Jumaat, 30 Mei 2008

Resepi Ketupat Palas Nona

Bismillah.

haa.kali ni aku nak ajar korang satu resepi.Senang dan pasti menjadi.Korang ikut arahan ni k.

Penyediaan:
Beras Pulut, Krimer bukan tenusu, Garam dan perasa yang dibenarkan.sedikit duit dan kedai yang menjual ketupat Palas Nona

Cara2:
Masukkan 8 ketupat palas Nona ke dalam 3liter air.Rebuskan dengan api yang besar.

Kacau ketupat palas Nona sehingga air mendidih.Kemudian rebuskan dengan api kecil selama satu setengah jam

Akhirnya, biarkan ketupat palas sejuk sebelum memotong.

Sekarang dah boleh makan.

Nota:Boleh dimakan dengan rendang, serunding atau kaya(aku tak tau cmna dia boleh cadangkan kaya, dahlah pulut, sebal perut)

ni la yang aku masak.Sebb ada serunding baru dapat.Ada tetamu dari Sudan datang terima kasih kepada Keluarga Pakcik Taib atas serunding tersebut.

nilah rupanya..

Hoho..aku nak pi bertapa kat darul Rahim jap.nak ulang balik Quran.Nak periksa bertulis Quran Selasa pastu Lisan Rabu.



p/s:Baru ku tahu pelajar tahun satu di kuliah ku mencecah 7530 atau 7350..tak ingat mana satu yg betul.Sbb no giliran dia mencecah angka tu.Dahsyat tul.huhuhu.

Lepas ujian Business

Bismillah.

Habis dah imtihan Business.Tinggal lagi 2bertulis(Quran dan Sumber Ekonomi) dan 1 lisan (Quran).Banyak gak ni nak kena ulang, 5 juz.Harap2 sempatlah, sbb syafawi Rabu depan 4/6.Doakan kejayaan aku!!

Balik tu..Aku singgah Arma ada hal sikit.Pastu member aku tanya
`Ada tak orang yang nak pergi Jordan, aku nak ikut.Kalau boleh dalam bulan6 ni lah.Aku nak ikut seberang je(naik kapal laut).Nanti bila sampai sana nafsi2 lah`.
Jadi ada tak kawan2 korang yang nak pergi Jordan.Member aku ni dia nak teman seberang laut je.Kalau ada tolong bagitau aku, okay!!

Pastu malam lak aku balik.Kena masak pula.Gasak lah, yang nak makan pun ahli bait aku je pun.hoho.Apa aku masak eh, jap.Baru ingat.Ayam kokki ngan sayur salad+ikan masin.

Malam tulak.Pas maghrib ada majlis perasmian umah Kedah.Baru buka, ust Azizan pun turun nak rasmikan.Sebagai seorg pelajar yang berhemah dan prihatin kepada bakal2 jiran aku(umah dekat je ngan umah kedah), aku pun pergi lah.Tapi aku balik awal, sbb pening kepala dari memeras otak utk imtihan business masih tak hilang.

Pastu Muammar(ahli bait aku) balik bawak nasi bungkus.Terkocoh2 aku siap2, hilang jap aku nye pening pala.Tp sungguh mengecewakan.Nasi dah habis! :( . Sedih...Tu je pun niat asal aku datang.

Wassalam.

Rabu, 28 Mei 2008

Aku,Akhbar,Tabloid dan AF

Bismillah.

Hmmm..nak tulis apa eh?

Pagi Semalam : Pergi periksa Feqah
Tghari Semalam : Lepak kat Arma
Ptg Semalam : Habiskan tgh campaign Warhammer
Malam Semalam : Balik, Makan, Tidur. +an skit, ulangkaji!!
Pagi ni : Baca berita kat mawifc(Pengupload berita bergambar ni banyak ambil berita dari Metro,Utusan dan Harakah)Harakah ni dimasukkan pasca PRU.

Mari bersama2 kita kritik Akhbar,tabloid dan Af.

