kita

Rabu, 22 Februari 2012

Kongsi II



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الْآخِرَةِ ، وَمَنْ سَتَرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ فِي الدُّنْيَا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ، وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ .


Dari Abi Hurairah berkata : bersabda Rasulullah SAW "Sesiapa yang menyelesaikan kesusahan seorang muslim dari kesususahan2 dunia, Allah akan menyelesaikan kesusahannya di akhirat, dan barangsiapa yang menutup aib saudaranya di dunia ALLAH akan menutup aibnya di dunia dan akhirat, sesungguhnya ALLAH sentiasa membantu hambaNya selagi mana hambanya membatu saudaranya.


Kau tahu dirimu diperlukan,
Disaat dia diam bersendirian,
Sebagai sokongan adanya teman.

Kerana tahu diperlukan,
Ku hadir dengan kerelaan,
Menghulur tangan menanggung beban.

Mengenalimu azimat baginya,
Tegar hadapi cabaran dunia,
Jangan pula engkau berputus asa.

Masa berjalan mengubah diri,
Mungkin kini dia menyedari,
Sampai bila terusan begini.
 
Beban engkau pikul dengan rela,
Kau terima walau pahit terasa,
Kini sudah masanya kau lepaskan semua.
 
Kau juga punya hidup,
Itu lebih bernilai dari dirinya,
Hargailah sebaik mana engkau bisa.

Biru : Nora
Ungu : Anon
Hitam : Aku

p/s : Dipetik dari ruangan komen di Kongsi.

Jumaat, 17 Februari 2012


Recently lots of people shared via fb videos about what's going on in Syria. Me? I just doesnt have the heart to share and watch it again. I really wonder how people could done such thing....

Doesn't they ; Army have families, love ones that they cared about. It really disheartening to see how low human can be.

Rabu, 15 Februari 2012

Sumpah Mujahid Syria



Pemuda itu gagah berdiri,
Lantang bersuara memecah angkasa,
Menaik semangat pemuda perkasa,
Tak gentar melainkan yang ESA.

Atas nama ALLAH yang Agung.
Akan kami lindungi wanita-wanita kami,
Akan kami lindungi anak-anak kami,
Akan kami lindungi alim-ulama kami,
Akan kami lindungi para pejuang kami,

Hingga peluru memenuhi jasad,
Hingga terpisah kepala dari badan,
Hingga jantung berhenti berdegup,
Hingga darah berhenti menitis.
Kerana menang atau syahid jadi idaman.

Atas nama ALLAH yang Agung,
Kami tidak mengharapkan bantuan dari sesiapa,
Bukan pada Amerika,
Bukan pada Liga Arab,
Bukan pada sesiapa.
Kerana kemenangan dari-Mu ya ALLAH.

Semangat menjulang ke langit,
Lautan manusia menadah tangan,
Yakin pasti terbuka pintu langit,
Kejayaan mampir bukan angan.




بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ
Apabila telah dtg pertolongan Allah dan kemenangan,
وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا
Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dgn berbondong-bondong,
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا
Maka bertasbihlah dgn memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat

Undi pos


Telah berjaya pergi ke Kedutaan Malaysia untuk daftar pengundi pos hari ni. Antara maklumat yang aku dapat :

1-En Latif pegawai di Konsular Malaysia hanyalah wakil sahaja. (Beliau bukan pegawai SPR)

2-Beliau sendiri tidak pasti bila tarikh tutup pendaftaran kerana tidak dimaklumkan.
3-SPR hanya membekalkan 500 borang pendaftaran.
4-Hanya perlu bawakan bukti kita pelajar untuk perhatian En Latif.
5-Maklumat yang diperlukan hanya apa yang tertera di KP kita.
6-Tidak boleh di wakilkan. (Kena pergi ambil dan isi sendiri borang)
7-Urusan hanya di Konsul. EME ; ARMA tak boleh.


Ada beberapa persoalan yang tak berjawab :
1-Boleh tak daftar online? (beliau pun tidak dimaklumkan)
2-Borang yang di download adakah boleh diisi kemudian diserahkan terus kepada consular.
3-Tarikh tutup, berapa lama waktu diproses untuk dimasukkan dalam sistem.

