Rabu, 11 Jun 2008

Tips Jimat minyak & My Green Oil

Bismillah.

Dikala tekanan jiwa dan perasaan berikutan kenaikan harga minyak.Maka berkatalah mereka
Kita harus berjimat.Elakkan pembaziran, berbelanjalah dengan berhemah.Bla..bla..bla
Walaupun hakikatnya merekalah pengguna minyak yang terbesar, juga penyumbang kepada pembaziran yang melampau jika dibandingkan dengan rakyat miskin dan sederhana.Namun tiada yang dapat dilakukan, mereka punya kuasa, punya kelayakan, punya ruang untuk berkata2.Sekarang masa mereka, mereka dijaga undang2, keselamatan mereka terjaga, makan pakai mereka terjamin.Tetapi di akhirat kelak, dapatkah mereka keistimewaan seperti ini?Hanya Allah yang tahu.

Berikut merupakan muatan akhbar yang mempertahankan tindakan mereka, terima kasih kerana memberikan tips ini.

Tips untuk mengurangkan tekanan berikutan kenaikan harga minyak
  1. Mengurangkan penggunaan elektrik di rumah dan pejabat.
  2. Mengurangkan aktiviti luar.
  3. Membeli barangan yang perlu dan elakkan pembaziran.
  4. Mula menjalankan aktiviti bercucuk tanam atau menternak haiwan untuk dijadikan sumber makanan.
  5. Senarai harga barangan dan merancang perbelanjaan berhemah.
Aku ada produk yang aku ingin perkenalkan kepada korang.Terdapat testimoni yang mengatakan keberkesanan produknya.Tapi pokok pangkalnya, aku sendiri tidak pernah mencuba sebab aku bukanlah pengguna tegar minyak. =P . Kereta pun takde.
Cuma kalau produk ni betul2 boleh menjimatkan minyak.Apalah salahnya kalau kita berkongsi kebaikan.


Berikut adalah penerangan tentang produk ini.

MyGreenOil adalah produk unik. MyGreenOil boleh menyumbang kepada penjimatan dari segi ekonomi apabila digunakan pada kereta, trak, bot, motosikal, enjin diesel/petrol, generator, alat perkebunan, mesin relau, mesin penunu, mesin dandang dan juga semua industri yang bergantung kepada penggunaan minyak yang banyak.

Penjimatan minyak ● Lebih kilometer ● Meningkatkan kuasa dan prestasi ● Mengurangkan kos penyelenggaraan ● Meningkatkan jangka hayat enjin ● Merendahkan pengeluaran gas ekzos ● Tanpa toksik ● Tidak merbahaya ● Boleh diuraikan dan Selamat

Kini bukan masa lagi untuk anda biarkan WANG anda HANGUS terbakar begitu sahaja. Produk WAJIB dimiliki oleh semua pengguna kenderaan. Penjimatan sehingga 30% sudah pasti memberi impak yang besar kepada anda. Jika belanja kos minyak anda RM600 sebulan, ia menjimatkan RM180 sebulan atau RM 2,160.00 setahun. Mahukan anda biarkan wang sejumlah besar ini disia-siakan?

Berikut adalah testimoni sebahagian pengguna Mygreenoil.

"After using MyGreenOil in 2 tanks of petrol , i feel that my car
has become very powerful and gives me me really good fuel savings. Before using MyGreenOil my fuel cost is around RM 0.20 per km but now it has dropped to RM 0.16 per km."

Tan Hong Choon
Proton Wira 1.5A (02)
Petronas

"I am feeling so good using MyGreenOil. Previously I could get 500km per RM100 of petrol but now i can get more than 600km for the same RM100 fill.

I can also feel the extra power & my engine is less noisy. Also my car's acceleration has improved."

Jeff YC Tan
Ford TX3 (90)
Shell


Untuk maklumat lanjut sila klik sini.


Aku telah melintasi garisan yang suatu ketika dulu pernah aku lukiskan, petanda baik atau buruk?!.Moga Allah lindungi jiwa ini.


Selasa, 10 Jun 2008

Mohandiseen

Bismillah.

Adehh..Macam mana tak jumpa pulak ni.Terganggu pula aku punya rancangan nak pos pasal minyak.Kacau betul.Tengah orang sibuk2 pasal minyak ni seronok gak kalau bincang pasal tu, e tak.Memanaskan perkara yang memang dah panas memang seronok.