Setiap hari ada je perkara baru.Pelik2 pula tu.Metro ni mmg merapu tullah.Khalwat,Zina,Rogol,Bunuh,Samun tu je yang menjadi keutamaan akhbar diorg ni.Macam manalah minda bangsa sendiri nak bangun kalau asyik fokus dengan perkara2 ni.Bukanlah aku bermaksud nak memperkecilkan perkara yang diorg nak ketengahkan tu.Tapi apa kebaikannya dengan mendedahkannya.Aku cuma rasa, secara tidaklangsung. Laporan2 camni menggalakkan pembaca untuk memcuba.Lebih2 lagi kebanyakan pembaca diorg ni dalam lingkungan 16-30.Pendedahan yang berterusan camni hanya akan membuatkan orang yang ada niat untuk melakukan berkata camni ~Banyak orang dah buat~ .Mereka semakin berani melakukan kejahatan tersebut.tak hairanlah kalau diorg buat liputan banyak2 pasal isu ni pun tak terawat juga gejala ni.Cuba tengok apa yang Majalah lucah `Mastika` buat.Lepas macam pendedahan dibuat (dengan Cover mesti ada tulisan &@^#*($..huh bajet tgh sensorlah..padahal gimik je..nak peralatkan minda anak muda yang lemah) apa perubahan yang mereka lakukan.Bahkan dalam tu ditulis dengan hampir terperinci macamana diorg melakukan maksiat.Membuatkan yang tak berniat, mula pasang niat.Dan yang tgh buat lebih berhati2 dan bijak dalam melakukan jenayah/maksiat.Kenapalah diorg takleh buat majalah sebagus Reader Digest.Barulah best.Ni bila ada tekanan kewangan sikit terus berubah kepadan majalah, akhbar, tabloid yang `murah` dan tak berpegang kepada etika kewartawanan.Buat liputan pada perkara bodoh2 camtu.Pendedahan pasal perkara ni perlu juga, tapi biarlah dengan cara yang lebih terkawal, berhemah dan berhikmah.Tak perlulah ayat2 dan tajuk diolah supaya menjadi lebih `panas` dari biasa.

Pasal Akedemi Fantasia pula.Rancangan yang mendapat tentangan dari segenap penjuru yang dilontarkan oleh para mufti dan ustaz2 juga datang dari insan biasa macam aku, dan anti hedonisme.Telah tamat akhirnya.Lega juga, sekurang2nya kuranglah sikit dosa dari mengumpat yang bakal dihasilkan oleh para penonton rancangan lembu ni.(huhu..sedap tul kutuk rancangan ni).Okaylah, memandangkan penontonnya ramai aku tak nak kutuk lebih2.Tapi aku nak nyatakan rasa tak puas hati aku kat sini.Pada kawan2 syaitan yg bergerak membantu meneruskan rancangan bodoh dan tak membina minda ni.Iaitu Para pengundi peserta2 yg menyertai AF ni.
Wahai para pengundi.Tak pernah terfikirkah kamu.Jadi aku bagi korang sebab2 kenapa korang perlu tinggalkan undi dan kalau boleh jangan habiskan masa/duit korang untuk rancangan2 macam Af ni.

Sebab2;
1:Yang Astro ni nak perah duit korang.Ada ke patut satu undi tu boleh sampai rm10.Tak pelik ke.Nampak sangat terdesak.Tapi masih ada lagi orang yang undi.
2:Jangan biarkan bangsa korang berterusan me`monyet`kan diri mereka dengan bantuan korang.
3:Dosa,korang ni mmg betul2 tak sekolah kalau cakap rancangan ni halal.
4:Pembaziran, dengan ini secara automatiknya korang dah dapat title kawan syaitan yang sejati.
5:Sumber umpatan, Ala.biasalahkan lepas satu2 konsert tu mestii adanya program mengkritik yang tak rasmi subjeknya, peserta/pengkritik/hos.
6:Pembaziran masa, dah banyak sangat ke amalan korang sampai 2jam dibazirkan untuk tgk org menyalak.
7:Zalim, korang dah tumpukan pada perkara yang tak sepatutnya.Banyak lagi perkara penting yang kita patut lakukan.
8:Korang menjamin kesinambungan program tercela ni untuk diadakan pada tahun mendatang.Jadi secara automatiknya korang membantu orang lain buat dosa, dan dapatlah saham atas perbuatan mereka.Baguskan!!
9:Korang membantu para peserta menjadi perosak di muka bumi ni.