Kesimpulan :
1-Kesedaran mengundi dikalangan muslim Malaysia dari golongan intelektual, masih rendah terutamanya Melayu. Suka cakap pasal politik, tapi bab mengundi culas. Semua buat2 sibuk.
2-Aneh dengan sikap Kerajaan Malaysia umumnya dan EME dan Kedutaan khususnya yang kurang promosi mengenai undi pos ini. Padahal +10K pelajar di sini semuanya Melayu Muslim. Tak perlulah MB N9 bising2 lagi pasal kesedaran berpolitik orang Melayu ruj artikel "Orang Melayu 'juara' salah tempat."
3-SPR yang aneh kerana cuma membekalkan 500 borang(standard quantity) walaupun rasanya selepas kes evakuasi maklumat pelajar telah di kemas kini. Rasanya semua maklumat tu boleh di akses pada bila2 masa.

Setakat ni, di laman web SPR masih lagi tiada perubahan untuk status pengundi aku.


boleh semak status di sini


FAQ dari PMRAM, tapi macam ada yang kurang tepat juga. klik sini.

P/s :  Kalau siapa yang tak mahu mengundi tu, lepas2 ni tak payah nak sembang pasal politiklah ya. Buat semak je. Terima kasih.

Isnin, 13 Februari 2012

جدول فصل الدراسي الثاني قسم الاقتصاد




  تكاد 3 أيام بس احنا راحين كلية. كوياااااااااااااااااااس. 

Ahad, 12 Februari 2012

Hall of the blind


I can see what you see not—
Vision milky, then eyes rot.
When you turn, they will be gone,
Whispering their hidden song.
Then you see what cannot be—
Shadows move where light should be.
Out of darkness, out of mind,
Cast down into the Halls of the Blind.

Antara puisi kegemaran sejak berzaman, masih terngiang2 lagi di telinga. :)

Jadual sekolah tak keluar lagi. Mungkin esok dah ada. Tapi sekolah macam biasa, 1-2 minggu pertama, orang macam takde. Doktor pun tak datang la kot.

Jumaat, 10 Februari 2012

Spider-Jangan Kau Berputus Asa


Best lagu ni. hurm. Hari ni tak produktif betul. =.=''

Rabu, 25 Januari 2012

Mengenang 25 Januari

Malas update. Sibuk dengan dunia. Saja nak kongsikan surat yang pernah dihantar ke suratkhabar berkenaan proses evakuasi tahun lepas, namun tak berjaya di siarkan. :)

Memandangkan ramai yang bertanyakan perincian apa yang berlaku, harapannya nota ini dapat memberi sedikit gambaran. Berikut adalah emel yang dihantarkan kepada sinarharian,hmetro,malaymail, malaysiakini dan malaysia insider. Tak tahulah akan keluar atau tidak dalam ruang surat pembaca.

25 Januari 2011, rakyat Mesir turun di jalanan untuk membantah pemerintahan kuku besi Presiden Hosni Mubarak. Dan ianya berlanjutan hingga kemuncaknya pada 28 Feb 2011. Ini menyebabkan internet, telefon dan khidmat sms dihentikan. Dan diantara yang terkesan adalah lebih dari 10000 rakyat Malaysia yang berada di mesir sama ada untuk tujuan belajar, ziarah atau melancong. Berikut adalah pengalaman saya untuk memberikan gambaran dari apa yang saya lalui.

 1 Feb : saya bertolak dari DMAK (Dewan malaysia abbasiah Kaherah) bersama dengan beberapa orang rakan yang lain ke Lapangan Antarabangsa Kaherah(LAK). Pada hari tersebut perintah berkurung diawalkan 2 jam bebanding hari sebelumnya iaitu akan bermula pada jam 1300 berbanding hari sebelumnya yang bermula dari jam 1500. Mengikut maklumat yang saya perolehi dari NileTV(Tv rasmi kerajaan Mesir), egyptair tidak memberhentikan operasinya tetapi akan melakukan perubahan kepada penerbangan yang berlangsung ketika perintah berkurung. Pada ketika itu usaha untuk menyemak status flight amat sukar kerana agensi perlancongan di mana tiket saya dibeli tidak dibuka. Dan nombor hotline egyptair (1717 dari telefon mudah alih; 1LE/minit) tidak dapat memberikan kepastian mengenai status mana2 penerbangan. Jadi saya mengambil keputusan untuk pergi ke LAK dengan berbekalkan makanan untuk sehari kerana saya percaya yang Egyptair hanya menunda penerbangan.

