Ahad, 15 Jun 2008

Tips berblog dan Tuduhan

Bismillah.

Ringkasan apa yang berlaku kepada aku sejak akhir2 ni.

TUDUHAN

Aku telah dituduh oleh Jaein yang pandai mereka cerita [kilk sini].Dikaitkan diri ini dengan perempuan yang tidak wujud.Malang sungguh nasibmu wahai blog, telah digunakan untuk kegunaan yang salah oleh anak muda ni.Aku rasa beliau sungguh bosan sehingga terpaksa menjadikan aku sebagai bahan penghilang bosannya.Apa-apa pun kudoakan yang terbaik untuknya dan adikku dalam ujian yang mendatang.Amin.

Tuduhan yang telah dilemparkan oleh si hensem dalam cbox[chatbox] yang menyatakan bahawa aku mengubah surat2ku terdahulu dengan niat menaikkan hitcounter untuk blog ini.

TINDAKAN

Aku menafikan sekeras2nya tuduhan2 yang datang ini.Kerana niatku bukanlah begitu, ada pun wanita misteri itu, maka tiadalah lainnya daripada rekaan dan gubahan semata2 oleh pelajar sekolah menengah yang sedang berlatih untuk peperiksaan kertas Bahasa Melayunya[ke bahasa M`sia?].

Juga kenyataan yang menyatakan, expandable post telah diperalatkan oleh aku.Sebenarnya rakan yang mencadang agar diubah tu kata,[dengan lebih detail] ko buatlah kasi senang orang nak komen, alah macam aku tengok sesetengah blog tu, kena tekan untuk baca pos yang penuh.

Kesimpulannya, apa yang dicadangkan ialah cara nak komen tu dipermudahkan, dan tak semstinya kena buat expandable post.Tapi alhamdulillah, atas saranan beliau itu telah berjaya menggerakkan urat2 saraf aku yang agak malas nak mencuba perkara2 yang dulu pada anggapanku lece[aisehh..main dgn kod2 ni mmg leceh maa].Dan bergerak untuk mengejar kemajuan dalam dunia internet.

URUF

Semangat tul aku nak nafikan perkara2 ni.Walaupun pada hakikatnya aku tahu mereka bergurau sekadar penyeri hidup.Ahaks, ni hanya pembuka bagi surat aku kali ni sebenarnya.Apa yang aku nak tekankan ialah, tidak semua senyap tanda redha.Uruf di Msia mengatakan, Kalau dia senyap[tidak membalas] tu tandanya setuju.Walhal perkara yang disebut dalam kitab feqah mengenai SAKT[senyap] tanda redha, seingatku ada dalam kitab Munakahat[Pembahagisan dalam kitab2 Arab dibahagikan kepada kitab, fasal, bab, masalah] iaitu bahagian nikah kahwin, dimana dinyatakan bahawa petanda setuju bagi sesorang perempuan yang dilamar itu ialah senyap, kerana fitrah perempuan tu pemalu.

Dan di sebahagian tempat[keadaan] senyap menunjukkan tanda tidak redha.Seperti yang terdapat di dalam beberapa jenis urusan jual beli.Sesetengah keadaan sakt[senyap] dikira sebagai tanda tidak setuju.

Jadi aku nak terangkan senyap tak semestinya bersetuju!!Nampak tak point aku?

Pedang Malu

Ustaz aku di Buuth [Syeikh Muhammad] selalu kata,
`Ma ukhiza bi saifil haya` fahua haram'

Ataupun maksudnya lebih kurang
`Apa2 yang diambil dengan bersenjatakan perasaan malu haram`

Contoh keadaan ialah apabila seorang[peminta] yang memiliki kekuasaan atau lebih tinggi darjatnya dari mangsa[yang diminta], meminta sesuatu yang dia sendiri mengetahui jika diberi bukanlah pemberian itu seikhlas hati melainkan dengan terpaksa, kerana malu untuk berkata tidak.Seperti mana yang berlaku pada hubungan Pemerintah dan yang diperintah/Senior dan Junior.Seringkali kita lihat mereka ni, bila berada di atas, senang2 je minta ni minta tu, tanpa memikirkan perasaan mangsa.Macam, eh..bagi aku pensil ko ni..lawa la pula. Kerana permintaan tu dilakukan di khalayak ramai maka mangsa yang memang amat memerlukan pensil tu bagi.

Kesimpulannya, mengikut pendapat ustaz aku tu, cara yang digunakan disini ialah haram.Aku tak pasti dari sumber mana dia bagi hukum ni.Kalau korang ada terjumpa kat dalam Kitab2 tolong bagitahu aku.Okay.

