Sabtu, 9 Ogos 2008

Sedikit Pemberitahuan





Bismillah

Sedikit pemberitahuan, buat sementara waktu, aku tiada di Seremban.Insyaallah, bermula dari 10/8 sampai 23/8 aku akan buat partime kat MAHAExpo di Serdang.Sesiapa yang nak tahu lebih lanjut pasal MAHA [klik sini].

Aku akan menjadi penjaga satu kiosk kat sana, jadi kalau terserempak jangan lupa singgah, dan bagilah sokongan dengan membeli beberapa produk yang ditawarkan.

Untuk panduan.Aku sertakan Peta untuk ke MAEP.Sesiapa yang lalu2 dekat sana singgahlah MAHA ni ya.

Ni pulak barang2 yang aku bakal dipertanggungjawabkan untuk mempromosikannya.Nak tempah pun insyaAllah boleh.Kot... =p


Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas

Laman sesawang yang rasmi untuk produk ini ialah http://fnd2u.com/


Jadi sekian dulu untuk posting kali ni.Sekian terima kasih.

Ahad, 27 Julai 2008

Autobiografi: Aku GORGON

Aku GORGON

Aku dilahirkan bersama beberapa adik-beradik yang tidak sempat kukira bilangannya.Aku tergantung pada ibuku selama beberapa minggu, sejak dari keluarnya pucuk bunga.Namun mungkin akibat dari lamanya jangka hayat aku, maka memoriku telah kabur dan samar membuatkan aku semakin sukar untuk mengingati permulaan hidupku ke dunia ini.

Setelah cukup matang dan aku merasakan tidak perlu lagi bergantung kepada ibu, maka aku dengan rela hati menjatuhkan diriku.Terjunan aku persis seorang penerjun payung terjun pakar dari pasukan TUDM berjaya dilakukan.Aku yakin terjunanku tidak sia2.Kerana diriku banyak manfaatnya.Itupun jika mereka mengetahuinya...

Detik berganti saat, saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan...err..banyak sangat la pulak.Dipendekkan cerita, jatuhnya diriku ke bumi tidak menatijahkan keputusan yang diharapkan.Aku mejangkakan yang aku bakal melahirkan tunas, tapi apakan daya.Aku mandul rupanya.

Badanku mula diratah semut, isiku dikoyak dan dimakan ulat tanpa belas dan kasihan hingga lompong badanku, tinggallah jasadku umpama patung manusia hanya punya rupa tidak rasa.Aku cuma berdoa agar kehadiran aku didunia yang fana ini dapat dimanfaatkan sekurang2nya aku akan dikenang.

Masihku ingat, petang itu.Ku terlihat kelibat seorang anak adam.Kelihatannya menyepak2 jasad kosong adik beradikku yang terjun sekali.Namun nasibku lebih baik dari mereka, aku hanya `kosong` dalaman tetapi luaran ku masih dalam keadaan sihat sejahtera.Mungkin akibat memenuhi kriteria tersebut, aku dipilih oleh anak adam tersebut.

Kulit ku dirobek kemudian dilicinkan, aku pasrah.Sudah banyak yang kulihat dan kufahami sepanjang aku bergantung pada ibu tentang sifat anak adam ini.Ada yang baik ada yang buruk.Aku hanya berserah kepada yang Maha Esa agar dia tidak mempersiakan kehadiranku.

Setelah dilicinkan badanku menggunakan pisau, lantas dia menggunakan kertas pasir untuk lebih kemas dan licin.Perutku juga ditebuk untuk tujuan yang tidak diketahui.Setelah siap semuanya, dia mencari adik ku lantas dibuat tempat duduk untukku agar aku tak bergolek2.

Untuk beberapa bulan yang pertama, aku diberi makan secukupnya.Nyata dia memang seorang tuan yang baik.Kebajikanku dijaga, hingga tiba suatu masa dia menuturkan

Nanti saya balik Mesir, tolong bagi GORGON[ketika ini aku masih tidak punya nama] makan


Aku risau dan kerisauan ku benar2 terjadi.Sungguh, aku kelaparan.Sejak ketiadaannya, makan minumku tidak lagi teratur.Aku diletakkan terpuruk di penjuru bilik.Hati ku menjerit AKU MAHU MAKAN!!

Entah berapa lama aku berkeadaan begitu, mungkin 2tahun setengah.Aku melihat kelibat yang dirindui.Tuanku kembali, hatiku melonjak gembira.Dia lantas mengambilku dan membersihkan kotoran yang berada di kulitku.Aku dibelai dan dimanjai, sungguh aku berasa gembira dihargai begitu.

Dan aku dibawa pulang ke rumahnya yang berada di Seremban[sebelumni di Kuala Pilah].Di sana aku dinamai dengan nama raksasa GORGON.Mungkin disebabkan wajahku yang ganas dan seolah2 meminta makanan dengan wajah yang rakus.

