Isnin, 23 Jun 2008

Lepas Hari Keluarga DR

Sambung tadi punya.

Lepas selesai dari hari keluarga tersebut, aku pun merempitlah dengan motosikal kawan[merempit?bawak sikit punya slow, siap ada mati enjin lagi..arh, tak kisahlah, firstimer].Dibonceng oleh kawanku di belakang.

Sampai umah dalam pukul 11 lebih.Bersihkan diri, dan bersiap untuk berlepas ke ARMA[Malaysian Hall di Mesir].Dipendekkan cerita sampai sana dalam pukul 12 lebih.Cuba buat urusan sikit.Tapi tebantut atas sebab2 yang rahsia.Sesampainya di sana, kepala aku dah mula berdenyut2.Aku pun tak tahu, apsal masa musim panas kalau lepak je kat bilik member aku selalu pening kepala.Fikir2 balik mungkin sebab lapar yang melampau+panas yang tak beragak[tak jamah apa2 pun sebelum pi ARMA].Aku rasa sebab ni yang menjadi penybab utama bila aku sampai kat ARMA mesti pening sebab biasanya perut kosong lagi, angin pun nak menjalar naik ke kepala.Tu pasal selalu pening.

Pastu pi Atabah jap.Nak beli minyak wangi, lama dah berhajat.Kat Hayyu 7 pun ada gak.Cumanya ada orang pesan barang lain jadi kena turun Atabah gak la gamaknya.Sesampai di Atabah bertemankan 3org kawan.Kitorg berpecah, sebab aku dalam misi nak mencari kedai, takkan nak susahkan orang lain kot.Lagipun mereka ada tempat yang nak dituju.
Punyalah payah nak cari Syarikat Soutul Qahirah ni[penjual kaset2 dan cd lagu arab], kedai ni pun aku dapat tahu dari seorang pemandu microbus[tremco].Puas juga aku pusing atabah tu, rupanya kedai tu terletak dekat Maydan Opera.Letih o0o0 jalan, tambah pulak dengan kepala yang berdenyut macam bom jangka yang nak meletup.dahlah kekadang tu ada yang bagi maklumat salah, kena patah balik.Tapi takpelah, janji diorang bersungguh2 membantu.[Kat Msia kekadang tu orang buat dunno je, banyak sangat prasangka, orang tanya jalan je pun..ishk3..tapi bukan smua lah..segelintir sahaja]

Siap beli 5 cd, aku pun berangkat pulang, naik microbus pergi Ramses sampai kat Masjid Fatah, pastu pergi Hayyu Sabie.Sampai waktu Maghrib.huhu.habis perjalanan aku hari ni.Jap2 kat Masjid Fatah tu aku sempat bedal Ruz bilaban, tapi tak kaw macam kat kedai Alban sebab susu dia tak banyak.Cuma sebab dia ada campur dengan halawah Ghulaf Barbosa, jadi try lah macam mana rasanya.Harga pun 2junih je.Overall, menyesal pula beli sebab mende manis, kepala aku makin sarat.Tapi dah beli terpaksa gak habiskan[tak sanggup nak jadi kawan syaitan]

Kepada insan2 yang berkenaan.

*Tahniah atas kejayaan anda dapat foundation tu, Berusaha bersungguh.Kalau dapat pi Jordan okay juga, boleh lepak sana.hoho.Dah bosan dah duk sini sorang2.
*Letih pergi beli barang ni.[Faham2 lah :p]
*Orang2 tua2 kata, tidur lepas asar tak elok, jadi jangan amalkan selalu.
*Cepat2lah online, tengah tunggu reply dari kamu.
*Janganlah biarkan aku tunggu lama2, kacau plan aku.Haish!!
*Dah siap kumpulkan maklumat tu.Sila rujuk [klik sini]
*Tolong buang status jiwang di YM anda.Sungguh menyayat hati beta.huhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kritikan membina dialu-alukan. Terima kasih.