Dahlah, cukuplah 9 sebab.Lagipun aku ada banyak lagi perkara nak dibereskan.Orang yang Allah nak bagi hidayah, cukup satu sebab pun dia berpuashati.Dalil?!, kalau korang tanya pasal dalil jelaslah korang ni tak pernah baca Quran dan kalau korg baca pun tak pernah paham atau berusaha memahami Quran tu.Sedarlah kawan.perkara ni bukan main2.Nanti puas kita menjawab depan Allah Swt.

Kesimpulannya.Bersama2 kita menentang kewujudan program2 hiburan yang melampau ni!Bukan Af je.Takyah sebut yang lain2 tu sbb aku rasa korang pun tau.

Sekian dulu.

Ahad, 25 Mei 2008

Lepas ujian Statistik

Bismillah.
Owwh..Mental ku semakin tak stabil.
Apakah yang telah berlaku pada diriku!?

Kerana examkah?atau dosa2 silam.Cehh.Apa2pun moga kecelaruan ini berlalu pergi

Aku dah dapat bayi terbaru.Baru je beli.Comel gak.Bayi lama aku dah tolak.Ada banyak feature pun tak guna kalau tak pakai kan.Baik pakai yg simple.Ye tak?


Alamak..aritu aku nye buku kena kebas, hari ni lak..Aku sendiri yg tinggalkn buku tu.Buku pun boleh tinggal.Patut le masa blk cm ringan je.Apa mau jd daa.Balik tu pulak boleh masak air.Aku pun tak sedar kenapa aku jerang balik air.(huh, tak sedar tu).Mujur jerang air.Buatnya bakar....kan haru.

Masa aku tulis tgh chat ngan abah.Dapat maklumat kata Ayahngah(abg ipar mak aku) aku tgh sakit.Jadi buat korg pembaca setia blog aku ni.Doa2kanlah kesejahteraan beliau.Dan kejayaan aku dalam ujian thn ni.

Ujian ini membunuh aku.Ohoho.

Khamis, 22 Mei 2008

Lepas kertas Aqidah dan Akhlak

Bismillah.

Pagi ni baru Aqidah dan akhlak.Dengan berlalunya kertas ni maka tinggal lagi 5 periksa bertulis dan 1 periksa lisan.

sedih betul, taktik `Pasti Lulus` aku tak menjadi.Tapi nak buat macam mana.Mende dah lepas.Nak menyesal pun tak guna.Apa yang penting 5 kertas yang mendatang.Moga2 ada lah kekuatan nak ulangkaji subjek2 mendatang.

Sejak kehilangan buku Akaunting aku.Aku dah jumpa tempat strategik untuk simpan kitab aku.huhu.Tahniah untuk diriku.Dan aku nak tarik balik, mungkin kitab aku tu bukan dicilok, cuma orang tersalah ambil.Sebab masa tu pun aku letak tepi dinding je.salah aku gak letak merata2.

Walaupun periksa kali ni mcam x best je, tapi jawapan yg kita tulis tu asbab utk lulus je.Yang bagi kita luls ialah musabbab(Allah).Jadi sama2lah kita doa moga2 kita sama2 lulus.

Balik cepat2, berkhidmat utk agama!

Selasa, 20 Mei 2008

Perkara2 aneh yang berlaku dalam tempoh UJIAN.

Bismillah.


Sempat lagi mengupdate Blog dan men`tenet`

Walaupun jarak hari ujianku hanya 1 hari@3 kali seminggu.Masih sempat lagi aku mengupdate blog ni.Siap ubah templat lagi.Walaupun cubaan pertama gagal.Tapi alhamduillah berjaya dirawat kembali.Tp bagus gak eh.Ini tanda2 tahap ketenangan aku sudah semakin baik.hoho.Tak terkesan dengan keadaan, sentiasa `kool`.Ni pun baru balik dari ujian psikologi dalam pengurusan pejabat(bunyi cam bagus je).Alhamdulillah, bolehlah berpuas hati sikit dgn jawapan kali ni.Tak macam akaunting yang dah lepas.Apa pun, tawakkal je yang tinggal.Dan doa dari kamu semua.

