Bismillah.
Baru2 ni aku ada bersembang dengan kenalan dari Mansourah[detail terpaksa dirahsiakan].Perbincangan kami menyentuh peri hebatnya ahli silap mata Mesir hingg dapat menyonglap duit seorang pelajar di sini dalam 2000+ Egyptian Pound.
Aku tak nak cakap pasal tragedi penyonglapan yang berlaku.Tapi pasal silap mata yang selalu terjadi di Malaysia.Nak tahu lebih lanjut tentang penyonglapan di Mesir [klik sini]
Tudung On-Off
Nama pun macam best je.Pertama kali aku dengar istilah ni dari seorang yang aku sanjungi bila aku tanya dia kenal tak seorang muslimah ni.Dia kata kalau tak silap dia tu yang jenis on offkan.Aku pun tanya balik on off apa.~Alaa.. tudunglah..sekejap pakai sekejap tak.Tambah satu lagi istilah aneh dalam kamus hidup aku.
Suatu keadaan yang menjadi kebiasaan masa kini.Dulu mungkin yidak, tapi mungkin atas dasar kesedaran beberapa pihak yang berpengaruh telah berjaya mengubah trend berpakaian remaja zaman sekarang.Sebab kalau nak dibandingkan dengan zaman 50-an dulu, perempuan pakai selendang pun orang dah anggap warak tahap dewa.Sekarang mungkin banyaknya kesedaran dan masyarakat sudah mula baca Quran dan terjemahannya, maka trend bertudung pun sudah mula meresapi lantas menjadi budaya pada masa kini.
Ada yang menjadi pemakai tegar, ada juga tidak langsung ada juga yang sekali sekala.
Yang pakai tudung sekali sekala ni kenapa diorg pakai tudung?
Mungkin teman lelaki dia mintak kot
mungkin dia perlu masa untuk menjadi pemakai tudung yang tegar
mungkin dia malu dengan kawan2 dia yang up-to-date
mungkin dia rasa tudung ni tak sesuai dengan sesetengah tempat yang dia nak pergi
mungkin dia perlu pakai tudung untu menghormati majlis atau tempat
mungkin kadang2 dia rasa lebih cantik bertudung
mungkin dia pakai bila dia malas nak sikat rambut
mungkin iman dia naik pastu pakai tudung, bila turun buka balik
mungkin dia rasa tudung ni macam biskut, sekejap ada sekejap tiada
mungkin tudung dia dah kusam sebab dia ada satu je
mungkin dia tak tahu kewajipan menutup aurat
mungkin dia percaya yang Allah hanya wujud kat kubur, masjid, dan waktu2 ibadat je
Segalanya mungkin...
Apa2lah.Sebenarnya tudung bukanlah satu masalah yang perlu ditimbulkan sebab tudung ni khusus.Sepatutnya tumpuan harus diletakkan kepada perkara yang lebih umum, iaitu penutupan aurat tu sendiri, bukan tudung je.Apa makna pakai tudung kalau pakaian yang lainnya KSS[pakej pakaian perempuan zaman ni ketat,sendat dan singkat].
Bahkan lagi buruk bila tudung diragakan bersama pakai KSS ni.Pada aku baiklah pakai pakaian yang longgar dan tak bertudung dari pakai tudung dan pakai KSS.Sungguh buruk rupanya, kerana tudung tu merupakan Syiar Islam kerana Islam satunya2 agama[setakat yang aku tahu] mengira rambut perempuan itu sebagai bahagian yang perlu dilindungi dari pandangan liar lelaki.Bila digandingkan hak dengan yang batil kan buruk pandangan orang yang melihat.
Lagi2 tudung sekarang ni menjadi trend dan bukannya pakaian Taqwa.Lebih mengejar kecantikan dari menutup aurat.Sedih, kenapalah kaum wanita ni dengan rela hati menjadi alat pemuas pandangan lelaki2 yang tidak dikenali, suka di puji.Suka kalau orang beri perhatian walaupun semua yang diberi tu PALSU.
Apalah gunanya mereka pamerkan kecantikan anugerah ilahi kepada lelaki2 yang tak dikenali, seronok sangat ke bila lalu ada orang tengok.Lalu kat depan kaki lepak ada jantan siul, best ke?!
Kenapa jadi macam ni.Nak kata jahil, macam mustahil pulak.Punya lah banyak sumber yang diorang boleh korek, gali.Perkara yang tertulis lebih 1400tahun pun tak tahu.Kalau ada lagu, cerita, game, gosip dan gadget terbaru cepat je tahu.Padahal semua tu tak boleh bela kita kat akhirat.
Wahai perempuan pakailah pakaian yang digariskan syariat sebab anda sebenarnya berpotensi membawa 4 orang lelaki yang anda kasihi bersama dengan anda merasai azab kelak di akhirat.Nama pencalon2 tersebut ialah;
1.Ayah
2.Saudara lelaki
3.Anak lelaki
4.Suami
Jangan jadikan mereka mangsa kejahilan anda.Bertaubatlah sebelum terlambat...
salam ipan.......
BalasPadamhahaah,istilah tue dah lamer la wak...
tp bagus gak coz ada manfaatnyer erkk.....
salam perokoksoleh.
BalasPadamistilah on-off ke,dah lama?
aku tahu pun masa aku balik Msia thn 2005 dulu..ni citer lama gak r..
tapi teringatkan..uhuh