Kini makan minumku kembali terjaga.Namun ku tahu, andai perutku telah penuh, aku pasti dibunuh.Tubuhku akan dpecahkan kelantai.Ku tahu, begitulah kehendak tuhan.Tiada yang kekal selain dari-Nya.Aku pasrah, sekurang2nya kehadiranku di dunia ini dihargai.

TAMAT

Disini aku sertakan gambar belaanku.Ia dah lama dibela, cuma balik kali ni je aku bagi nama.Terima kasih atas idea bernas Abah.Nama Gorgon sangat sesuai dengan peribadi makhluk ni.

BAGI AKU MAKAN!!!

Tengah makan syiling 50sen[Asyik2 makan ni je..nak gak not Merah atau Hijau Biru]

PS; Sungguhku tiada kerja.hahaha..Teringat masa kecik2 kena tulis karangan autobiografi.Tribute untuk Cikgu2 yang pernah mengajar aku.

Rabu, 23 Julai 2008

Rapuan

Bismillah.

Dah lama aku datang Malaysia..eh silap..balik Malaysia tapi takda lagi menghadap TV.Tak tahu kenapa tapi memang kurang sikit minat dalam menonton TV ni.Best lagi berkebun dan menebas semak samun, ada gaklah faedahnya.

Sedang menonton tu[sebenarnya tengah dalam proses mengacau daun mak aku layan drama yang sedang diikutinya] adalah disiarkan iklan GangStarz.Sungguh aku berbangga menjadi rakyat Msia.Kalau boleh nak `ter` berada di setiap awal perkataan cth; tertinggi, terbesar dan lain2.Dalam bidang hiburan pun tak ketinggalan, negara paling banyak terpengaruh dengan dunia hiburan luar.Ahah, kalau dulu mungkin para remaja yang suka tampal poster2 penyanyi di dinding mungkin tidak mempunyai masalah dalam menampal gambar artis kegemaran, cuma sekarang ni punya la banyak artis2 yang dilayan remaja masa kini.Jepun, Korea, British, Taiwan, Indonesia.Amerika tu tak yah sebutlah, memang dah lama dah menjajah jiwa rakyat Malaysia ni.Apa2 lah, cuma harapan aku agar perkara2 hiburan ni kuranglah sikit, tak dapat secara drastik pun secara beransur pun okay, janji ada perkembangan yang baik.

Aku baru dapat satu `belaan` baru, amat comel.Makhluk ni selalu lapar, disebabkan tabiatnya yang begitu maka aku namakannya GORGON, ini juga atas nasihat ayah aku.Ahah..best2..Nanti aku post gambar makhluk ni.Siap dengan karangan autobiografinya

Sabtu, 19 Julai 2008

Sekilas update

Bismillah.

Harap2 para pengunjung, masih sihat seperti biasa.lama sudah tak update, Kesibukan hidup rasanya yang menjadi penghalang paling besar.Pula tu dengan kepulangan yang dirancang pada akhir waktu dan barangan yang juga dapat dibeli sehari sebelum berlepas, tak lupa juga beberapa barang perniagaan(huhu) yang sempat dibeli 4jam dari waktu berlepas.Alhamdulillah, hanya beberapa barang yang agak kurang penting shj yang tertinggal.

Lagipun semangat untuk menulis pun agak kurang, antara sebab utama blog ini ditulis pun untuk memaklumkan keluarga aku perkembangan terbaru.Memandangkan sekarang pun dah ada kat Malaysia di samping keluarga maka keinginan untuk menulis merudum jatuh.

Hari ni je genaplah seminggu aku di sini, duh..banyak lagi tak sempat pergi..atau tak berpeluang..harap2 Allah permudahkan semua yang aku rancang sebelum aku balik Malaysia.

InsyaAllah kalau rajin aku pos lagi.Dengan lebih detail.

Sekian dulu.Salam..

Selasa, 1 Julai 2008

Balik dari Dumyat

Bismillah.

Sedikit catatan mengenai kepulangan aku ke Kaherah[senang aku nak rujuk nanti]