*******
Masa kertas akaunting

Ke`suwey`an berlaku.Dah la kelamkabut nak ulangkaji.Malam periksa baruk kontak org2 berpengalaman untuk memahami mende2 asa.Haishh.Takde peluang sbenornya nak tanya diorg ni.Sbb dulu ingat kalau muhadharah hari2 boleh faham scara autimatiknya.Tapi tak juga. :(

Pagi ujian tu lak, aku datang awl sbb nk cari bilik peperiksaan.Sbb dah datang awal, bawak la buku teks untuk mengisi masa2 luang.Alih2 bila masuk tak leh bawak masuk dewan lak buku, beg dll.Masa tu dah pukul 9.45.Sbb tak nak lewat, letak je la kat atas dinding.
Habis periksa, ~bukuku hilang~.Arghh.Buku teks pun nak cilok ke?sedih tul.Melayang 20junih aku.

******
Main PES

Berpandukan kepada nasihat2 orang pakar, agar tidak terlalu menekan diri.Maka natijahnya aku pun memainkanlah PS kesayangan abang2ku.Tapi yang tak syoknya asyik kalah ngan top player.

*******
Merempit dengan Matrix

Masa tengah2 ujian ni lah orang sibukkan.Yang bestnya aku pun ikut sibuk sekali.Nak buat camna orang dah mintak tolongkan.Kena tolonglah.Takkan nk biarkan deme menahan teksi di malam2 buta nnti.

*******
Ambil lesen

Ni lak ahali(jama` ahli) bait akunya kisah.Masa tengah tmpoh peperiksaan ni la diorg sibuk nak ambil lesen.Nak siapkan sebelum balik Msia.Nampaknya sikit lagi smua ada lesenlah.Boleh merempit di lebuhraya Mesir.Tinggal kereta je xde.(ada org nk support tak?)Aku je yang memandu secara haram dibumi Mesir ni sat lagi.Sapa2 yg pernah terjemah lesen CDL. Hubungi aku ye.

*******

Boleh pulak terlupa nak tambah.Aku tak faham, kenapa masa dekat2 ngan periksa ni bila aku baca buku boleh lak faham, walaupun sebelum ni aku baca gak, dan sesetgh kitab tu dah habis baca pun, tapi kefahaman dari pembacaan tu macam takde.Kenapa ek?Memang benar ilmu tu datang dari Allah.Namun sunnatulLAH menetapkan bahawa semua terjadi dengan asbab.Jadi kepada para saintis yang membaca surat ni boleh terangkan tak apa sebenarnya yg berlaku?

Sekian dulu untuk surat kali ni.Wassalam.

Ahad, 18 Mei 2008

Tag

Bismillah.

Tag owh tag.Apakah tag ini?
Aku pun tak pasti gak makna sebenarnya.Sebb bila check kat dictionary.com banyak sangat ertinya.X taulah mana satu definisi yg merujuk kepada tag yang baru ditimpaku ni.huhu.
Apa2 pun okay gaklah.Disamping merawat kebosanan dan juga ketensionan melayan buku di waktu periksa ni.Layan je la.

7 Fakta Mengenai Saya

1.Slalu tension.Dibuktikan dgn gambo2 lama aku dlm album kt umah.
2.Suka dengar lagu/nasyid2 lama.Terutama lagu yang popular zaman aku kecik2 dulu.Terkenang woo.
3.Agak `kekok` bila berhadapan dengan makhluk yang menghasilkan hormon berlainan.
4.Manga mania.Skarang ni pun tgh ikut 6siri komik yg di update mingguan.
5.Malas pegang tanggungjawab.Tp jrg aku tolak-cari pengalaman punya pasal-.Bukan GPnya hal.
6.Tak suka tdo.Cuma akhir2 ni je slalu.Tak tau knp?
7.habis 2008 ni genaplah aku 6 thn kat sini.Antara sbb2 yang mmbuatkan aku makin malas.Klau plaja tib.Dah dekat nk balik da ni.Klau pengajian islam lak, dah siap boleh buat master tak pun darul ifta`