 Sesampainya saya di Terminal 3 (dikhususkan untuk Egypt air dan syarikat penerbangan yang menjadi ahli Star Alliances), terdapat lebih kurang 70-100 rakyat Malaysia yang terkandas di sana. Ada yang sudah berada di sana selama beberapa hari sejak 29 Januari. Mereka dijanjikan bahawa akan ada penerbangan Kaherah-Kuala Lumpur dilakukan dalam masa terdekat. Kami dijanjikan bahawa sekiranya kumpulan ke Malaysia mencecah 150orang maka akan ada penerbangan ke Kuala Lumpur. Pada jam 2100 kami mula berkumpul di hadapan pintu masuk check-in untuk mendesak pihak egyptair mengusahakan penerbangan ke Malaysia atau menukarkan kepada penerbangan ke mana-mana destinasi bersama dengan connecting flight sekali. Pada jam 2130 penerbangan ke kuala lumpur(dijadualkan berlepas pada pukul 0015) muncul di skrin tanpa sebarang status. Kemudian berubah kepada dibatalkan, kumpulan kami mula menjerit dan bertengkar dengan sekuriti dan pegawai EgyptAir. Kami meminta untuk berunding dengan ketua pegawai untuk mencari sebarang penyelesaian. Namun permintaan kami tidak diendahkan. Kami juga telah menghubungi pegawai kedutaan agar membantu kami berbincang dan memberikan tekanan kepada egyptair untuk membawa pulang kami yang terkandas, namun jawapan yang diterima ialah egyptair ialah syarikat swasta dan perbincangan dan tekanan terhadap egyptair tidak akan membawa apa-apa faedah. Terdapat panggilan dari Tv9 untuk memastikan situasi sebenar. Kami mendapat maklumat bahawa 150orang yang terkandas sejak 29 Jan itu dilaporkan telah selamat sampai, tetapi dikalangan kami memang ada yang menanti dari 29 Jan lagi.

 Akhirnya setelah beberapa lama, ada diantara kami yang dapat menghubungi YAB Duta Malaysia ke Mesir untuk memaklumkan keadaan kami yang terkandas di terminal 3 LAK, dan dimaklumkan bahawa kedutaan akan menghantar wakil mereka bertemu dengan kami pada esok harinya. Kami berkumpul dan tidur di hadapan pintu masuk sebagai tanda protes terhadap pihak pengurusan egyptair kerana membatalkan penerbangan ke Malaysia dan enggan menggantikannya dengan mana2 laluan yang masih beroperasi bersama dengan connecting flight ke kuala lumpur, sebaliknya memberikan pilihan kepada kami untuk menukar laluan ke mana2 destinasi (dimana kami terpaksa mangambil risiko berada di destinasi seterusnya tanpa sebarang persiapan yang cukup; duit dsb) , refund tiket (terhad kepada mereka yang membeli tiket di dalam Mesir) atau membeli tiket penerbangan lain. Jadi kami tiada pilihan lain melainkan menunggu penerbangan ke kuala lumpur seterusnya.

 2 Feb : Kami dikejutkan pada pukul 5pagi dengan ura-ura bahawa akan ada penerbangan langsung ke KLIA. Namun setelah puas menunggu, tiada apa2 hasil. Kemudian wakil kumpulan kami Puan Shakeela Khanam telah berusaha berbincang dengan pihak egyptair, dan kami sekali lagi dijanjikan bahawa terdapat penerbangan ke KLIA pada pukul 5 petang. Timbalan Menteri Luar, pegawai dari Wisma Putra dan YAB Duta Malaysia ke Mesir datang melihat keadaan kami. Kami diberikan sedikit maklumat mengenai pelan evakuasi dan dalam masa yang sama kami meminta mereka untuk berbincang dengan pihak Egyptair. Akhir keputusan mereka mengatakan bahawa memang akan ada penerbangan ke KLIA pada pukul 5ptg. Dan kami akan diberikan makanan tengahari dari syarikat egyptair.

