Selasa, 13 Mei 2008

Bahasa Identiti Bangsa

Bismillah.

Tertarik lak aku nak ulas pasal Bahasa Melayu.Sbb aku baru baca dlm surat pembaca utusan (Forum).Aku mmg suka baca surat pembaca ni sbb biasa dia highlight ketidakpuasan umum.Kira cam berita hangat yang berlaku kat Msialah.

Aku pun baca lah tulisan sorang hamba allah ni yang kecewa dengan kedudukan Bahasa bangsanya.Iaitu bahasa Melayu.Disini aku poskan surat beliau.(Malas nak letak link sbb nnti link tu dipadam)

APA pasal anak-anak kita tidak pandai bahasa? Kita bukan bercakap mengenai bahasa Inggeris tetapi bahasa Melayu.

Kenapa anak-anak Melayu tidak pandai bahasa Melayu? Jawabnya mudah sahaja. Tetapi kita sekadar ingin beri dua sebab sahaja yang semua orang sudah pun maklum.

Sebab pertama ialah kerana orang Melayu terutama orang Melayu terpelajar - sangat gemar campur bahasa (Melayu dan Inggeris) bila mereka bercakap dengan anak-anak mereka.

Malah ada orang Melayu yang terus menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya bila mereka bercakap dengan anak-anak mereka. Itu pun mereka tidak menggunakan bahasa Inggeris baku atau standard.

Mereka sekadar menggunakan bahasa Inggeris ‘pariah’ atau bahasa Inggeris kacukan.

Sebab kedua ialah penekanan melampau terhadap penggunaan bahasa Inggeris sejak anak-anak mereka masih kecil lagi. Anak-anak mereka jadi keliru.

Pepatah Melayu ada berkata kalau ingin melentur buluh biarlah semasa ia masih rebung lagi. Dalam kes anak-anak Melayu, rebung itu dilentur menjadi bengkang-bengkok dan sangat serabut.

Perbendaharaan kata bahasa Melayu dalam akal anak-anak Melayu menjadi sangat lemah. Ia bercampur-baur dengan bahasa Inggeris pariah dan menjadi sangat sukar untuk difahami. Hal ini dibawa mereka dalam akal hinggalah mereka dewasa.

Dalam kes perbendaharaan kata, cuba tanya anak-anak kita apa beza antara pantun dengan pontun, apa beza gamat dengan gamad, apa beza kerusi dengan kursi.

Cuba tanya mereka lagi apa beza antara rasmi dengan resmi, apa beza cekak dengan cekek; apa beza mengeluh dengan mengheloh dan apa beza kirim dengan hantar.

Malah cuba anda tanya anak-anak kita apa beza antara penjahat dengan penjihad. Mereka akan jawab, ahh sama saja, dua-dua pun penjenayah juga.

Jadi, apa yang boleh kita buat? Apakah ada jalan penyelesaian mudah kepada masalah ini?

Biarlah kita serahkan jalan penyelesaian masalah ini kepada seluruh umat Melayu.

MANSOR AHMAD SAMAN


Aku mmg nampak cmni pun.Kerap kali terjadi klau anak2 melayu yg lahir kat Negara2 yg bahasa utama diorg Bhs inggeris.Mereka biasanya tak lancar berbahasa melayu atau mungkin x boleh langsung.

Era globalisasi nnti mungkin akan menghapuskan bhs Melayu scara beransur2.Yang mungkin tinggal Bahasa Melayu dialek Indonesia.-Aku pernah jumpa orang Cina Indonesia, fasih betul bhs melayu diorg-

tapi x dinafikanlah bhs inggeris mmg penting, cuma janganlah sampai yg dikejar x dpt, yang dikendong berciciran.Bahasa Melayu hampas.Bahasa Inggeris pun merapu.

Tengok cerita pun Melayu pun sikit2 nak cakap Inggeris.klau nak cakap inggeris, cakap biar penuhlah.Ni mcm sampah.Contoh:
Dahlah langgar orang, nak blame us pulak!

Petikan dari satu drama yang aku cukup benci, sbb sorg pelakonnya aku anti tahap dewa punya.

dah r malas, nak merapu lagi.Baik sambung blaja.Periksa nak dekat dah.

p/s:Aku pun tak tau gak sbeno nya apa beza kebanyakan perkataan yang dalam surat pembaca tu.Cuma rasa seronok pulak kritik golongan yang mendewa2kan Amerika dan British ni!!

3 ulasan:

  1. melentur buluh biar dari rebungnya.
    melentur rakyat biar dari bahasanya.

    cina indonesia fasih bhsa mereka.
    sbb semangat kenegaraan dorg tinggi.
    penah gak ain mmpersoalkn isu ni dgn ckgu.

    kami msing2 bpndpt..
    rakyat malaysia sungguh lemah dari segi itu.
    semuanya bermula dari bahasa.

    bahasa menyatukan kita.
    bahasa identiti negara.

    ;)

    sekian trima kasiiihhhh...

    BalasPadam
  2. Betul cik jaein.Namun jgn dilupa.Kita masih ada tanggungjawab untuk dilaksanakan.Moga bahasa Melayu tak terkubur begitu shj.

    Sebenarnya bhs ni mmpengaruhi sikap seseorg juga.Orang suka bhs inggeris akan baca,tgk criter,hiburan dan sbg dari sumber bhs inggeris.Makanya mereka pasti paling kurang pun secara tidak sengaja akan terpengaruh dgn budaya2 dan ideologi yang dibawa bangsa yang berbahasa inggeris.

    Lagipun secara peribadi, nak kutuk org yang lebih berbangga dengan bangsa lain dari bangsa sendiri.

    ~kacang lupakan kulit~

    BalasPadam
  3. yaahhh..
    marilah kita sama2 mmbuat petisyen supaya semua sbjek di malaysia ini dlm bahasa melayuuuuu..

    bdk melayu lemah dlm pelajaran kebyknnya disbbkn bahasaaaaaaa...

    yeyeyh.
    skian skali lagi.

    BalasPadam

Kritikan membina dialu-alukan. Terima kasih.