Selasa, 10 Jun 2008

Mohandiseen

Bismillah.

Adehh..Macam mana tak jumpa pulak ni.Terganggu pula aku punya rancangan nak pos pasal minyak.Kacau betul.Tengah orang sibuk2 pasal minyak ni seronok gak kalau bincang pasal tu, e tak.Memanaskan perkara yang memang dah panas memang seronok.

Alkisah, pagi tadi pergi Mohandiseen sebentar, buat urusan pasport.Dalam menunggu urusan disiapkan, sempat gak aku cari buku untuk dibaca.Buku Sejarah Singapura, ditulis oleh Haji(tak ingat nama), buku ni memang buku lama, diterbitkan antara zaman 70-80an, tulisan pun dengan cara lama.Tapi memang menarik, rasa macam nak ambil pula.Buku ni dapat menghuraikan secara ilmiah, cara perbahasan sejarah yang menarik yang kebiasaannya aku jumpa dalam kitab2 arab.Kerana penulis mendatangkan bukti2 yang kabur dari buku2 Melayu lama seperi Hikayat Melayu, Sulalatus Salatin, juga mengambil kira perbahasan ahli2 sejarah dari Barat dan Cina.Kandungan dapat menjelaskan kekaburan aku tentang asal Melayu itu sendiri.Jadi kalau korang ada pergi sana, cuba2 lah kobek almari kat tingkat 3 Kedutaan kita.

Masa nak balik pula, keluar ke jalan besar jumpa terus dengan bas 359, huh..beruntung betul beta, tak payah nak tunggu lama-lama, melompat terus naik bas(ni yang syok pasal bas Mesir, biasanya kalau lelaki nak naik/turun dia takkan berhenti habis, rasa macam sukan extreme lak).Tak lama lepas tu ada pakcik tahan, malangnya mungkin disebabkan desakan dari kenderaan2 di belakang, pemandu bas tu tak berhenti, terpaksalah pakcik yang agak `sihat` tu berlari dalam 20meter.Setibanya di pintu, beliau menggagahi dirnya yang agak besar tu naik.Sambil tanya `Dah merouwah Maydan Lubnan?`(Bas ni pergi Maydan Lubnan ke?) untuk kepastian.Sungguh pakcik tu telah melakukan kesalahan yang tidak akan dilupakannya.Memanglah stesen terakhirnya Maydan Lubnan tapi sekarang ianya menghala ke arah stesennya yang satu lagi iaitu hayyu 7.Jawab pemandu bas tu `Irkab min nahiyat tani`(Naik dari jalan yang satu lagi-seberang jalan-).Kesian pakcik tu, dah lah letih2 tunggu, terkocoh2 aku tengok beliau lari mengejar bas tu, dah dapat naik dikecewakan pula.

kesimpulannya ; Sebelum nak tunggu bas tu.Tanya2lah orang sekeliling 1-Ada tak bas atau mikrobas pergi ke destinasi yang ditunggu. 2-Pastikan arah yang anda tunggu tu betul.Ye lah kadang2 memang ada tertulis kat papan tu destinasi kita, tapi mungkin dia akan pergi ke stesen lain yang menyebabkan kita kena bayar 2 kali, duit dan masa terbuang.

Nota: Baru aku perasan yang flyover dekat Abu el-Fida st. ada tulis larangan untuk kenderaan berat memasuki kawasan Zamalek dari pukul 7pagi sampai 8malam.Jadi kalau korang nak bawak lori ke, treler ke, ingat2lah sikit larangan ni okay =P .

Sekian.Wassalam

4 ulasan:

  1. ape yg x jumpe nyer???
    x faham...

    BalasPadam
  2. biasalah..ayat kena berkias..hehe..takdelah..ada website pasal penjimatan minyak..dah jumpa dah pun..tu ada kat pos yang selepas ni..

    BalasPadam
  3. per makna mohandisen????
    wat passport kan??

    BalasPadam
  4. Mohandiseen tu ialah Jama` bagi Mohandis..atau ertinya jurutera-jurutera.Nama tempat berdekatan dengan Zamalik, tempat letaknya El-A`nab St, tempat Kedutaan M`sia

    BalasPadam

Kritikan membina dialu-alukan. Terima kasih.