 Dalam jam 1400 kami mendapat makanan tengahari yang dijanjikan, namun berita mengenai penerbangan itu masih lagi tidak kelihatan hasilnya, dan pada hari ini baru pegawai dari kedutaan datang melihat kami yang terkandas di terminal 3. Pada pukul 5ptg kami dimaklumkan bahawa tidak akan ada penerbangan ke KLIA pada hari tersebut.. Kami diberikan penginapan percuma di hotel Iberotel(hotel transit) semalaman, makan malam dan sarapan, dan dijanjikan sekali lagi penerbangan ke malaysia pada keesokan harinya. Bilangan kami berkurangan setelah ramai yang menukar haluan dengan membeli tiket penerbangan ke destinasi yang baru kerana tidak dapat percaya dengan janji baru itu.

 3 Feb : Penerbangan kami ditukarkan didalam sistem daripada CAI-KUL kepada CAI-JED-KUL. Kami bertolak dari LAK ke Jeddah menaiki kapal Egyptair pada jam 1300. Perjalanan selama 2 jam. Kami terpaksa melalui kerenah kastam yang ketat kerana ketiadaan visa walaupun tiket untuk connecting flight memang sedia ada di dalam itenary. Kami diberikan kupon makan malam. Dan berlepas ke KLIA pada jam 2330 waktu tempatan.Dan alhamdulillah sampai ke KLIA pada jam 1300 waktu Malaysia.

 Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang berusaha membantu baikdari kalangan kami sendiri yang terkandas mahupun dari badan-badan dan persatuan-persatuan pelajar di Mesir yang memberikan bantuan bekalan makanan. Tidak lupa juga kepada kerajaan Malaysia yang prihatin namunmasih terdapat beberapa kelemahan. Justeru ingin saya utarakan beberapa perkara di sini ;

  1- Sepanjang tempoh terkandas di lapangan terbang 29 Jan- 3 Feb(mengambil kira mereka yang paling lama terkandas di LAK di dalam kumpulan kami), kedutaan hanya menghantar wakilnya untuk membantu kami pada 2 feb. Dan untuk 2-3 hari yang awal beberapa penumpang terpaksa beralas perut dengan membeli makanan yang amat mahal di dalam LAK. Sedangkan dalam tempoh tersebut mesin ATM tidak berfungsi, wang tunai semakin sedikit, dan bekalan makanan yang amat terhad (pada 2 Feb rata2 kedai serbaneka dan restoran di LAK tidak beroperasi kerana tidak mendapat bekalan).

 2-Terdapat beberapa wakil dari kerajaan eropah dan benua amerika(spt swiss dan canada) yang menunggu di Terminal untuk memberikan bantuan kepada rakyat mereka samada dari segi makanan dan khidmat nasihat. Mereka memakai vest yang tertulis nama negara dan lambang negara mereka. Persoalannya, negara yang mempunyai rakyat yang secara relatifnya sedikit berbanding dengan Malaysia mampu menghantar wakil untuk membantu rakyat mereka, menagapa kerajaan Malaysia tidak mampu menugaskan beberapa orang wakil kerajaan di Terminal 1&3 untuk memberikan bantuan nasihat dan makanan sedangkan pelajar Malaysia yang berada di Mesir lebih dari 10 000 orang. Tidakkah pihak yang bertanggungjawab berfikir bahawa terdapat ramai rakyat Malaysia yang berada di Mesir untuk melawat anak-anak, rakan dan saudara mereka sempena cuti musim sejuk? Tidakkah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkandas di mana-mana negara yang bergolak? Secara logiknya Malaysia yang mempunyai rakyat yang ramai di Mesir seharusnya bertindak lebih cepat dan menghantar wakil kerajaan di terminal utama di negara yang terlibat.