1315:Turun rumah Anas, naik Microbus ke Sa3edi.[Tambang 50sen]
1321:Sampai ke Sa3edi, tunggu penumpang penuh dalam Microbus ke Mansourah.
1340:Microbus bergerak pergi.
1440:Sampai Talkha[Tambang 4junaih] di perhentian Madinah Talkha Daqahliah seperti yang dijangka, perjalanan hanya mengambil masa 1 jam.
1447:Makan aiskrim jap , orang jual tepi jalan, boleh tahan, sedap lagi dari yang jual kat kedai sebab dia ada bubuh kacang, haraga pun 50sen je.Naik teksi ke Salam.
1500:Sampai ke Jami` Salam[Tambang 5junih].Telefon karkun Ayap.
1510:Lepak di umah karkun Ayap sampai Asar.Aku turut dijamukan dengan makanan2 ringan.uhuh.Kenyang perut.
1730:Selepas berjaya menghabiskan makanan dan juga menambah bil air rumah karkun Ayap.Aku turun untuk ke Masjid menjama` dan Qasarkan solatku secara Ta`khir di Masjid depan rumah beliau.Kemudian pergi ke menuju ke Mahattah Utubis Qadimah di Darasat, karkun Ayap mengesyorkan aku menaiki teksi tambangnya 1.50junih sahaja.Tetapi aku menaiki Microbus, tambangnya 25sen sahaja[patutlah tambang teksi kat Mansourah murah sebab dengan microbus pun dah boleh pergi ke tempat2 kritikal dengan harga berkali ganda lagi murah]
1800:Naik Microbus ke Misr[Kaherah].Dapat tempat duduk barisan ke 2 paling kanan.Tempat duduk tak best, seat rendah!!Sakit badan aku, mujurlah tepi tingkap.Dapat merasa angin kampung, dan pemandangan indah[payah nak tengok pemandangan hijau kalau kat Kaherah, semuanya pasir, debu dan batu]
2020:Terima kasih kepada tindakan bijak pemandu Microbus, perjalanan yang sepatutnya tamat 30 minit iaitu ketika 1950 mengikut jangkaan aku tersasar sebab belaiu menggunakan jalan yang sesak.Haish, letih tul duduk dalam Microbus tu.[Tambang 9.50junih]
2030:Solat kat Masjid Rahmat[tak pasti namanya]
2050:Bertolak ke Hayyu Sabie`[tambang 1.25junih]
Kemudian aku sampai dengan selamatnya ke rumah tercinta.

Kesimpulan perjalanan ke Dumyat: Menyoronokkan, pengalaman menghabiskan beras dirumah orang amat mengghairahkan.Sana lebih sejuk dan tenang berbanding Kaherah, masa aku nak pergi sana pun masuk Muhafazah Port Sa3ed pun dah sejuk walaupun jam ketika tu 2300, dah rasa angin sejuk, kalau kat Kaherah pukul 2-3 pagi baru nak sejuk udaranya.Tidur petang pun best, sebab ada bunyi burung berkicau dan udara pantai yang kuat.uhuhu.Best, best dan best.Sunyi sikit kat sini, takdelah bunyi kenderaan memakak sepanjang hari.
Yang paling best sebab aku dapat hilangkan badi aku terhadap game, eheh, dapat juga habiskan satu game dalam 2 hari.
Kalau naik Microbus lompat lagi murah dari perjalanan terus ke Dumyat.Tambang terus Dumyat-Kaherah 18/20junih.Kalau Dumyat-Mansourah-Kaherah 13.50junih.

Sedikit maklumat;Aku dapat berita masa di rumah Karkun Ayap bahawa kawan beliau Naim mendapat perkhabaran bahwa ada teman mereka telah mengetahui natijah dari Kontrol.Dan hari ni[ketika pos ini ditulis] aku baru je pergi ambil duit biasiswa Azhar di kuliah aku.Sambil tu pergi naik tingkat dua untuk ke kontrol tahun satu, Prof. Maher berkawal.uhuh.Kata beliau insyaAllah keluar dalam 15hari lagi.Tapi keputusan di kontrol ni tak boleh ambil pusing sangat, kadang2 tersilap.

Sekian dulu

Sabtu, 28 Jun 2008

Perjalanan ke Dumyat

Bismillah

Selasa lepas aku telefon pakcik P.Kali pertama setiausaha beliau mintak telefon lagi 30 minti.Lepas 30 minit tu aku telefon lagi.Tepat 30minit..hrmm..masa tu pukul 12 tgh, tak dapat juga, beliau tiada, haishh..apa punya janji daa.Keletihan~~tertidur .Petang tu ada tiga orang pendakwah bebas datang, memberikan khabar gembira kepada orang2 yang kurang rajin macam aku ni.Kata mereka Markaz Tabligh akan mengadakan Ijtima` Sanawi(perhimpunan tahunan) pada tanggal 4/7.Jadi sesiapa yang berminat bolehlah sertai.Ijtimai` sanawi, majils penghantaran keluar jemaah2 dakwah.Untuk tahun ni diorang ada hantar jemaah ke Sudan dan Jordan.Dan jemaah kat dalam Mesir juga.Tiada kelayakan dan kerenah birokrasi, cukup dengan keinginan sahaja.Jadi kalau ada keinginan tu jangan malu dan segan.Datang je.Terima kasih kepada Syeikh Saufi, Salahuddin dan Fajri kerana sanggup datang memberi khabar.

