Jumaat, 6 Jun 2008

Sanggupkah kita?!

Sanggupkah Kita Buat Begini?

'Ustaz, saya ingin bertanya.. Saya menjaga ibu saya yang uzur... Saya membasuh kemaluan ibu saya.. Bagaimana dengan puasa saya...'

Ustaz bertanya 'Adakah saudara sudah berkahwin?'

Pemanggil menjawab 'Belum Ustaz'

Ustaz menjawab 'Palingkan muka kearah lain semasa membasuh kemaluan ibu saudara'...

Setelah talian putus, kedua-dua Ustaz dan DJ radio memuji-muji kesabaran jejaka pemanggil itu. Saya menitiskan airmata mendengar perbualan itu dan berfikir sungguh beruntunglah siibu yang melahirkan jejaka itu. Alangkah bertuahnya si-isteri mendapat jejaka itu sebagai suaminya.

Kisah ini berlaku hampir 1 tahun yang lalu, seorang ibu tua dibawa oleh anak lelakinya yang tinggal di bandar menziarahi ahli keluarga di sebuah kampung.Sekembali dari tempat ziarah, si ibu kelihatan terkocoh-kocoh,pantas berlari keluar dari kereta. Langkahnya agak tergopoh-gopoh menaiki anak tangga rumah. Fikir si anak yang masih belum sempat menarik handbrake keretanya, pasti si ibu bergegas untuk segera menunaikan solat Maghrib kerana azan telah berkumandang di surau yang berdekatan. Tapi bila dia mula menjejaki anak tangga,

'Subhanallah!'

Si anak terkejut melihat najis bejejeran di anak tangga dan dilaman rumah.

'Mak sakit perut rupanya,' bisik hatinya. Tanpa berlengah segera disinsingnya lengan baju dan kaki seluar. Najis disodok dan dibuangkan.
Getah paip ditarik lalu dialirkan air menuruni anak tangga.

Ibu yang sudah selesai membersihkan diri dan solat Maghrib
terkocoh-kocoh sekali lagi menanggalkan telekung, mencapai baldi dan gayung dalam langkah yang terhencut-hencut cuba menuruni anak tangga.

Terpana si ibu di muka pintu melihat anak-anak tangga sudah dimop
bersih,seperti hilang akal sejenak.

Tak sembahyang Maghrib ke?' Tanya ibukepada si anak dalam keadaan serba-salah.

Tak apalah mak, saya musafir, Maghrib tu di jamak takhir dengan Isyak nanti.' Si ibu tak terkata apa. Tangan kanan
masih memegang baldi. Tangan kiri pula memaut grill pintu. Matanya terus memerhatikan si anak, dalam hati penuh sebak dan keharuan, mengucap puji syukur pada Allah kerana anak yang diasuh dari sebesar dua tapak jari, dicucikan najisnya setiap hari itu, buat pertama kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini.

'Ya Allah! begini mulia rahmatmu mengurniakan hamba mu ini anak yang
soleh, dia mengenang jasa Ya Allah! dan membalas budi, aku bersyukur padamu....aku bersyukur pada mu Ya Allah!' sempat si ibu memanjatkan doa dalam hati.

Terasa benar maruahnya dihargai, tawadhuk sungguh mengecapi nikmat
kasih....... Rentetan dari peristiwa itu, dapat dilihat keberkatan dalam hidup si anak kerana apa saja kerja yang dibuat terasa dipermudahkan oleh Allah. Inilah yang dikatakan keberkatan memuliakan insan yang dimuliakan
oleh Allah SWT.

Hadis Nabi saw:

'Hinalah umatku, hinalah umatku, dimana dalam sisa usia orang tua
mereka,tidak dimanfaatkan apa-apa untuk meraih rahmat dari Allah SWT'

' Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah.Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia menjadi bingung, lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.'

*Hukamah*

"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASAN YA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI, BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu
berita,maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 )



Perhatian: Artikel ni aku jumpa dalam peti surat yahoo aku.Best isinya jadi aku paste je lah.Moga2 kita semua dapat manfaatnya.Masa aku balik Msia dulu ada gak aku baca pasal sorg anak lelaki umurnya dalam 40tahun dah 3 hari mati, bersama dengan maknya yg nyanyuk.Mak dia ingatkan dia masih hidup, yang menariknya jiran dia menceritakan bhw dia ni prihatin betul dengan mak dia, sampai tahap tak nak kahwin sbb takut bakal isteri x dpt jaga mak dia dgn elok.Moga Allah membalas anak2 soleh dengan keredhaan dan syurgaNYA.Amin.

3 ulasan:

  1. entry dah cukup menarik... tapi sayang..warna tulisan tenggelam...saiz kecil sangat...terpakse besar kan sendiri...tal leh tukar ke?? baru semangat nak baca... hehe =p

    nak request sikit boleh???
    -boleh kalau tulis guna perkataan yang lengkap...banyak sangat short form nya...rasa macam x best nak baca..

    BalasPadam
  2. whkay..terima kasih tanpa nama kerna memberi kritikan yang membina..Artikel tu dia copy dan paste dari emel..Jadi formatya tak diubah sebab waktu preview nampak macam okay je..Bila dah pos baru sedar kecil la pula fontnya.
    Pasal tulisan tu..Alasan yang boleh diberi; Sibuk sangat masa pos ni..biasa ada kerja lain..jadi pakai singkatan je lah..cepat sikit.Lagipun ingatkan akan memudahkan lagi pembacaan.
    Akhir kata; terima kasih atas teguran.

    BalasPadam
  3. syokk r malangnyerr bukan rekaan sendiri...
    pe2xpun thanks coz berkongsi cerita...hehehe

    BalasPadam

Kritikan membina dialu-alukan. Terima kasih.