Alkisah, pagi tadi pergi Mohandiseen sebentar, buat urusan pasport.Dalam menunggu urusan disiapkan, sempat gak aku cari buku untuk dibaca.Buku Sejarah Singapura, ditulis oleh Haji(tak ingat nama), buku ni memang buku lama, diterbitkan antara zaman 70-80an, tulisan pun dengan cara lama.Tapi memang menarik, rasa macam nak ambil pula.Buku ni dapat menghuraikan secara ilmiah, cara perbahasan sejarah yang menarik yang kebiasaannya aku jumpa dalam kitab2 arab.Kerana penulis mendatangkan bukti2 yang kabur dari buku2 Melayu lama seperi Hikayat Melayu, Sulalatus Salatin, juga mengambil kira perbahasan ahli2 sejarah dari Barat dan Cina.Kandungan dapat menjelaskan kekaburan aku tentang asal Melayu itu sendiri.Jadi kalau korang ada pergi sana, cuba2 lah kobek almari kat tingkat 3 Kedutaan kita.

Masa nak balik pula, keluar ke jalan besar jumpa terus dengan bas 359, huh..beruntung betul beta, tak payah nak tunggu lama-lama, melompat terus naik bas(ni yang syok pasal bas Mesir, biasanya kalau lelaki nak naik/turun dia takkan berhenti habis, rasa macam sukan extreme lak).Tak lama lepas tu ada pakcik tahan, malangnya mungkin disebabkan desakan dari kenderaan2 di belakang, pemandu bas tu tak berhenti, terpaksalah pakcik yang agak `sihat` tu berlari dalam 20meter.Setibanya di pintu, beliau menggagahi dirnya yang agak besar tu naik.Sambil tanya `Dah merouwah Maydan Lubnan?`(Bas ni pergi Maydan Lubnan ke?) untuk kepastian.Sungguh pakcik tu telah melakukan kesalahan yang tidak akan dilupakannya.Memanglah stesen terakhirnya Maydan Lubnan tapi sekarang ianya menghala ke arah stesennya yang satu lagi iaitu hayyu 7.Jawab pemandu bas tu `Irkab min nahiyat tani`(Naik dari jalan yang satu lagi-seberang jalan-).Kesian pakcik tu, dah lah letih2 tunggu, terkocoh2 aku tengok beliau lari mengejar bas tu, dah dapat naik dikecewakan pula.

kesimpulannya ; Sebelum nak tunggu bas tu.Tanya2lah orang sekeliling 1-Ada tak bas atau mikrobas pergi ke destinasi yang ditunggu. 2-Pastikan arah yang anda tunggu tu betul.Ye lah kadang2 memang ada tertulis kat papan tu destinasi kita, tapi mungkin dia akan pergi ke stesen lain yang menyebabkan kita kena bayar 2 kali, duit dan masa terbuang.

Nota: Baru aku perasan yang flyover dekat Abu el-Fida st. ada tulis larangan untuk kenderaan berat memasuki kawasan Zamalek dari pukul 7pagi sampai 8malam.Jadi kalau korang nak bawak lori ke, treler ke, ingat2lah sikit larangan ni okay =P .

Sekian.Wassalam

Isnin, 9 Jun 2008

Kenapa harga barang/cukai selalu naik lepas pilihanraya?

Bismillah.

Izinkan aku bagi sedikit pandangan tentang kenaikan harga barang dan cukai.Kenaikan harga barang kebiasaannya berpunca daripada permintaan yang melebihi daripada pengeluaran barang tersebut.Maka mengikut teori permintaan, apabila permintaan lebih dari barang yang ada.Maka secara automatiknya kuasa menaikkan harga berada di dalam tangan penjual.Tetapi perkara ini boleh dikawal dengan campur tangan kerajaan.Dan adakalanya juga disebabkan cukai yang dikenakan atas barangan tersebut.Cukai fungsinya untuk mengawal harga barang agar tidak terlampau murah sehingga menyebabkan pembaziran.Juga untuk memastikan pengagihan harta negara dirasai oleh seluruh rakyat.Justeru hasil2 cukai dilaburkan dalam pelbagai bentuk pelaburan yang mendatangkan keuntungan yang besar untuk kebaikan rakyat sendiri.
Jelas, kita melihat bahawa cukai sebenarnya mempunyai matlamat yang positif(pada awalnya).
Apa yang aku hendak perkatakan disini ialah mengenai harga barang yang naik disebabkan cukai, yang anehnya paten ini biasanya berlaku selepas pilihanraya.Tidak dapat dinafikan bahawa perkara2 lain turut menyumbang kepada kenaikan harga komoditi sendiri.Tetapi wujud juga paten yang seperti ini.Aku bawakan contoh agar mudah difahami.