 3-Kesemua yang terkandas merupakan mereka yang membeli tiket Egyptair, kerana mereka lebih mengutamakan penerbangan ke negara maju dan negara jiran bersebelahan (kerana kurangnya penerbangan ke sana yang dibatalkan berdasarkan pemerhatian saya). Kami tahu dan sedar bahawa menjadi tanggungjawab pihak penerbangan untuk menggantikan penerbangan yang dibatalkan ke mana-mana destinasi yang ada bersama dengan connecting flight. Tetapi kami dinafikan dari hak tersebut, dan mereka hanya memberikan pilihan menukarkan cai-kul ke destinasi yang lain tanpa sebarang connecting flight dari destinasi baru ke KLIA, bermakna kami terpaksa membeli tiket baru untuk ke KLIA dan mengambilrisiko terpaksa menetap di terminal transit tanpa sebarang persiapan yang cukup.

 4-Kami juga dinafikan hak untuk menebus tiket penerbangan yang dibatalkan, dan dikatakan hanya mereka yang membeli di LAK sehaja berhak mendapat wang kembali. Ini amat penting kerana rata-rata dari kami sudah kehabisan wang tunai dan untuk meminta mereka yang beradadi luar mesir beli secara online adalah mustahil kerana ketiadaan tempat kosong. Pilihan yang ada adalah untuk membeli tiket darisyarikat penerbangan lain yang kurang bermasalah. Namun dengan hargatiket yang mahal dan kehabisan wang, kami tiada pilihan melainkan untuk menunggu penerbangan ke KLIA.

 5-Usaha kami untuk berunding dengan pihak atasan Egyptair juga menemui jalan buntu kerana permintaan kami untuk berunding tidak diendahkan. Mujur ketika pada akhirnya wakil kami dapat berunding dengan mereka. Kerana kami pada mereka hanyalah orang biasa yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan.

 6-Internet terputus dan khidmat sms dihentikan sejak 28 Feb lagi.Dan ini menyukarkan lagi urusan pembelian tiket, di mana kebanyakan kami mengharapkan keluarga di luar Mesir untuk membeli tiket.Satu-satunya cara yang ada ialah dengan menelefon mereka, dan rata-rata kami hanya memiliki talian prepaid di mana bekalan top-up diLAK pun sudah habis. Ini memang menyulitkan keadaan. Kami terputus dengan dunia luar, dan maklumat yang kami dapat amat terhad, lantas menyukarkan kami untuk membuat keputusan.

 7-Kelewatan pihak kedutaan untuk menghantar wakil dan bertindak amat dikesalkan, kerana terdapat di antara kami mereka yang berkeluarga dan pelajar-pelajar baru yang pengalaman mereka berurusan dengan situasi dan karenah serta perkara yang melibatkan hak-hak mereka amatlah terhad. Kami yang terkandas hanyalah rakyat Malaysia biasa yang bukan pakar dengan undang antarabangsa dan hak-hak kami dalam urusan penerbangan. Sepatutnya pihak kedutaan/kerajaan menghantar wakil yang arif selok-belok undang-undang untuk membantu kami. Dan wakil-wakil tersebut sepatutnya berada di terminal 1&3 sepanjang krisis berlaku untuk membantu rakyat Malaysia yang terkandas.

 8-Terdapat kekurangan dari segi komunikasi dan maklumat. Kerana website rasmi kerajaan sangat lambat dikemaskini berbanding dengan sumber alternatif melalui facebook, tweeter dsb. Ini menyebabkan banyak khabar angin yang berlegar. Kerajaan perlu maklum bahawa saat-saat kritikal begini kemaskini sepatutnya dilakukan setiap minit!

