Isnin, 23 Jun 2008

Hari keluarga DR

Bismillah.

Pagi ni Darul Rahim buat hari keluarga, jadi bekas2 pelajar yang menyewa diluar dijemput.Okaylah, main bola je.Dan beberapa acara yang berkaitan bola, nak main banyak2 pun tak boleh, panas terik sebab main di Nadi S je.Bukan stadium/dewan tertutup.Mula sewa pukul 6.30.Tapi aku sendiri bertolak dalam pukul 6.20[baru keluar rumah].Bukan apa, aku cukup memahami perangai kebanyakan pelajar dimana ketepatan masa mereka masih kurang memuaskan, bukan tak nak datang awal, tapi letih sangat, jadi aku bertolak dengan jangkaan yang diorang akan mula tak lama lepas aku datang.Jalan kaki je pergi Nadi S, sampai2, tepat jangkaan aku, bebudak ni tak mula lagi.Budak2 ni sewa 4 jam.Jadi bakal tamat dalam pukul 10.30.

Panaskan badan sikit, naik basikal ahli bait aku, ronda2 keliling Nadi S ni.Pastu dalam 7.15 kot, baru mula main bola.Ada 4 kumpulan semuanya Takmiyah, Batotis , Ful ngan [entah lupa lak, aku punya kumpulan Ful].Semuanya berjalan lancar, dan keputusannya kumpulan aku dapat tempat kedua.

Setiap kumpulan akan berlawan sebanyak 3 kali, dan kemenangan dikira mengikut mata.Kumpulan aku 2 menang, satu kalah.Kira okayllah tu.

Ammu A yang [sensor]
Ni kejadian yang bikin mood aku berubah, dari riang gembira menjadi panas membara.Aura2 negatif pun dah mula menenggelami gerak tindakanku.Senang kata, bikin gua panas je mamat ni.
Terjadi waktu tengah nak tunggu perlawan ke 2, ditakdirkanlah dalam kebosanan menunggu tu Allah campakkan perasaan dalam hati aku nak menunggang sesuatu.Mula2 ingat nak pinjam motor kawan jap.Nak berlatih pusing2 kat dalam Nadi S tu[motor clutch aku tak pernah bawak lagi].Tapi niat dibatalkan sebab rasa tak sedap hati.
Pastu untuk mengubati rasa bosan ni, sekali lagi aku pergi untuk meminjam basikal kawan aku.
"Nazmi pinjam motosikal[bassikal] kau okay"
"eh..Irfan nanti ammu A..."

Malang sungguh, waktu tu aku dah sorong dah basikal siap siaga nak naik, boleh pulak Ammu A ni terpacul kat situ dengan muka bengis[ammu A ni memang suka buat muka tak puas hati].Pastu dengan marahnya dia tarik basikal tu dari aku.Aku pun tarik balik, tanya "Pehal lu ammu?" dia balas "Kat sini tak boleh bawak basikal, ko kena letak tempat lain".
Jadi dari ayat dia aku faham yang kat dalam Nadi S tu tak boleh nak bawak basikallah, dan secara automatiknya tempat lain tu merujuk kepada suatu tempat di luar Nadi S.
Ini sudah lebih, aku balas balik kalau kena curi kau nak jamin ke?Dia kata ya aku jamin.Tapi aku masih tak puas hati, bukan boleh percaya pakcik ni, cakap sekarang baguslah, nanti kalau dah hilang mula buat cerita lain.
Pastu dia pun mula tarik basikal member aku, kemudian terjadilah adegan tarik menarik basikal diiringi dengan diplomasi menggunakan mulut.Waktu ni bahasa Arab aku dah kucar kacir, memang terabur habis.Sedangkan kalau bertengkar dalam bahasa melayu pun aku selalu kalah[ni terjadi bila marah je, jadi kebiasaanya sama aku lari dari pertengkaran atau sentuhan fizikal bermula, tapi biasa aku lari je,malas r nak sungguh2 sangat, macam kanak2].Nafsu ammarah bissu` dah mula sampai kat kepala.Kepala aku pun dah sarat dengan bisikan2 ni.