Esoknya aku telefon lagi, alhamdulilah dapat.Dapat cakap dengan beliau je, tapi urusan tak siap2 gak.~letih~.Tapi mujur malam tu ada orang belanja makan, huhu.Banyak gak mereka belanja KFC dengan Pizza.Terima kasih kepada yang membelanja ;) !!Kalau camnilah tetiap kali balik, korang balik setiap bulan r.huhu. =p

Aiseh.Semua orang dah balik, orang rumah aku pun tinggal aku dengan sorang lagi je.Modal dah habis dah.Nak baca buku agak malas.Nak ikut pengajian di masjid Azhar pun, rasanya tak mula lagi.Rasa je lah.Aku pun takde pi tengok lagi.Jadi sesiapa yang ada maklumat pasal jadual pengajian di Masjid Azhar bolehlah rajin2kan diri bagitau aku ek.Moga sama2lah kita dapat pahala.Memandangkan hari mendatang yang mungkin sibuk, makanya aku telah bertekad untuk membalas dendam.

Yah dendamku tehadap game..
Aku pun heran kenapa semua game yang aku main semuanya sewel.
FF10,FF12,Maximum,Tranformers dan banyak lagi game2 sengal lainnya.
Kalau buat masalah masa mula main tak pelah.
Ni dah pertengahan dan ada tu dah dekat nak habis, Macam2 masalah timbul.
Controller rosaklah, Cd takleh baca.~sigh~
Natijahnya, tak pernah habis.Setakat ni ada 3-4 je yang dapat habiskan.
Terus memadamkan minat aku kepada game.Dah mula tawar hati dengan game.

Tapi mungkin sebab kebosanan yang bakal melanda, kena lepas geram gak ngan game.huhu.X-box member menjadi mangsa.

Sambung balik...
Malam Khamis pulak aku membuat keputusan untuk membelahkan diriku dari Kaherah yang permai[sibuk, berdebu dan bising].Menuju ke Dumyat ataupun ejaannya dalam inggeris Demiatte.Aku ni agak lemah sikit dengan jalan, jadi aku rekodlah sikit pasal perjalanan ke Dumyat.Senang nak rujuk nanti.

Lepas Maghrib aku bertolak...Ahli bait aku tanya, tak nak hantar mereka ke Airpot ke?"Takpelah, takut nanti aku menangis tengok korang balik" =p.Entahlah, sebenarnya takde alasan konkrit pun.3-4 bulan ni aku takde pergi airpot melainkan kalau aku ni yang bertanggungjawab nak sambut atau hantar[jadi driver].Selain dari tu macam malas kurang semangat sikit.

9.05 : Naik bas 359[yang biasa orang pergi Kedutaan Msia]
9.45:Sampai kat Abud
10.00:Bertolak dari Abud ke Dumyat
11.25:Masuk Muhafazah Ismailiah
11.40:Berhenti kat kedai Madinah di Antarah, Ismailiah.Dalam 20min gak lepak.
12:20:Masuk muhafazah Port Saed.
12:21:Tertidur....Jadi tak tahu jalan mana.
1:30:Sampai kat Dumyat dah.Yeay, tengah mamai tu kena kejut, bayar 20junih duit tambah.Turun kat Bab el-Haras di Dumyat Qadim.Naik Microbus ke Madinah(Dumyat Gedideh[Lahjah diorang berbeza sikit])
Pastu dalam 15 minit sampai lah ke..jap..apo namo eh..So3edi..Pastu naik Microbus sekali lagi pergi U`la, dalam 5-7min.Hurmm..Tambang pi Madinah 1.25junih dan dari So3edi ke U`la 35 sen.

Pastu sampai rumah kawan.Siap2 solat.Tidur...

Sekian

p/s:Ketika pos ini ditulis, penulis telah berjaya menamatkan satu game, setelah lama ketandusan game yang dapat dihabiskan.Tepukan untuk beliau.~clap3~ =p

Mengejar kekayaan

Bismillah.

Nak tulis sikit kelaraan aku terhadap pergerakan dunia masa kini.Seolah2 semuanya dilakukan kerana duit.Ya, aku tak nafikan kewujudan duit tu penting.Tapi tak bermaksud untuk mendapatnya kita perlu korbankan semua yang kita ada, untuk mencapai hasil yang sedikit.Hakikatnya kebanyakan orang kita mengejar kekayaan ni kerana pada sangkaan mereka kebahagiaan boleh didapati dengan duit.

Ada duit bahagia?
Betul ke ibarat ni?Kalau bahagia kenapa kita selalu baca yang kisah2 orang kaya yang tak bahagia.Dikelilingi oleh orang yang tak ikhlas bersahabat dengan mereka, anak2 yang tak sabar nak tengok diorg `pergi` supaya dapat kekuasaan terhadap duit mereka.Hidup mereka risau, risau yang kenikmatan tu akan hilang di hadapan mereka.Tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang memikirkan pasal duit.Hakikat benarkah kekayaan tu sumber kebahagiaan hanya boleh dijawab oleh mereka.

Semua orang kaya macam tu ke?