7 Perkara yang menakutkan saya (di dunia)

1.bangun tidur sedar2 semua makhluk hidup da xde.Klau boleh truskan hidup pun punya la bosan
2.Sangkut tahun kat kuliah.Malas tul nak lama2 kat sini.
3.Barang yang aku beli mahal2 secara ansuran hilang/curi/rosak disaat x hbs byr lg.Kerugian yg nyata.
4.Berdepan dgn org.Ucapan umum(public speaking etc).Kena banteras nih.
5.Nak masuk kelas utk jawab syafawi.
Setiap kali pun sama, gementar x ingat dunia.
6.Tempat tinggi yg pengadang nya bawah dr pingg
ng aku.Rasa macam nk jatuh.
7.Mati ttbe, time tu lak tgh buat dosa.Huh, naudzubillah min zalik.Minx simpang.


7 lagu buat masa sekarang

1.Dinamik:Biar putih tulang.1-4 smua lagu2 lama.Syok layan.
2.Joey Mcintyre:Stay the same.
3.
Hattan:Rendang tak berbuah.
4.Nazrey Johani:Masih basah.
5.Mawi:Lalok dan sedar(huahuahua)
6.Simple Plan:unPerfect.Lirikny aku suka
7.Alaqsa:Sanakhudu.Naik smangat dengo.cuba r

7 perkara yang saya selalu sebut


1.TIDAK!!Apa yang berlaku. Melihat perancangan yg x dapat diselasaikan.sedih tul.
2.Arggh, serabai betullah. klau tgk bilik,umah dan diri yang tak teratur.
3.Aku mengahrapkan keajaiban.Merujuk kepada peperiksaan yg bakal ditempuhi.usaha krg tp nk lulus gak.
4.Ngantuk lagi. Tdo dah banyak.Haiish
5.Haiish, shiba(disensor,tapi biasanya x hbs la.stakat haishh je.terpangaruh citer Korea)
6.Letih r camni. Mengeluh punya stail.Harap2 boleh berhenti.huhu
7.takleh blah doe. Bila melihat sesuatu yg merapik dan jauh dari realiti.Terutama filem2 murahan dan game PES, Komputer main x jujur.

7 Perkara yang amat bernilai

1.Pengalaman.
2.Silaturrahim.
3.Masa yg dihabiskan dgn org tersayang.
4.Agama tentunya aka nikmat iman dan islam(knp la aku lambat bubuh, tempat ke4 gak aku letak)
5.Kepercayaan orang.Moga2 aku x khianati orang yang percaya kat aku.Amin cepat!!
6.Masa yang telah lepas dan akan dtg.
7.Hadiah2 yg aku dpt.Ada la bbrp ketul.

7 `pertama kali` dalam hidup

1.Blaja luar negara.yah tiru jawapan Affan.
2.Aku main tenet masa umo 12thn ayah aku ajar.Terima kasih abah!
3.Jawab mende2 tag ni.Dahla time periksa.huhu.(affan buli aku)
4.Hp aku ada masa 2003, 3310.tapi dah rosak sbb aku ***** rahsia tue.huhu.
5.Mencari `seseorg` , bermula secara serius 2thn lepas.Ada org nak tolong. :p
6.Berblog ni, utk express perasaan, belajar menulis dan try jana duit.tu blog aku kat wordpress.Moga tercapai maksud.
7.Balik Msia sejak diperantauan masa 2005, 6 bulan trus aku tibai.Mujur tiket 6 bulan je.Klau stahun mungkin dah kat exam baru balik.Atau tak balik trus.hehe. :p

7 Orang bertuah yang kena jawab TAG ni

1.Kaklang.
2.Bancik.
3.Busri.
4.Mun3m.
5.Koled.
6.Ameerul.
7.Umar.