9-Keputusan kerajaan untuk memberikan penerbangan percuma ke Malaysia adalah lewat, dan meletakkan kebanyakkan pelajar dalam dilema di samping terlalu banyak ketidakpastian yang didalam perancangan  evakuasi, kerana pada mulanya kami diberi taklimat JPA pada 1 Janbahawa pelan evakuasi hanya ke jeddah dan sebarang usaha untuk keluar dari jeddah adalah di bawah tanggungan masing-masing. Hanya dalam 3Feb sahaja ada khabar bahawa akan ada penerbangan percuma dari Jeddah ke KL.

10-Kawasan-kawasan penempatan pelajar Malaysia kebanyakannya di zon hijau, di mana kawasan-kawasan ini tidak terkesan, kerana penduduk setempat menubuhkan rukun tetangga, menjaga kawasan setempat dengan menyekat jalan-jalan dengan batu, kayu, tiang dsb dari sebaranag tindakan anarki. Namun begitu bekalan makanan di kawasan setempat semakin berkurangan kerana jalan masuk ke Kaherah telah ditutup pada waktu perintah berkurung. Dibimbangi jikalau ianya berterusan akan menimbulkan suasana panik dan cemas.

11-Untuk kebaikan bersama, saya amat berharap kerajaan Malaysia dapat memperbaiki cara menangani situasi seperti ini. Sedangkan dengan jumlah rakyat Malaysia yang begini ramai pun perkara seperti ini (terkandas dan bantuan lambat tiba) berlaku, bagaimana jika jumlah yang terlibat lebih sedikit dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan. Juga dapat memberikan tekanan diplomatik ke atas kerajaan Mesir untuk mengakhiri episod mencemaskan ini.

12-Saya ingin berterima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam membantu rakyat Malaysia di Mesir.

Mohd Irfan Mohd Sharif
Pelajar Tahun 2 Universiti Al-Azhar

Khamis, 12 Januari 2012

Cantiknya kerana iman dan taqwa

Link



Izinkan daku menjadi sekuntum bunga,
Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia,
Harum wanginya dengan ilmu agama,
Cantiknya kerana iman dan taqwa,

Namun keindahan zahirnya ku simpan rapi,
Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,
Bukan perhatian mata ajnabi,
Yang menjadi punca fitnah hati,

Ya Allah,
Timbulkanlah duri yang memagari diri,
Agar diriku terpelihara dari noda duniawi,
Yang akan menghilangkan keharuman sejati,
Yang akan memudarkan kecantikan diri,

Disebalik kekurangan yang tercipta,
Bukanlah alasan untuk bermuram durja,
Kerana setiap yang tercipta ada hikmahnya,
Izinkan ya Allah agarku menjadi permata,
Tetap menyinar walau di lumpur hina,
Tetap berharga walau dimana saja,
Buat ummah dan juga keluarga,

Izinkan daku menjadi seindah mawar berduri,
Yang menjadi impian setiap muslimah,
Yang indahnya bukan untuk lelaki,
Tapi permata buat yang bernama suami...

Puisi ni mula2 jumpa sekerat je dari FB, tapi gaya bahasa amat menarik cuma lepas google masih tak dapat dikesan siapa punya hasil karya ni. Cuma ni di sedut dari Forum Halaqah Link . Ramai yang berkongsi tapi tak credit pada tuan punya. Hurmm. Kalau ada yang tahu, sila maklumkan. Nak bagi credit. Terima Kasih.

Khamis, 5 Januari 2012

Bukan bahasa manusia II






Kadang berbelit lisan manusia,
Bermain emosi perkara biasa,
Jika benar ikhlas itu ada,
Sandaran kata hati memadai jua
 
Ikhlas itu letaknya di hati,
Boleh dilihat si mata hati,
Terpancar halus melalui pekerti,
Barulah ia memberi erti.

Hati tulus sukar dicari,
Jikalau akal dipandu emosi,
Adanya iman sebagai cemeti,
Pasti keduanya berada selari

Emosi itu rumit sekali,
Dicetus kimia menghasil akli,
Dipandu iman setiap kali,
Jernih fikiran seperti di kali.

Air di kali berkocak lagi,
Hadir unggas menari-nari,
Pakukan hati pada jalan ilahi,
Kerna Dia sebaik penyampai bahasa diri.

Ungu : Nora
Hitam : Aku