Tak jugak.Hanya segelintir pada pendapat aku, sebab kebahagiaan yang sebenar [mengikut apa yang aku faham dari penulisan Hamka dalam bukunya tasauf moderen].Kebahagiaan boleh dicapai dengan perkongsian.Penyakit yang dihadapi oleh golongan kaya yang aku sebut tadi terjadi kerana mereka mengejar kekayaan untuk kepentingan sendiri.

Haram ke jadi kaya?

Kadang2 ada terdengar pendapat mereka yang berkata dalam Islam kemiskinan itulah yang dipuji dan mengejar dunia tu dicela.Maaflah pada yang berpendapat begitu, sebab aku tak bersetuju.Kalau aku bersetujuu dengan ayat tu samalah seperti aku bersetuju mengatakan bahawa Quran itu salah
`Dan tuntutlah dari apa yang didatangkan kepadamu Darul Akhirat, dan janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia`
.Juga mereka berhujah yang saidina Abdurrahman bin Auf masuk kedalam Syurga dalam keadaan merangkak.Umum mengetahui yang beliau merupakan saudagar yang hebat, tapi tak dinyatakan pula dalam Hadith tu bahawa beliau masuk syurga dalam keadaan merangkak kerana kekayaannya.Walhal apa yang aku dapati/fahami dari hadith tersebut bahawa itu merupakan khabar gembira buat beliau dan bukannya celaan kerana yang dijanjikan dengan syurga dikalangan para sahabat hanya 10 orang!.Kita kena ingat Saidina Abu Bakar, Saidina Usman dan SAidini Umar; siapa mereka.Mereka golongan bangsawan.Ketika Nabi menubuhkan negara Madinah tanpa kekuatan ekonomi, umat islam tak mungkin bertahan.Kita boleh tilik, kaji hadith.Sahabat2 merupakan orang kaya yang memilih untuk hidup secara sederhana, duit yang mereka ada disedekah pada jalan Allah.

Mencari kekayaan yang dilarang

Pad aku kekayaan yang dicela ialah kekayaan yang melalaikan diri hamba kepada penciptanya.Juga hasil yang didapati dari sumber yang haram.Agak letih juga aku tengok bila manusia sekarang terlampau mengejar kekayaan hingga halal haram di ketepikan, saudara mara dipinggirkan.Hatta kalau dia kaya sekalipun apalah gunanya, kebahagiaan yang dicari tu takkan dia perolehi.Muktamad; TAKKAN DIPEROLEHI!

Natijahnya, sebab nak sangat kaya.Maka sertailah mereka skim cepat kaya.Kadang2 aku faham, mereka ni terdesak, dah bosan di pandang rendah.Anak2 sekarang pun dah reti demand macam2.Nak ni nak tu.Buat mereka tertekan dengan hidup misin.Jadi masuklah melaburlah mereka dalam pelaburan yang entah halal entah haram.Ada je bukti pendaftaran dll.Terus percaya!Sekalipun diorang berhsil menjadi kaya ikut jalan ni buat apa, rezeki tak berkat, rasa aman takda dalam hati.Asyik risau je.Buat apa duit banyak kalau ketenangan takda.

Mencarinya dalam keadaan sekarang

Desakan zaman sekarang ini menuntut kita mencari kekayaan tapi biarlah secra sederhana[maksud aku sehingga tak terabai tuntuan agama yang wajib], kerana aku lihat tak sedikit orang yang menjual agamanya sebab desakan hidup yang susah.Jadi selagi mana kekayaan tu dapat dicapai melalui jalan yang halal, gapailah.Kemudian hasilnya kongsilah dengan mereka yang tidak mampu.InsyaAllah keahagiaan akan datang.

Aku bosan sebenarnya dengan golongan ni.Aku fahami sebab2nya.Tapi aku tak berani nak kata lebih2, aku tak diuji lagi.Makan pakai pun orang tanggung[buat masa].Cuma minta lindunglah dari penyakit mabuk kaya yang dah pun membutakan banyak manusia.

Selasa, 24 Jun 2008

Feedback pos Tudung On-Off

Bismillah.

baru2 ni ada pos pasal tudung on off.Bagus gak feedback dia walaupun tiada pengomen kat situ.Aku pun boleh tak perasaan sebab pos tu aku dah tulis lama cuma dischedulekan je.Simpan untuk masa kehabisan idea.Menyahut cabaran Encik A[Encik A tak cabar pun, cuma teringin nak buat pos macam beliau] makanya aku pos kan isi perbualan aku dan seorang pembaca.lagipun hari ni ramai pula orang online, jadi seronoklah layan chat.Terutama adik beradik aku, tinggal sorang je lagi chat, cukuplah adikberadik aku.huhu.Apa2 pun mari kita fokus kepada isi.

