Sabtu, 28 Jun 2008

Perjalanan ke Dumyat

Bismillah

Selasa lepas aku telefon pakcik P.Kali pertama setiausaha beliau mintak telefon lagi 30 minti.Lepas 30 minit tu aku telefon lagi.Tepat 30minit..hrmm..masa tu pukul 12 tgh, tak dapat juga, beliau tiada, haishh..apa punya janji daa.Keletihan~~tertidur .Petang tu ada tiga orang pendakwah bebas datang, memberikan khabar gembira kepada orang2 yang kurang rajin macam aku ni.Kata mereka Markaz Tabligh akan mengadakan Ijtima` Sanawi(perhimpunan tahunan) pada tanggal 4/7.Jadi sesiapa yang berminat bolehlah sertai.Ijtimai` sanawi, majils penghantaran keluar jemaah2 dakwah.Untuk tahun ni diorang ada hantar jemaah ke Sudan dan Jordan.Dan jemaah kat dalam Mesir juga.Tiada kelayakan dan kerenah birokrasi, cukup dengan keinginan sahaja.Jadi kalau ada keinginan tu jangan malu dan segan.Datang je.Terima kasih kepada Syeikh Saufi, Salahuddin dan Fajri kerana sanggup datang memberi khabar.

Esoknya aku telefon lagi, alhamdulilah dapat.Dapat cakap dengan beliau je, tapi urusan tak siap2 gak.~letih~.Tapi mujur malam tu ada orang belanja makan, huhu.Banyak gak mereka belanja KFC dengan Pizza.Terima kasih kepada yang membelanja ;) !!Kalau camnilah tetiap kali balik, korang balik setiap bulan r.huhu. =p

Aiseh.Semua orang dah balik, orang rumah aku pun tinggal aku dengan sorang lagi je.Modal dah habis dah.Nak baca buku agak malas.Nak ikut pengajian di masjid Azhar pun, rasanya tak mula lagi.Rasa je lah.Aku pun takde pi tengok lagi.Jadi sesiapa yang ada maklumat pasal jadual pengajian di Masjid Azhar bolehlah rajin2kan diri bagitau aku ek.Moga sama2lah kita dapat pahala.Memandangkan hari mendatang yang mungkin sibuk, makanya aku telah bertekad untuk membalas dendam.

Yah dendamku tehadap game..
Aku pun heran kenapa semua game yang aku main semuanya sewel.
FF10,FF12,Maximum,Tranformers dan banyak lagi game2 sengal lainnya.
Kalau buat masalah masa mula main tak pelah.
Ni dah pertengahan dan ada tu dah dekat nak habis, Macam2 masalah timbul.
Controller rosaklah, Cd takleh baca.~sigh~
Natijahnya, tak pernah habis.Setakat ni ada 3-4 je yang dapat habiskan.
Terus memadamkan minat aku kepada game.Dah mula tawar hati dengan game.

Tapi mungkin sebab kebosanan yang bakal melanda, kena lepas geram gak ngan game.huhu.X-box member menjadi mangsa.

Sambung balik...
Malam Khamis pulak aku membuat keputusan untuk membelahkan diriku dari Kaherah yang permai[sibuk, berdebu dan bising].Menuju ke Dumyat ataupun ejaannya dalam inggeris Demiatte.Aku ni agak lemah sikit dengan jalan, jadi aku rekodlah sikit pasal perjalanan ke Dumyat.Senang nak rujuk nanti.

Lepas Maghrib aku bertolak...Ahli bait aku tanya, tak nak hantar mereka ke Airpot ke?"Takpelah, takut nanti aku menangis tengok korang balik" =p.Entahlah, sebenarnya takde alasan konkrit pun.3-4 bulan ni aku takde pergi airpot melainkan kalau aku ni yang bertanggungjawab nak sambut atau hantar[jadi driver].Selain dari tu macam malas kurang semangat sikit.

9.05 : Naik bas 359[yang biasa orang pergi Kedutaan Msia]
9.45:Sampai kat Abud
10.00:Bertolak dari Abud ke Dumyat
11.25:Masuk Muhafazah Ismailiah
11.40:Berhenti kat kedai Madinah di Antarah, Ismailiah.Dalam 20min gak lepak.
12:20:Masuk muhafazah Port Saed.
12:21:Tertidur....Jadi tak tahu jalan mana.
1:30:Sampai kat Dumyat dah.Yeay, tengah mamai tu kena kejut, bayar 20junih duit tambah.Turun kat Bab el-Haras di Dumyat Qadim.Naik Microbus ke Madinah(Dumyat Gedideh[Lahjah diorang berbeza sikit])
Pastu dalam 15 minit sampai lah ke..jap..apo namo eh..So3edi..Pastu naik Microbus sekali lagi pergi U`la, dalam 5-7min.Hurmm..Tambang pi Madinah 1.25junih dan dari So3edi ke U`la 35 sen.

Pastu sampai rumah kawan.Siap2 solat.Tidur...

Sekian

p/s:Ketika pos ini ditulis, penulis telah berjaya menamatkan satu game, setelah lama ketandusan game yang dapat dihabiskan.Tepukan untuk beliau.~clap3~ =p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kritikan membina dialu-alukan. Terima kasih.