Ada 4 buah pasaraya besar di Kuala Lumpur.Masing2 bersaing antara satu sama lain.Persaingan antara pasaraya tersebut amatlah sengit.Bosan dengan persaingan yang sihat itu, mereka membuat mesyuarat yang pada akhirnya mencapai kata sepakat yang mereka akan mengumpulkan pelanggan2 setia mereka untuk menandatangani perjanjian untuk membeli dari pasaraya mereka sahaja untuk tempoh 3 tahun.Satu suruhanjaya telah ditubuhkan untuk memastikan kelangsungan pertandingan ini.Tempoh ialah satu bulan.Maka berperanglah mereka dengan cara yang dianggap halal oleh pihak masing2.Ada yang memburuk2kan pasaraya lain.Ada juga yang merendahkan harga serendah2nya.Tak kurang juga pasaraya yang mejanjikan harga tetap untuk tempoh 3 tahun tersebut.

Tetapi ada juga yang bertindak dengan menghadiahkan sejumlah wang bagi pelanggan yang menandatangani perjanjian dengan mereka.Natijahnya; Mereka mendapat pelanggan yang teramai.Namun beban hutang yang ditanggung oleh mereka amat besar berikutan kempen mereka yang menelan belanja yang banyak.

Jadi sidang pembaca, apa agaknya yang dilakukan oleh pasaraya tersebut?Kerana perjanjian telah dimeterai antara mereka dan pelanggan, antara langkah yang aku sendiri akan lakukan kalau berada ditempat mereka ialah dengan menaikkan harga barangan keperluan harian untuk menampung kembali kerugian dan hutang yang ditanggung oleh pasaraya terbabit.

Serasa aku, teknik ni memang diguna pakai di kebanyakan tempat di dunia ni.Entahlah, amanah seakan2 dah tak wujud.Sekian.

Wallahua`lam.

Jumaat, 6 Jun 2008

Sanggupkah kita?!

Sanggupkah Kita Buat Begini?

'Ustaz, saya ingin bertanya.. Saya menjaga ibu saya yang uzur... Saya membasuh kemaluan ibu saya.. Bagaimana dengan puasa saya...'

Ustaz bertanya 'Adakah saudara sudah berkahwin?'

Pemanggil menjawab 'Belum Ustaz'

Ustaz menjawab 'Palingkan muka kearah lain semasa membasuh kemaluan ibu saudara'...

Setelah talian putus, kedua-dua Ustaz dan DJ radio memuji-muji kesabaran jejaka pemanggil itu. Saya menitiskan airmata mendengar perbualan itu dan berfikir sungguh beruntunglah siibu yang melahirkan jejaka itu. Alangkah bertuahnya si-isteri mendapat jejaka itu sebagai suaminya.

Kisah ini berlaku hampir 1 tahun yang lalu, seorang ibu tua dibawa oleh anak lelakinya yang tinggal di bandar menziarahi ahli keluarga di sebuah kampung.Sekembali dari tempat ziarah, si ibu kelihatan terkocoh-kocoh,pantas berlari keluar dari kereta. Langkahnya agak tergopoh-gopoh menaiki anak tangga rumah. Fikir si anak yang masih belum sempat menarik handbrake keretanya, pasti si ibu bergegas untuk segera menunaikan solat Maghrib kerana azan telah berkumandang di surau yang berdekatan. Tapi bila dia mula menjejaki anak tangga,

'Subhanallah!'

Si anak terkejut melihat najis bejejeran di anak tangga dan dilaman rumah.

'Mak sakit perut rupanya,' bisik hatinya. Tanpa berlengah segera disinsingnya lengan baju dan kaki seluar. Najis disodok dan dibuangkan.
Getah paip ditarik lalu dialirkan air menuruni anak tangga.