***** (6/24/2008 2:29:38 PM): what da hell tudung on off
***** (6/24/2008 2:29:42 PM): biar la die
***** (6/24/2008 2:29:49 PM): :))
Aku (6/24/2008 2:30:03 PM): haha
Aku (6/24/2008 2:30:08 PM): mn boleh
Aku (6/24/2008 2:30:13 PM): prihatin ni
Aku (6/24/2008 2:30:19 PM): :))
***** (6/24/2008 2:30:32 PM): nak buat bini ker
Aku (6/24/2008 2:30:43 PM): dok eh
Aku (6/24/2008 2:30:51 PM): sj nk tulis psl tu
Aku (6/24/2008 2:31:00 PM): [terasa ke?
***** (6/24/2008 2:31:11 PM): igtkan tudung saji
***** (6/24/2008 2:31:19 PM): on off
Aku (6/24/2008 2:31:42 PM): bukan istilah tu dah biasa pakai ke?
***** (6/24/2008 2:31:52 PM): alo
***** (6/24/2008 2:32:04 PM): budak pakai tudung labuh pon prangai cam cibai
Aku (6/24/2008 2:32:21 PM): woho
***** (6/24/2008 2:32:26 PM): dah byk jumpe dahh
Aku (6/24/2008 2:32:27 PM): i`d [like] to say
Aku (6/24/2008 2:32:34 PM): watch ur languafe
Aku (6/24/2008 2:32:39 PM): *language
Aku (6/24/2008 2:32:42 PM): hohoho
***** (6/24/2008 2:32:43 PM): asal lak
Aku (6/24/2008 2:32:47 PM): nede lah
***** (6/24/2008 2:32:47 PM): bukan mencarut pon
Aku (6/24/2008 2:32:53 PM): owh ye ke
Aku(6/24/2008 2:32:56 PM): okay lah tu
Aku (6/24/2008 2:33:01 PM): uruf berubah kan
Aku(6/24/2008 2:33:09 PM): biasa dah dengar tu
***** (6/24/2008 2:33:13 PM): awak suke pempuan pakai tudung labuh ek?
Aku (6/24/2008 2:33:17 PM): btw
Aku (6/24/2008 2:33:21 PM): dah baca ke?
Aku (6/24/2008 2:33:38 PM): taklah...
Aku (6/24/2008 2:33:45 PM): saya suka yg biasa2 je
Aku (6/24/2008 2:33:48 PM): ikutlah
***** (6/24/2008 2:33:59 PM): dah..leh kali leh tulis pasal 'pempuan tudung labuh tapi perangai cam cibai' plak
Aku (6/24/2008 2:34:07 PM): hahaha
***** (6/24/2008 2:34:09 PM): :))
Aku (6/24/2008 2:34:17 PM): tp kat situ kan ada bgtau
Aku (6/24/2008 2:34:27 PM): pemakaian tudung bukan fokus utama
***** (6/24/2008 2:34:53 PM): saye ada banyak pengalaman compare to u
Aku (6/24/2008 2:34:56 PM): abg saya pun pnah cakap mende sama
***** (6/24/2008 2:35:02 PM): dah mcm2 org saye jumpa dari yg "alim" sampai yg pakai tudung labuh
***** (6/24/2008 2:35:11 PM): sampai y tak bertudung
Aku (6/24/2008 2:35:16 PM): org laki ke?
Aku (6/24/2008 2:35:39 PM): ye lah, tu kelemahan saya
Aku (6/24/2008 2:35:44 PM): takkan nak jadi spy kot
Aku (6/24/2008 2:35:50 PM): tu apa yg saya nampak je
Aku (6/24/2008 2:36:05 PM): tp mmg tahu dah luar baik tak semestinya dalam sama
***** (6/24/2008 2:36:05 PM): yg tak bertudung tu pun ada yg sifat die sgt baik, dan semua org senang hati dgn die... yg tudung labuh tu plak..hati busuk cam bangkai
Aku (6/24/2008 2:36:38 PM): biasa lah tu
Aku (6/24/2008 2:36:40 PM): manusia
Aku (6/24/2008 2:36:55 PM): mungkin tak smua yg tudung labuh camtu
Aku (6/24/2008 2:37:05 PM): dan tak smua yg free hair baik camtu
Aku (6/24/2008 2:37:21 PM): lagi pun pemahaman `baik` masyarkat sekarang berbeza
***** (6/24/2008 2:37:24 PM): pempuan skang subjektif... kalau nak cari, biar anda kenal die luar dan dalam.. never judge a book by its cover, istilah yg paling tepat
Aku (6/24/2008 2:37:30 PM): yah
Aku (6/24/2008 2:37:35 PM): tu mmg tepat
Aku (6/24/2008 2:37:44 PM): ni tengah dalam usaha la ni
Aku (6/24/2008 2:37:47 PM): hohoho
***** (6/24/2008 2:38:12 PM): yelah tu
Aku (6/24/2008 2:38:16 PM): lagi pun sy pun tahu
Aku (6/24/2008 2:38:23 PM): mn ada org suci
Aku (6/24/2008 2:38:32 PM): sy pun tak suci
Aku(6/24/2008 2:38:37 PM): member2 pun tak suci
Aku(6/24/2008 2:38:48 PM): yg penting kita tutup aib memasing
***** (6/24/2008 2:39:22 PM): tp pempuan yg tudung nye on off ni.. mmg sah la mental tak btol
***** (6/24/2008 2:39:31 PM): dah byk jumpe dah
***** (6/24/2008 2:39:37 PM): tak malu satu hal
***** (6/24/2008 2:39:54 PM): tak best ngan member pon ye gak
Aku (6/24/2008 2:40:09 PM): ye lah

