Isnin, 9 Jun 2008

Kenapa harga barang/cukai selalu naik lepas pilihanraya?

Bismillah.

Izinkan aku bagi sedikit pandangan tentang kenaikan harga barang dan cukai.Kenaikan harga barang kebiasaannya berpunca daripada permintaan yang melebihi daripada pengeluaran barang tersebut.Maka mengikut teori permintaan, apabila permintaan lebih dari barang yang ada.Maka secara automatiknya kuasa menaikkan harga berada di dalam tangan penjual.Tetapi perkara ini boleh dikawal dengan campur tangan kerajaan.Dan adakalanya juga disebabkan cukai yang dikenakan atas barangan tersebut.Cukai fungsinya untuk mengawal harga barang agar tidak terlampau murah sehingga menyebabkan pembaziran.Juga untuk memastikan pengagihan harta negara dirasai oleh seluruh rakyat.Justeru hasil2 cukai dilaburkan dalam pelbagai bentuk pelaburan yang mendatangkan keuntungan yang besar untuk kebaikan rakyat sendiri.
Jelas, kita melihat bahawa cukai sebenarnya mempunyai matlamat yang positif(pada awalnya).
Apa yang aku hendak perkatakan disini ialah mengenai harga barang yang naik disebabkan cukai, yang anehnya paten ini biasanya berlaku selepas pilihanraya.Tidak dapat dinafikan bahawa perkara2 lain turut menyumbang kepada kenaikan harga komoditi sendiri.Tetapi wujud juga paten yang seperti ini.Aku bawakan contoh agar mudah difahami.

Ada 4 buah pasaraya besar di Kuala Lumpur.Masing2 bersaing antara satu sama lain.Persaingan antara pasaraya tersebut amatlah sengit.Bosan dengan persaingan yang sihat itu, mereka membuat mesyuarat yang pada akhirnya mencapai kata sepakat yang mereka akan mengumpulkan pelanggan2 setia mereka untuk menandatangani perjanjian untuk membeli dari pasaraya mereka sahaja untuk tempoh 3 tahun.Satu suruhanjaya telah ditubuhkan untuk memastikan kelangsungan pertandingan ini.Tempoh ialah satu bulan.Maka berperanglah mereka dengan cara yang dianggap halal oleh pihak masing2.Ada yang memburuk2kan pasaraya lain.Ada juga yang merendahkan harga serendah2nya.Tak kurang juga pasaraya yang mejanjikan harga tetap untuk tempoh 3 tahun tersebut.

Tetapi ada juga yang bertindak dengan menghadiahkan sejumlah wang bagi pelanggan yang menandatangani perjanjian dengan mereka.Natijahnya; Mereka mendapat pelanggan yang teramai.Namun beban hutang yang ditanggung oleh mereka amat besar berikutan kempen mereka yang menelan belanja yang banyak.

Jadi sidang pembaca, apa agaknya yang dilakukan oleh pasaraya tersebut?Kerana perjanjian telah dimeterai antara mereka dan pelanggan, antara langkah yang aku sendiri akan lakukan kalau berada ditempat mereka ialah dengan menaikkan harga barangan keperluan harian untuk menampung kembali kerugian dan hutang yang ditanggung oleh pasaraya terbabit.

Serasa aku, teknik ni memang diguna pakai di kebanyakan tempat di dunia ni.Entahlah, amanah seakan2 dah tak wujud.Sekian.

Wallahua`lam.

1 ulasan:

  1. Ralat; Teori Harga..bukan teori permintaan..ni pun kalau tak silap.

    BalasPadam

Kritikan membina dialu-alukan. Terima kasih.