BLOG

Sedang aku chatting, maka adalah termasuk sikit perbincangan mengenai blog berlaku antara aku dan seorang kenalan ni.Adalag beberapa masalah yang dibincangkan.Aku pun masih hijau juga dalam arena blogsfera ni, cumanya aku bila melakukan sesuatu aku suka fikirkan sebab dan alasan untuk aku lakukannya.Senang cerita fikir panjang gak lah dan ada sasaran yang aku ingin capai.Juga ada aku ajarkan kepada seorang sahabat yang ingin meluahkan pandangan beliau tentang kepincangan yang berlaku pada masyarakat sekarang.Jadi aku fokuskan kepada beberapa titik[point-Maaf mungkin agak tak kena susunan titik2 ni]

Genre
Apa jenis blog yang kita?
Ada macam2 jenis blog, sesetengah diolah seperti diari/jurnal, ada juga yang berasaskan perniagaan, ada dengan niat mengiklankan, ada juga yang dibuat untuk melepas geram juga tak lupa yang hendah meluahkan pandangan pada satu2 isu dan dakwah.Aku punya?Campur je semua, macam rojak..kena gaya sedap..kalau tak, heh.

Isi
Bergantung kepada genre, kalau nak jenis diari mestilah berkisar tentang apa yang dilakukan harian.Begitu juga untuk perniagaan, mestilah sesuatu yang berkaitan dengan dunia perniagaan masa kini.Dan paling senang Genre rojak.Campur belaka, mudah, sedap dan lazat =P.

Macammana nak dapat isi?InsyaAllah , kalau pos kamu dapat sambutan dan ada feedback, kamu akan nampak jalan yang perlu ditempuhi.Lagi2 kalau blog simple macam aku, lagilah senang, kadang2 tu tak sampai 5 minit dah siap.Cincai je.Janji hati puas.

Layout
Tak perlu kompleks, cukup yang simple dan mudah, bergantung niat kita.Kalau nak lepas geram dan pandangan tak perlulah layout yang pelik2, cukup fokus kepada penulisan.Berbanding dengan mereka yang menulis untuk buat duit, layout perlu dititik beratkan agar sesuai dengan kehendak pembaca, kerana sedikit pembaca bermakna sedikitlah keuntungan.

Sasaran pembaca
Setiap pos, gaya penulisan, isi juga berkaitan dengan sasaran pembaca.Kalau yang di target itu kanak2 haruslah sesuai dengan bahasanya, mudah dan ringkas.Kalau sasaran pembaca itu orang2 dekat maka isi pada mereka lebih penting dari yang lain.Kerana tujuan mereka baca blog kita, untuk mengetahui perkembangan terbaru kita.Jadi usah dirisaukan pasal yang lain, isi tu yang lebih penting.Takda isi, takkan orang nak baca?

Tidak terlampau peribadi
Aku juga taknak terlampau peribadi dalam berblogni.Cukup sekadar sampai maksud aku.Sebab tu buat masa ni aku tak letak gambar peribadi.Takut hitsnya meningkat 300%.Tak percaya?Aku kata, cuba buat blog 3 bulan, dalam tempoh tu jangan letak gambar peribadi, buat je dulu.Cuba tengok hitsnya berapa banyak.Cukup 3 bulan pos gambar, tapi janji pastikan anda seorang perempuan yang manis dan sedap dipandang.Mesti meningkat mendadaklah.[Tapi kalau aku pos tu, adalah sebabnya..faham2 jelah takpun buat2 faham].Aku tanya, kamu nak orang baca sebab idea dan pandangan kamu atau kerana kamu ni perempuan, manis dan sebagainya?

Niat
Niat dalam apa2 tindakan pun kena baik.Penting tu, kalau tak ikhlas tak jadi, nanti kena soal kat akhirat, kita nak jawab apa?Ikutlah apa2 genre kita tulis tapi buat niat untuk kemajuan diri, masyarakat dan agama, insyaAllah, dapatlah ganjarannya.

Istiqamah
Macam buka kedai, kalau sekejap buka sekejap tutup[takda jadual waktu tetap] walau murah dan best camna pun kedai tu.Orang akan bengang dan boikot.Sifir tu boleh kita guna untuk blog juga.Biarlah ada peraturan dan gaya tersendiri, posting juga hendaklah konsisten.Orang baca bedasarkan pos, kalau takda pos, orang nak baca apa?