_____________________________________________
Masa chat ni aku baru je lepas baca thread kat iluvislam pasal tunang dan couple.Jadi aku pun bukalah topik ni, sampai ke part kecundang.

***** (6/24/2008 3:25:16 PM): ade kite jumpa ustaz2 dan ustazah2 yg pandang rendah budak2 yg kecundang ni... saye kesian sgt... kalau org agama pun buleh berpikiran tak terbuka camtu...bongkak, takbur, pandag jijik org lain... ape lagi nak jadi kat kite yg org biasa nih
Aku (6/24/2008 3:25:34 PM): ye lah kan
Aku (6/24/2008 3:25:37 PM): kita orang biasa
Aku (6/24/2008 3:25:41 PM): sama je
Aku (6/24/2008 3:25:58 PM): masyarakat pun slalu pandang serong kat ustaz ngan ustazah yang kecundang
Aku (6/24/2008 3:26:11 PM): kadang2 biasalah
***** (6/24/2008 3:26:16 PM): org biasa pun... ilmu agama die tuh lagi banyak berbakul2 tau
Aku (6/24/2008 3:26:17 PM): bila dapat menghukum
Aku (6/24/2008 3:26:26 PM): ye lah
Aku (6/24/2008 3:26:39 PM): macam saya---->irfan
Aku (6/24/2008 3:26:41 PM): hahahaha
Aku (6/24/2008 3:26:48 PM): bila dapat menghukum rasa best
***** (6/24/2008 3:27:49 PM): konteks dunia sekarang ni.. perlu ada cara agama yg baru.... tak bole terlampau rigid.. nak sampaikan agama kena berhikmah
***** (6/24/2008 3:28:06 PM): ini kalo org agama pun cam hampeh...
***** (6/24/2008 3:28:09 PM): habis lahh..
***** (6/24/2008 3:28:58 PM): btul ak?
Aku (6/24/2008 3:29:03 PM): btul2
Aku (6/24/2008 3:29:22 PM): biasa lah tu...dunia...

_____________________________________________
Pastu baru ku faham kenapa persepsi dia terhadap pemakai tudung labuh ni teruk sangat.Dialog di bawah ni menerangkan segalanya.

***** (6/24/2008 3:30:41 PM): nak tau tak.. ada org sorang tu... konon beragama sgt la.. ada ke pandang cam meluat kat kwn2 kite yg berpakaian cam
***** (6/24/2008 3:30:58 PM): cam takla tudung labuh ke ape.. biase jela
***** (6/24/2008 3:31:09 PM): nyampah giler lah kitorg ngan die
Aku (6/24/2008 3:31:17 PM): tu la pasal
Aku (6/24/2008 3:31:27 PM): okay kita kena pandang skarang macam ni
Aku (6/24/2008 3:31:44 PM): dia skrg tgh salah
Aku (6/24/2008 3:31:50 PM): awk orang kena lah betulkan
Aku (6/24/2008 3:32:00 PM): stakat menyampah tak membawa apa2 makna
Aku (6/24/2008 3:32:08 PM): sy sendiri kawan smua
Aku (6/24/2008 3:32:12 PM): tapi bergantunglah
Aku(6/24/2008 3:32:24 PM): klau saya masih lagi boleh mempengaruhi saya teruskan
Aku (6/24/2008 3:32:27 PM): tp kalau tak
Aku (6/24/2008 3:32:30 PM): lari lah
Aku (6/24/2008 3:32:35 PM): yg tu yg terbaik
***** (6/24/2008 3:32:46 PM): apehal tah... kitorg smyg cukup gak.. yg die lelebih pehal.. die mcm smyg 24jam sehari
***** (6/24/2008 3:32:52 PM): jek
Aku (6/24/2008 3:33:05 PM): masa kat U** dulu ke?
***** (6/24/2008 3:33:14 PM): taklah... sekarang ni
***** (6/24/2008 3:33:18 PM): kat tmpt keje
Aku (6/24/2008 3:33:31 PM): owh...
***** (6/24/2008 3:33:46 PM): poyo abiss
Aku (6/24/2008 3:33:50 PM): haha
Aku (6/24/2008 3:34:00 PM): cuba lah dekati dia
Aku (6/24/2008 3:34:09 PM): mana tahu salah anggap je
***** (6/24/2008 3:34:24 PM): dekati bakpe.. die kan dah cukup 'baik'
***** (6/24/2008 3:34:29 PM): hahaha
***** (6/24/2008 3:34:36 PM): best tu ngompat
Aku (6/24/2008 3:34:36 PM): camna dia nak faham
***** (6/24/2008 3:34:40 PM): :))
Aku (6/24/2008 3:34:48 PM): :))
***** (6/24/2008 3:35:13 PM): pedulik jelah... takde die as kawan tak luak la
***** (6/24/2008 3:35:20 PM): ramai lagi member
Aku (6/24/2008 3:35:24 PM): tu la..kekadang saya tgk hubungan korang orang perempuan ni pelik
Aku (6/24/2008 3:35:27 PM): aneh dan unik
***** (6/24/2008 3:35:33 PM): die buat hal die kite buat hal kite k
***** (6/24/2008 3:35:46 PM): aneh? mane de
Aku (6/24/2008 3:35:46 PM): mana boleh
Aku (6/24/2008 3:35:57 PM): aneh lah
Aku (6/24/2008 3:36:07 PM): korang terlampau ektremis dalam berkawan
***** (6/24/2008 3:36:12 PM): budak tu tudung labuh tau... tapii poyoo tak hengat
Aku (6/24/2008 3:36:30 PM): owh...
***** (6/24/2008 3:36:30 PM): die yg tak suka kitorg
***** (6/24/2008 3:36:34 PM): kitorg ok je
Aku (6/24/2008 3:36:43 PM): betulkan dia
Aku (6/24/2008 3:36:58 PM): kejamlah kalau korang biarkan dia masih dgn persepsi yang salah