Ibu yang sudah selesai membersihkan diri dan solat Maghrib
terkocoh-kocoh sekali lagi menanggalkan telekung, mencapai baldi dan gayung dalam langkah yang terhencut-hencut cuba menuruni anak tangga.

Terpana si ibu di muka pintu melihat anak-anak tangga sudah dimop
bersih,seperti hilang akal sejenak.

Tak sembahyang Maghrib ke?' Tanya ibukepada si anak dalam keadaan serba-salah.

Tak apalah mak, saya musafir, Maghrib tu di jamak takhir dengan Isyak nanti.' Si ibu tak terkata apa. Tangan kanan
masih memegang baldi. Tangan kiri pula memaut grill pintu. Matanya terus memerhatikan si anak, dalam hati penuh sebak dan keharuan, mengucap puji syukur pada Allah kerana anak yang diasuh dari sebesar dua tapak jari, dicucikan najisnya setiap hari itu, buat pertama kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini.

'Ya Allah! begini mulia rahmatmu mengurniakan hamba mu ini anak yang
soleh, dia mengenang jasa Ya Allah! dan membalas budi, aku bersyukur padamu....aku bersyukur pada mu Ya Allah!' sempat si ibu memanjatkan doa dalam hati.

Terasa benar maruahnya dihargai, tawadhuk sungguh mengecapi nikmat
kasih....... Rentetan dari peristiwa itu, dapat dilihat keberkatan dalam hidup si anak kerana apa saja kerja yang dibuat terasa dipermudahkan oleh Allah. Inilah yang dikatakan keberkatan memuliakan insan yang dimuliakan
oleh Allah SWT.

Hadis Nabi saw:

'Hinalah umatku, hinalah umatku, dimana dalam sisa usia orang tua
mereka,tidak dimanfaatkan apa-apa untuk meraih rahmat dari Allah SWT'

' Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah.Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia menjadi bingung, lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.'

*Hukamah*

"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASAN YA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI, BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu
berita,maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 )



Perhatian: Artikel ni aku jumpa dalam peti surat yahoo aku.Best isinya jadi aku paste je lah.Moga2 kita semua dapat manfaatnya.Masa aku balik Msia dulu ada gak aku baca pasal sorg anak lelaki umurnya dalam 40tahun dah 3 hari mati, bersama dengan maknya yg nyanyuk.Mak dia ingatkan dia masih hidup, yang menariknya jiran dia menceritakan bhw dia ni prihatin betul dengan mak dia, sampai tahap tak nak kahwin sbb takut bakal isteri x dpt jaga mak dia dgn elok.Moga Allah membalas anak2 soleh dengan keredhaan dan syurgaNYA.Amin.

Khamis, 5 Jun 2008

Minyak : Jom bandingkan

Bismillah.

Kesian kat orang Msia.Para Ibu Bapa, golongan miskin dan sederhana.Harga minyak naik lagi.Bermakna smua harga komiditi lain pun akan turut meningkat naik.Mat2 rempit pun pikir 2 kali gak nak merempit.Cuma harap golongan2 ni tak buat perkara yg salah untuk cari modal minyak dan pertaruhan.Kat dalam Berita harian (klau tak silap) bila isu minyak ni diulas, dia letak kat penjuru kanan kotak tu, FAKTA:Harga minyak di Malaysia lagi murah dari S`pura.Tapi macamana pulak dgn negara2 pengeluar minyak yang lain?Jom kita tgk

UAE– RM1.19/liter

Mesir– RM1.03/liter

Bahrain– RM0.87/liter

Qatar– RM0.68/liter

Kuwait– RM0.67/liter

Saudi Arabia– RM0.38/liter

Iran– RM0.35/liter

Nigeria– RM0.32/liter

Turkmenistan– RM0.25/liter

Venezuela– RM0.16/liter

Bagaimanakah harga pengeluar minyak-Malaysia? - RM 2.70!!!


Semoga Allah perkuatkan iman kita untuk menghadapi ujian dunia ni.

Ummah Films

Bismillah.