Mujur la cukup 7org.Kalau tak aku buh nama ko balik wahai affan.Kepada yang kena tag, kalau rajin jawab r.Memandangkan tgk korgnya yg x update2 (padahal sbb xde org lain dah).

Surat ni aku buat auto pos.Bermakna aku tulis bukan time ni.Jadi jgn risaulah ek.Tengah nak periksa ni.Jadi doa2kan moga2 Allah bantu aku masa peperiksaan ni.Kertas hari ni Akaunting.Harap doa korang.
Moga keajaiban terjadi!!

Jumaat, 16 Mei 2008

Jumpa gak!!

Bismillah.

Malam tadi punya hal.Akhirnya, dapat juga aku memiliki dompet yang ke4.Woha~yay~Shiok!!
Tahniah untuk diriku.Setelah lama mencari akhirnya ketemu juga.(Puas ronda2 Genenah ngan Hussain)Walaupun sebenarnya aku nak cari yang jenis lipat 3, yg takde perekat, warna hitam.Tapi tak berjumpa.Alih2 beli juga yang macam ni.Kira okaylah.Nampak muda skit.~huhu~.


Bahagian dalam.Siap ada tempat letak Simkad tu!~.Tapi kena halang ngan kertas Billabong tu.
Dari luar

Amacam cun tak?Mungkin tak cun pada mata korg, tapi kira okaylah.Janji boleh letak duitkan.Lagi elok dari yg dulu nye.
Dah lonyai dah pun.Zip pun dah rosak.Nak buat camna, barang Khan Khalili je pun.Harga pun 10junih.Tapi Alhamduilillah dah banyak berjasa kat aku.

Moga dompet Billabong ni boleh berkhidmat lebih lama.Amin~~

~Sempat lgi aku update~

Selasa, 13 Mei 2008

Bahasa Identiti Bangsa

Bismillah.

Tertarik lak aku nak ulas pasal Bahasa Melayu.Sbb aku baru baca dlm surat pembaca utusan (Forum).Aku mmg suka baca surat pembaca ni sbb biasa dia highlight ketidakpuasan umum.Kira cam berita hangat yang berlaku kat Msialah.

Aku pun baca lah tulisan sorang hamba allah ni yang kecewa dengan kedudukan Bahasa bangsanya.Iaitu bahasa Melayu.Disini aku poskan surat beliau.(Malas nak letak link sbb nnti link tu dipadam)

APA pasal anak-anak kita tidak pandai bahasa? Kita bukan bercakap mengenai bahasa Inggeris tetapi bahasa Melayu.

Kenapa anak-anak Melayu tidak pandai bahasa Melayu? Jawabnya mudah sahaja. Tetapi kita sekadar ingin beri dua sebab sahaja yang semua orang sudah pun maklum.

Sebab pertama ialah kerana orang Melayu terutama orang Melayu terpelajar - sangat gemar campur bahasa (Melayu dan Inggeris) bila mereka bercakap dengan anak-anak mereka.

Malah ada orang Melayu yang terus menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya bila mereka bercakap dengan anak-anak mereka. Itu pun mereka tidak menggunakan bahasa Inggeris baku atau standard.

Mereka sekadar menggunakan bahasa Inggeris ‘pariah’ atau bahasa Inggeris kacukan.

Sebab kedua ialah penekanan melampau terhadap penggunaan bahasa Inggeris sejak anak-anak mereka masih kecil lagi. Anak-anak mereka jadi keliru.

Pepatah Melayu ada berkata kalau ingin melentur buluh biarlah semasa ia masih rebung lagi. Dalam kes anak-anak Melayu, rebung itu dilentur menjadi bengkang-bengkok dan sangat serabut.

Perbendaharaan kata bahasa Melayu dalam akal anak-anak Melayu menjadi sangat lemah. Ia bercampur-baur dengan bahasa Inggeris pariah dan menjadi sangat sukar untuk difahami. Hal ini dibawa mereka dalam akal hinggalah mereka dewasa.

Dalam kes perbendaharaan kata, cuba tanya anak-anak kita apa beza antara pantun dengan pontun, apa beza gamat dengan gamad, apa beza kerusi dengan kursi.