______________________________________________

***** (6/24/2008 3:42:06 PM): suruh ler bebudak agama skang ni... masuk ker dunia sebenar... supaya die boleh mengubah dunia mengikut cara yg paling baikkk sekali... baru la dunia bule berubah
Aku (6/24/2008 3:42:29 PM): haha..alah
Aku (6/24/2008 3:42:35 PM): kita smua ni bebudak agama
Aku (6/24/2008 3:42:44 PM): kita smua duta untuk islam
***** (6/24/2008 3:43:01 PM): hmm btul gak... tapi skg ni dah byk aliran sgt la
Aku (6/24/2008 3:43:08 PM): tanggungjawab nak menyebarkan islam bukan pada bahu orang yang amik kuliah teologi feqah dll
Aku (6/24/2008 3:43:18 PM): awk pun pendakwah
Aku (6/24/2008 3:43:31 PM): saya pun sama walaupun amik kuliah perniagaan
***** (6/24/2008 3:43:34 PM): btul2




Kesimpulannya : Pakaian luar tu tidak melambangkan ketinggian iman seseorang tu.Boleh jadi dia pakai atas sebab kemegahan dan riya`.Tapi itu tak bermaksud aku menyokong pemakaian yang tak sopan, perkara yang diharamkan Allah tetap haram walaupun seluruh dunia kata ia halal.

Ya, terkadang ramai orang yang kecewa dengan tindakan mereka yang mengaku celik agama, sedangkan mereka ni sebenarnya kurang faham metodologi dakwah.Jalan penyelesaian yang harus diambil ialah betulkan mereka.Sebagaimana masyarakat[khususnya golongan muda yang dah kecundang ni mahu diperbetulkan dengan cara berhikmah] maka perbetulkanlah mereka dengan hikmah juga.Tak bermakna mereka sekolah di sekolah agama dan grad kuliah agama maka mereka ni suci dari kesilapan.Mereka manusia biasa yang masih banyak cacat cela yang perlu diperbaiki.

Macam dalam dialog aku yang terakhir, kita semua duta bagi Islam, setiap tindak tanduk kita akan dinilai, lalu disandarkan kepada Islam.Jadi perbaikilah perbuatan kita.Kita semua sama sahaja, tak bermakna kamu tak pernah belajar pasal Quran, tak pernah masuk sekolah agama dll kamu akan dikecualikan di akhirat kelak.Kita akan diadili di mahkamah yang sama oleh tuhan yang sama!!.

Dan bagi para2 pelajar agama, perlu kita fahami psikologi subjek kita.Janganlah sebab beberapa kesilapan mereka, kita terus hukum sepertinya kita ni suci dari kesalahan.Ingat sikit, sebelum pandai berlari berapa kali kita terjatuh?Janganlah bila dah pandai berlari kita terus mencela orang yang masih merangkak, macamlah kita tak pernah melalui fasa yang sama.Kita tak suci!

Akhir sekali.Saling memahami amat diperlukan dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Wallahua`lam