Jumaat, 13 Jun 2008

Expandable post dan Gaya penulisan

Bismillah.

Atas teguran seorang sahabat maka aku telah mengubah blog ni kepada expandable post, dan aku akan edit semua pos mengikut cara ini insyaAllah.Katanya,
Irfan mana nak komen ko punya pos ni.Kalau aku dah dapat baca ko punya surat dari muka utama buat apa aku nak klik kat surat tu hanya untuk memberi komen.Jadi apa kata ko buat expandable post.


Masuk akal juga pendapat dia ni, tak tunggu lama aku pun tanyalah Encik Hafiz pemilik blog AkuDarahAnakMalaysia, lalu membekalkan aku satu link tutorial, walaupun aku tak berjaya meimplementasikan ilmu yang terdapat dalam tutorial tu pada layout blogku, mana taknya setiap kali paste pastu save asyik tulis error katanya ayat xml mesti ditutup dengan sempurna, tapi dari link yang dibekalkan aku dapat masuk ke blog hackosphere dan telah berjaya mengedit html layout buat kali pertama =)).Jadi atas permintaan pemilik hackosphere yang minta sesiapa yang dapat manfaat dari dia link kan blognya,
I hope you will link to Hackosphere in your sidebar. That's the only thing I expect in return ;)
maka aku pun link kan je lah buat sementara waktu (orang berbudi kita berbahasa)


Gaya penulisan.

Atas permintaan pembaca setia juga, aku ubah gaya penulisan aku.Mulanya aku ingat menggunakan singkatan/kependekan(shortform) lebih mesra pembaca.Tapi mengikut pandangan pembaca itu sendiri, beliau lebih minat membaca perkataan penuh tanpa ada kependekan.Makanya jadilah gaya penulisan yang mengikut skema peperiksaan ni.Bukannya tak boleh nak buat santai, tapi bila dah menulis dengan ejaan yang betul, dengan sendirinya gaya bahasa aku mengarah ke situ.Macam bahasa novel pula.Tapi apa salahnya, bukankah ini gaya bahasa yang lebih profesional.WaLlahua`alam

Terima kasih diucapkan kepada saudara Izat, Pembaca Tanpa Nama kerana memberi komentar tanda prihatin.
Juga Hafiz dan Ramani yang berjaya membantu aku buat expandable post ni.

9 ulasan:

  1. credit tuk 'tanpa nama'..waa sangat terharu!!!

    tulis guna perkataan penuh tak bermakna tak boleh nak santai...
    ayat nak buat slambe2 je pun xpe...

    bukan apa...biar lah nampak blog awak ni lebih professional sikit tapi tetap santai... lagipun, bukan semua orang faham short form yang kita gunakan...

    rasa puas hati bila baca artikel yang ditulis baru2 ni...jzkk kerana sudi memahami hati seorang pembaca yang mengeja ni... ahaks~

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. bagus2x,jgn wat shortformm...
    tp jgn la sampai wat bahasa novel macam2x ayat2x cinta erkk....

    BalasPadam
  4. sebenarnya yang kena terima kasih ialah penulis(huhu takleh blah)
    kerana tanpa komentar korang..tak semangat den nak tulis.. :P

    perokoksoleh: tak bestke kalau aku dapat tulis novel cam ayat2 cinta? hehe

    BalasPadam
  5. xkisah.
    shortform ke ape ke.

    btw,oke pe klo bteh tulis cam dlm novel tu.
    muahaha.
    pelbagaikan gaya penulisan.
    kan bagus tuuhh.

    BalasPadam
  6. weih epang~ susah la expandable nih... cam x pro jer~ hakahk~ aku ni spesis manusia yg agak malas.. so.. harap ko pham la...


    [ macam la aku ni alalu lepak kat page ko~! hahahaha ]

    BalasPadam
  7. alaa..banteh.. buat cam dulu laa...
    malas la asyik nak klik jer...
    eheh...

    BalasPadam
  8. ni dah oke.
    tp CBOX maneeeeeeeerrrr????

    grrr..

    BalasPadam
  9. tu la pasal..banyak lak masalah nya..Tapi rasa ni dah okay..bakal menjadi layout utama buat sementara waktu..

    BalasPadam

Kritikan membina dialu-alukan. Terima kasih.