Sabtu, 28 Jun 2008

Mengejar kekayaan

Bismillah.

Nak tulis sikit kelaraan aku terhadap pergerakan dunia masa kini.Seolah2 semuanya dilakukan kerana duit.Ya, aku tak nafikan kewujudan duit tu penting.Tapi tak bermaksud untuk mendapatnya kita perlu korbankan semua yang kita ada, untuk mencapai hasil yang sedikit.Hakikatnya kebanyakan orang kita mengejar kekayaan ni kerana pada sangkaan mereka kebahagiaan boleh didapati dengan duit.

Ada duit bahagia?
Betul ke ibarat ni?Kalau bahagia kenapa kita selalu baca yang kisah2 orang kaya yang tak bahagia.Dikelilingi oleh orang yang tak ikhlas bersahabat dengan mereka, anak2 yang tak sabar nak tengok diorg `pergi` supaya dapat kekuasaan terhadap duit mereka.Hidup mereka risau, risau yang kenikmatan tu akan hilang di hadapan mereka.Tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang memikirkan pasal duit.Hakikat benarkah kekayaan tu sumber kebahagiaan hanya boleh dijawab oleh mereka.

Semua orang kaya macam tu ke?

Tak jugak.Hanya segelintir pada pendapat aku, sebab kebahagiaan yang sebenar [mengikut apa yang aku faham dari penulisan Hamka dalam bukunya tasauf moderen].Kebahagiaan boleh dicapai dengan perkongsian.Penyakit yang dihadapi oleh golongan kaya yang aku sebut tadi terjadi kerana mereka mengejar kekayaan untuk kepentingan sendiri.

Haram ke jadi kaya?

Kadang2 ada terdengar pendapat mereka yang berkata dalam Islam kemiskinan itulah yang dipuji dan mengejar dunia tu dicela.Maaflah pada yang berpendapat begitu, sebab aku tak bersetuju.Kalau aku bersetujuu dengan ayat tu samalah seperti aku bersetuju mengatakan bahawa Quran itu salah
`Dan tuntutlah dari apa yang didatangkan kepadamu Darul Akhirat, dan janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia`
.Juga mereka berhujah yang saidina Abdurrahman bin Auf masuk kedalam Syurga dalam keadaan merangkak.Umum mengetahui yang beliau merupakan saudagar yang hebat, tapi tak dinyatakan pula dalam Hadith tu bahawa beliau masuk syurga dalam keadaan merangkak kerana kekayaannya.Walhal apa yang aku dapati/fahami dari hadith tersebut bahawa itu merupakan khabar gembira buat beliau dan bukannya celaan kerana yang dijanjikan dengan syurga dikalangan para sahabat hanya 10 orang!.Kita kena ingat Saidina Abu Bakar, Saidina Usman dan SAidini Umar; siapa mereka.Mereka golongan bangsawan.Ketika Nabi menubuhkan negara Madinah tanpa kekuatan ekonomi, umat islam tak mungkin bertahan.Kita boleh tilik, kaji hadith.Sahabat2 merupakan orang kaya yang memilih untuk hidup secara sederhana, duit yang mereka ada disedekah pada jalan Allah.

Mencari kekayaan yang dilarang

Pad aku kekayaan yang dicela ialah kekayaan yang melalaikan diri hamba kepada penciptanya.Juga hasil yang didapati dari sumber yang haram.Agak letih juga aku tengok bila manusia sekarang terlampau mengejar kekayaan hingga halal haram di ketepikan, saudara mara dipinggirkan.Hatta kalau dia kaya sekalipun apalah gunanya, kebahagiaan yang dicari tu takkan dia perolehi.Muktamad; TAKKAN DIPEROLEHI!

Natijahnya, sebab nak sangat kaya.Maka sertailah mereka skim cepat kaya.Kadang2 aku faham, mereka ni terdesak, dah bosan di pandang rendah.Anak2 sekarang pun dah reti demand macam2.Nak ni nak tu.Buat mereka tertekan dengan hidup misin.Jadi masuklah melaburlah mereka dalam pelaburan yang entah halal entah haram.Ada je bukti pendaftaran dll.Terus percaya!Sekalipun diorang berhsil menjadi kaya ikut jalan ni buat apa, rezeki tak berkat, rasa aman takda dalam hati.Asyik risau je.Buat apa duit banyak kalau ketenangan takda.

Mencarinya dalam keadaan sekarang

Desakan zaman sekarang ini menuntut kita mencari kekayaan tapi biarlah secra sederhana[maksud aku sehingga tak terabai tuntuan agama yang wajib], kerana aku lihat tak sedikit orang yang menjual agamanya sebab desakan hidup yang susah.Jadi selagi mana kekayaan tu dapat dicapai melalui jalan yang halal, gapailah.Kemudian hasilnya kongsilah dengan mereka yang tidak mampu.InsyaAllah keahagiaan akan datang.

Aku bosan sebenarnya dengan golongan ni.Aku fahami sebab2nya.Tapi aku tak berani nak kata lebih2, aku tak diuji lagi.Makan pakai pun orang tanggung[buat masa].Cuma minta lindunglah dari penyakit mabuk kaya yang dah pun membutakan banyak manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kritikan membina dialu-alukan. Terima kasih.