[Katok kepala beliau]
[Katok kepala beliau]
[Tumbuk muka beliau]
[Tumbuk muka beliau]
[Tolak beliau]
[Tolak beliau]

Masa tu pun aku dah mula tukar dari bahasa lisan kepada bahasa tangan, aku tepis tangan Ammu A yang [sensor lagi,huhu].Memang takleh tahan, sebab dia sebolehnya2 nak paksa aku letak basikal member aku kat tempat lain.Tapi aku pulak nak letak kat mana tempat aku ambil.

Pastu Ammu A marah dengan gaya bahasa tangan aku "Fi eh" sambil tunjuk tangan beliau yang ditampar aku.Nak je aku tolak badan beliau biar tergolek sebentar.Pastu untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini aku pun tukar cara diplomasi aku.Agak memujuk "Kedah ta`mal ma3a akhuka?" Pastu dengan muka sengal dia tanya "Men akhuya" aku pun jawab baliklah "Mush enta muslim?" "Ehna ikhwan, izan".Pastu dia masih tetap dengan kesengalannya menarik basikal tu kembali.Aku pun buat degil gaklah, tarik balik basikal tu dengan muka nak tukar jadi Hulk.Akhirnya Ust Hafiz[Mudir Darul Rahim] turun untuk meredakan suasana.Akhirnya aku pun mengalah gak.Sempat juga aku 'berzikir' dalam nak memindahkan tempat parkir basikal tu.Dia pun tunjuk kat aku "Hah letak basikal ko kat dengan motor2" Hek eleh, rupanya dia suruh park basikal dalam Nadi S tu jugak.Buat letih je gaduh ngan Ammu A.

Aku ingatkan kena letak kat luar Nadi S, demi keselamatan harta member aku tu, aku terpaksa membantahlah.Dan rupanya sebelum tu dah ada budak kena sound, jangan main basikal kat dalam Nadi S, tapi aku tak tau pun cerita tu.Kalaulah Ammu A minta elok2 bolehlah aku faham dan bertimbang rasa dengan permintaanya.Tapi ni tidak, main serang je, lepas cakap tak leh main dalam Nadi S terus nak jadi macam polis nak sita motosikal mat rempit.Mana boleh tahan, agak2lah nak pijak kepala orang pun.[sensor] punya Ammu A.

Bila fikir balik, macam palui je.Semuanya sebab salah faham dan salah tindakan.Salah faham dari pihak aku dan salah tindakan dari pihak Ammu A.Ye lah, cubalah bagitau elok2 mana nak letak, tak perlulah nak tarik2, macamlah aku ni datang Mesir nak jadi baghal.Aku datang Mesir ni nak belajar menjadi MANUSIA yang berTUHAN.

Tak dilupa, dalam perlawanan ke2 terakhir seorang pelajar telah tercedera, joint menyambungkan tapak tangan ke lengannya lari.Jadi terpaksa dikejarkan ke hospital.Mintak2 beliau sembuh cepatlah.Doa2 cepat.

2 ulasan:

  1. pesal kelakar sgt bteh bgado nih?
    ahahahhaa.
    gileh klakakaaaaaakakakaa.
    hahahaha.

    ntah la klo den ado kek situ skli.
    mau je den ktawa bguling tgk bteh bgado.


    btw,manusia yg tkehel tgnnye tu nape?
    sakit tuu..joint lari.pasang besi.

    @_@

    BalasPadam
  2. hahaha..takleh serius sangat..tapi tu lah kenangan..hoho..kira bertuah la awk dapat baca cerita ni..paham sikit ngan perangai arab..diorg ni kalau bab bertengkar mulut memang hebat..tapi nak sampai berkelahi tangan tu..lambat sikit..alah..bukan bagus pun gaduh2 ni..cam kanak2.. =P

    itulah..lupa nak tanya apa nasibnya..insyaAllah okay

    BalasPadam

Kritikan membina dialu-alukan. Terima kasih.