Video ni di buat oleh seorg muallaf amerika.Aku jumpa lama dah.Isinya sangat2lah menarik.Sbb aku dapat banyak manfaat darinya, jadi aku rasa mustahablah bg aku kongsi ngan korg.Best dengar pandangan mmereak yang suatu ketika dulu berada kegelapan.Sungguh menginsafkan.Dan mereka ni pun kebiasaannya memahami Islam lebih dari yang kebanyakan orang islam dari lahir tahu.Kerna diorg ni belajar Islam dgn cara yang susah.Banyak yang diorg terpaksa tempuh hanya untuk mengucapkan ~LailahaillaLlah~.Berbanding dgn kita yg lahir dgn Islam, kita tak sedar nikmat Islam dan Iman tu sbb dah mmg berada dlm keadaan yang selesa.Okaylah taknak merepek banyak.Layan dulu~~~




Banyak lagi vid blog saudara Ali ni.Aku suka vid untuk season one yg terakhir klik sini,Sbb dia terangkan mcm mn dia masuk Islam.Aku mmg suka baca testimoni Saudara2 baru yg mengisahkan bagaimana diorg cari kebenaran dan makna hidup.Sungguh menginsafkan.Sbb tu bila dapat Islam@Iman.Mereka menghargainya, malu lah kita yang lahir dalam Islam.Tapi apa sumbangan kita terhadap pembanggunan Islam dan Muslimin?

Fikirkanlah!!

nota:Takziah kepada seluruh rakyat Msia berhubung dengan kenaikan harga minyak yang mungkin akan menjdi punca seribu satu masalah.Lain kali bila nak buat keputusan tu fikir elok2.

Semalam aku baru habis periksa.Doakanlah moga2 Allah kurniakan kejayaan kepada kita smua khasnya aku.

Selasa, 3 Jun 2008

Lepas ujian Ekonomi

Bismillah.

Walaupun beberapa hari telah berlalu sejak kertas Sejarah perkembangan ekonomi dan Sumber ekonomi(1/6/08).Tapi aku nak masukkan gak pos pasal perkara yg berlaku selapas tu.

Lepas aku jawab periksa tu.Balik rumah, siap2 solat pastu pergi Arma.Aku naik bas 926 yang akan melalui sbelah Maahad Buuth (Islam Missionaries Institute).Sedang aku lepak2 kat dalam bas menunggu sampainya ke Arma.Jumpa lah sorg mamat ni.Muka macam dari Asia Tengah, pastu dia pun duduk sebelah aku.Mula2 rasa malas je nak mulakan perbualan, ye lah tgh letih baru balik dari peperiksaan.Nak dapatkan sedikit ketenangan jiwa, walaupun perkara tu hampir mustahil dikecapi di dalam bas Mesir.Tapi yang membuatkan aku tertarik nak mulakan langkah bila aku nampak buku yang dia bawa.Buku kuliah aku.Ceh sama kuliah rupanya mamat ni.Camnalah aku boleh tak perasan dia.Aku ingatkan aku dgn sorg lagi(budak Filipina) je yang putih dikalangan pelajar2 luar.

Detailnya:

aku: Hmm, kamu ni kuliah perniagaan ke?
dia: Ya
aku: Owh, kamu ni wafid(org bukan Mesir) ke?
dia: Taklah, aku orang Mesir.
aku: Aku ingatkan kamu ni orang dari kawasan Asia Tengah macam Tajikistan tu.
dia: Memang sebelum ni ada orang kata aku ni orang Tajikistan (sambil senyum)
aku: Macam mana periksa.Okay tak?
dia: Alhamdulillah, bolehlah.
Senyap jap.Masing2 cari idea.
dia&aku: Nama kamu apa?(aiseh, boleh lak tanya serentak)
aku: Muhammad(malas nak sebut pepanjang, sbb org mesir slalu salah sebut Irfan jd Arafat pastu ingat Irfan tu nama bapak aku)
dia: aku Amir.Hmm.Apa pendapat kamu tentang Mesir.
aku: Bagus, orangnya peramah.(Jawapan biasa aku bagi, huhu)
dia: Bagitau je yang sebenarnya.
aku: Okaylah, cuma dari segi sistemnya, sini macam takdelah.Dan orangnya kurang berpegang pada janji.(padahal kt Msia pun -+ je).Ye lah,kadang bila hantar alatan elektronik untuk dibaiki.Janji esok, alih2 bila datang, cakap esok.Tak bolehlah camtu, nak meniaga kenalah berpegang pada janji.Barulah pelanggan ada keyakinan.(Terangku panjang lebar supaya dia mengambil perhatian kelak, smoga dia menjadi seorg usahawan yg berjaya!!)
dia: Ya, kami orang Mesir menikmati(bersenang-senang) hidup yang kacaubilau(sambil ketawa).
Mesir ni merupakan negara yang hebat dalam menggubal undang2 tapi hebat juga dalam tak melaksanakannya.Kamu tahu, ada sesetgh undang2 tu kurang realistik, macam undang yang menghalang kenderaan berat menggunakan jalan raya pada sesetgh waktu.Bila ditahan pemandu tu bagi alasan, ketika aku bertolak dari Negeri sekian2 masih dalam lingkungan waktu yang dibenarkan.Tapi sampai sini pada waktu yg dilarang, takkanlah aku nk berhenti kot.Eh, kamu faham tak ni.
aku: Faham..faham
Bas pun dah masuk simpang ke Maahad Buuth(Islam Missionaries Institute),
aku: Amir, aku minta diri dululah.Aku nak turun sini.Semoga Allah mempermudahkan urusan kita.
dia: Baiklah.Jumpa lagi.(Sambil bersalaman dengan aku)