Cuba tanya mereka lagi apa beza antara rasmi dengan resmi, apa beza cekak dengan cekek; apa beza mengeluh dengan mengheloh dan apa beza kirim dengan hantar.

Malah cuba anda tanya anak-anak kita apa beza antara penjahat dengan penjihad. Mereka akan jawab, ahh sama saja, dua-dua pun penjenayah juga.

Jadi, apa yang boleh kita buat? Apakah ada jalan penyelesaian mudah kepada masalah ini?

Biarlah kita serahkan jalan penyelesaian masalah ini kepada seluruh umat Melayu.

MANSOR AHMAD SAMAN


Aku mmg nampak cmni pun.Kerap kali terjadi klau anak2 melayu yg lahir kat Negara2 yg bahasa utama diorg Bhs inggeris.Mereka biasanya tak lancar berbahasa melayu atau mungkin x boleh langsung.

Era globalisasi nnti mungkin akan menghapuskan bhs Melayu scara beransur2.Yang mungkin tinggal Bahasa Melayu dialek Indonesia.-Aku pernah jumpa orang Cina Indonesia, fasih betul bhs melayu diorg-

tapi x dinafikanlah bhs inggeris mmg penting, cuma janganlah sampai yg dikejar x dpt, yang dikendong berciciran.Bahasa Melayu hampas.Bahasa Inggeris pun merapu.

Tengok cerita pun Melayu pun sikit2 nak cakap Inggeris.klau nak cakap inggeris, cakap biar penuhlah.Ni mcm sampah.Contoh:
Dahlah langgar orang, nak blame us pulak!

Petikan dari satu drama yang aku cukup benci, sbb sorg pelakonnya aku anti tahap dewa punya.

dah r malas, nak merapu lagi.Baik sambung blaja.Periksa nak dekat dah.

p/s:Aku pun tak tau gak sbeno nya apa beza kebanyakan perkataan yang dalam surat pembaca tu.Cuma rasa seronok pulak kritik golongan yang mendewa2kan Amerika dan British ni!!

Jumaat, 9 Mei 2008

Undi~Oh~Undi

Bismillah

Bagi yang dari mula ikut perkembangan blog aku ni, mesti perasan yang aku ada pasang poll tanya berapa kali Anda pernah bersua dengan hantu.
Jeng~jeng~jeng.
Dekat sebulan lebih.5 orang je yang vote.Dari 120+ pengunjung, 5 orang je.Ishk2.Korang tak prihatin.hoho.
3 undi tak pernah 2 orang undi pernah lebih 5 kali(huish banyak kali tul dia jumpa).teringin nak tahu siapa yang undi tu.
Aku?Aku undi tak pernah jumpa.aku teringin gak nak jumpa(`Awak ni..mintak mengarut2!` ujar ibuku).Bukan berani sangat pun.Dan tak berniat pun nak buat kerja mengarut cam Seekers and da geng.Kalau terjumpa okaylah gak.Ada gak modal aku nak bercerita klau terserempak dgn fanatik2 paranormal ni.Cuma biarlah dalam keadaan selamat(klau jumpa masa tengah memandu ke, kan haru jadinya)

La ni aku nak bermesyuarat ngan korang.Apa yang korang rasa aku patut lakukan pada cuti musim panas ni?

korang faham tak pilihan2 tu?Klau tak faham tanya okay!.Boleh aku jawab kat komen.Malu bertanya sesat jalan.

Apa lagi.Undilah!

Rabu, 7 Mei 2008

Surat

Bismillah.

Surat~surat.
Apa best ngan surat ek?Xde pape pun yang best ngan surat.Betulke?Camna klau surat tu dtg dari orang yang kita sayang.Mesti best kan.Tambah pulak surat tu datang dari jauh, pengirim lak orang yang kita dah lama tak sua muka.Bertambahlah kebestanannya.Ye tak?

Tapi kekadang pelik gak.Kenapa orang Msia kat sini suka kirim surat dari Msia(kirim kat orang suruh pos kat Msia)
Tapi kan lagi best kllau surat tu bersampul yang ada ciri Mesir, tambah lagi dgn setemnya.Baru nampak macam perantau.X g2?.huhu.

Kali ni baru aku dapat rekodkan secara betul2.Poskad dan surat yang aku hantar dah sampai rumah.Untuk pengetahuan korang ni bukan kali pertama.Cuma surat2 yang sblum ni klau sampai pun aku tak pernah tahu hari yang betul2 surat tu sampai.Biasanya klau aku tanya jawapannya camni
`ada la beberapa hari/minggu/bulan lepas, tak ingat sangat la`
.Jadi baru2 ni aku ada hantar poskad ngan surat.Alamat,Masa,Peti surat,Nilai setem,Penerima semua sama,Tapi yang peliknya sampai pada tarikh yang berbeza.(pelik2).Tapi alhamdulillah lah sampai gak.

Poskad 9 hari dipos 15/4 sampai 24/4
Surat biasa 20hari dipos 15/4 sampai 5/5

Pelik2, Aku tak paham kenapa.Korang?

Sabtu, 3 Mei 2008

Google adsense bikin masalah?

Bismillah.

Korang ada nampak tak surat aku yg bertajuk `terima kasih sahabat tu`?.Tu sebenarnya surat yang aku nak cuba feature yang ada kat dalam blogger.com ni.Dan aku dah terangkan dah apa feature yang aku nak cuba dalam surat `Update terbaru`.
Cuba teka sebab aku ungkit balik hal ni?.Sebabnya hari ni blogger.com dah iklankan yg dia dah menyediakan perkhidmatan tu.Caranya korg letak dalam draft dan setkan tarikh.InsyaAllah akan terpos secara automatik pada tarikh yang korang sediakan tu.

Habis dulu pasal tu.Berbalik pada tajuk surat kali ni.Hmm.Aku dah dapat maklum balas dari pihak google adsense.Bengkak hati aku.Dahlah aku join blogsfera ni (antara tujuan utama) untuk try google adsense, boleh plak diorg bg reply yg menyakitkan hati.

Masa daftar takde lah pulak aku perasan pulak yg dia hanya bagi iklan untuk bahasa yang dia support je.Member aku buat blog dalam bahasa Inggeris lepas 2jam je dah dapat daftar.Aku nye lak dekat 3minggu lepas dah verify akaun.Bengang sangat, aku anto lah surat komplen(dlam bhs Inggeris).Komplen pehal la ambik masa lama sangat nak approve.akhirnya dapat gak reply dalam bahasa Melayu Indonesia(sbb aku bgtau yang aku tulis blog ni pakai bahasa Melayu)

macamni lah rupa reply nya.

Halo,

Terima kasih untuk ketertarikan Anda pada program Google AdSense. Saat
ini AdSense untuk konten tidak tersedia dalam bahasa Anda. Meskipun
saat ini kami tidak dapat mendukung AdSense untuk konten dalam bahasa
Anda, namun kami berupaya untuk segera menawarkan pilihan ini.

Karena Anda telah memiliki Aplikasi yang terkait dalam fitur AdSense
untuk Konten, dan bahasa pada situs Anda adalah bahasa Indonesia, Anda
harus mengirim aplikasi baru menggunakan alamat email yang lain/baru.
Dalam dropdown "Bahasa pada website", silakan pilih "Bahasa Indonesia"
sebagai bahasa utama website Anda. Hal ini akan membantu pemeriksaan
kami. Untuk mengirim aplikasi baru, silakan kunjungi
http://www.google.com/adsense.

Salah satu anggota tim kami akan segera memeriksa ulang kesesuaian
aplikasi Anda terhadap kebijakan program kami.

Meskipun kami berharap dapat segera mendukung bahasa Anda, namun kami
belum menentukan tanggal ketersediaan AdSense untuk Anda.

Dengan hormat,
Tim Google Adsense


Aku tak paham apa yang surat ni bagtau.Sapa2 yang pandai loghat Indonesia tolong bgtau Aku.

Google adsense ni mmg boleh buat duit.Sbb dah ramai org try.(Aku baca kat tenetlah)

p/s;Peperiksaan dah dekat.Mohon doa korang.

Wassalam