nota: Pasal larangan penggunaan kenderaan di atas jalanraya pada masa2 tertentu tu aku pernah dgr gak dari pemandu teksi.Tapi dah lama dah mungkin 1-2thn lepas.

Balik punya hal pula.

Pakcik yang Gentleman.

Waktu nak balik dari Arma menuju Hayyu7 aku naik bas 14.Bas tu dah penuh jadi aku terpaksa berdiri.Stail biasa orang berdiri kat dalam bas ni samada pegang pemegang kat kerusi penumpang atau pun pegang rel yang melekat kat bumbung.Jadi aku pegang kerusi penumpang, supaya korg paham aku perlu aku maklumkan.Sebelah kanan aku ni org lelaki yang pegang kat kerusi penumpang.Pastu sampai kat satu perhentian adalah seorang wanita umur dalam 30an naik.Sbb tempat dah penuh jd dia berdiri diantara aku ngan mamat sebelah kanan aku.(bas masa ni penuh tul sbb org baru hbs kuliah dlm kul 3-4ptg).Tapi yang kesiannya dia takde tempat nak berpaut(sbb aku ngan mamat tu dah conquer pemegang kat tmpat penumpang,lgpun kurang sesuai kalau perempuan perpaut pada rel kat bumbung tu), jadi aku berundurlah kebelakang, bagi ruang kat dia.Tiba2 pakcik yang tengah duduk kat belakang aku tu cakap `Semoga Allah memberkati kamu`.Tak sangka buat camtu pun kena puji.Secara tak sedarnya, ada perasaan ujub lak muncul.`Eh, gentleman gak aku`.Baru je perasaan tu nak mekar dihati.Tetiba pakcik tu nak bangun, korang tahu utk apa?Tak lain tak bukan untuk bagi tempat duduk dia kat perempuan tersebut.Huish, lagi gentleman pakcik dari aku.insaf jap.Sbb pakcik tu dah beruban dah pun, umurnya pun dalam lingkungan 70-an.Nak bangun dari kerusi pun aku kena tarik biar dia bangun.Tabik spring betullah kat pakcik ni.Mungkin dia tak suka tengok muslimah berhimpit dengan lelaki ajnabi.

alhamdulillah..camna karangan aku? ada best tak, lama dah tak berlatih tulis dlm bhs melayu dgn elok.

sekian dulu.wassalam.

Isnin, 2 Jun 2008

Teknik Murahan Media

Bismillah.

Ni lah contoh yang aku menyampah..hek eleh..orang ketagih judi pun nak sabitkan ngan bomoh lah Hantula..aishh..makin pandai merapu..letih betul tgk bile tahap kewartawanan msia sampai tahap ni..sungguh menyedihkan.

Dosa ni mmg tabiat dia payah nak tinggalkan.Lagi satu aku meragui keberkesanannya.Bomoh, puja?kalau betullah diorg ni boleh tarik pelanggan.Apsallah diorg tu tak berniaga sendiri, dan tak perlulah diorg jadi bomoh lagi.ye tak?

Siap nak highlight pakai warna merah dan bubuh (`) lagi.Apa2lah diorg ni.Tak maju2 lagi.