Pengelasan Berganda[Double Standard]
Ini kerapkali berlaku, dimana2 juga.Dan blogsfera pun tak terkecuali, macam yang aku katakan, kalau blog perempuan[biasanya cantik] berbondong2 orang bagi komen dan perhatian.Walaupun pada pandanganku biasa sahaja.Nak kata dapat manfaat, kadang2 tu tak juga.Apa2lah, aku pun tak harapkan pengunjung beribu2 pun, buat apa maa..Tu bukan matlamat aku.

Akhir sekali, majulah blog untuk agama.Taklupa juga, blog ni merupakan pedang 2 mata, boleh jadi baik, boleh jadi buruk.Bergantung dengan cara kita menggunakannya.Semoga selamat dunia akhirat.

Wallahu`lam

5 ulasan:

  1. Assalamualaikum , irfan , bawa2 besabar je la , benda kecil je tu , benda remeh , dan pada kau
    jaein aku nak nasihatkan kau, sebab aku paling benci penipu, benci cerita2 tipu , menyusahkan aku , menyusahakan org awam, so aku nak nasihatkan kau (sbb ko tak bagi anonymous comment):

    - menipu tu tanda2 org munafiq , orang munafiq tu dijanjikan Allah di neraka paling bawah , jadi penipu akan di azab di neraka paling bawah.

    - Org beriman tidak akan menipu,ana baru terbaca dalam kita tar'rib tarhib nabi muhammad s.a.w di tanye " adakah ada org beriman itu bakhil , nabi jawab ;ya , ditanya lagi , adakah ada org beriman itu penakut , nabi jawap , ye , nabi ditanya lagi , adakah ada org beriman itu penipu , nabi jawab : TIDAK ADA.

    - menyakiti org islam itu bukan sifat org islam , "almuslim man salimal muslimun min lisanihi wayadihi"

    - kalau kamu terus menerus menipu , Allah akan menulis kamu sebagai termasuk dikalangan penipu .
    kamu tak takut ke dengan Allah ?

    - oh satu lagi , antara perkara yang bole menyebabkan terbatalnya syahadah ialah menhalalkan yang haram , ana harap kamu bertaubat atas apa yang kamu lakukan dan jangan mempertahankan yang batil , sekian.

    BalasPadam
  2. tanpa nama...
    wooohh.
    die ikut perkembangan blog den gak ke?

    btw...anythg yg ditulis itu hanya gurauan semata2.

    kalau terasa.sori lah an.
    xde niat nk menipu sesiapa.

    kalau dibaca,boleh dibezakan logik ke tidak apa yang ditulis tuh.

    dan,kalau rasa den ni menipu....tanye lah aku sndri apa yg aku tulis tu betol ke x!

    ape susah.
    aku tulis pon bukan tujuan utk fitnah sesape pon.
    kalau xboleh terima apa yang ditulis.
    jgn baca.
    kalau xpuas ati. tanye aku.

    BalasPadam
  3. sekarang.akak patut cakap 'sabar' kat jaein plak...ahaha...rileks2 eh..cucu2 sulaiman kene cool jer..ahaks~

    banteh..waaa...awak semakin garang + beremosi...tp bajet je pun!!
    entry kali ni, macam awk tgh buat ulasan pasal tuduhan mahkamah jer...gerun plak yan bace..ahah [apela..]
    - btw, bagus syarat 'tidak terlampau peribadi'..teruskan mcm tuh...cukup sampai maksud sudeh!!
    - semoge awk istiqamah dgn syarat2 yg awk dh gariskan..:D

    tanpa nama...kamu juga sila bawa bersabar...alaa..ni kire nyakat adek beradik je pun...paham2 la..[err..banteh, ke awk mmg ambil series??]

    BalasPadam
  4. Nampaknya aku terpaksa campur tangan juga untuk membetulkan salah faham ~Woh oh~..

    Tanpa Nama Satu : Sorrylah.Sebenarnya Jaeins tu adik sepupu aku.Jadi kenyataan aku dalam surat aku kali ni tak lebih dari satu gurauan.

    Jaein : Mungkin Tanpa Nama Satu salah faham berikutan ayat2 berikut.

    [Aku telah dituduh oleh Jaein]

    Juga mungkin dalam status mesej Bteh ada menyebut fitnah dan cerita dusta.Maka first impression Tanpa Nama Satu adalah berdasarkan kenyataan yang dibuat sebelum surat ini di poskan.

    Tanpa Nama Dua : Saja je nak latih gaya penulisan yang baru.Cuba bahagikan satu2 cerita/tajuk kepada beberpa bahagian.Surat ini tak lebih dari satu percubaan.

    Kesimpulannya : Akulah yang bersalah dalam hal ni.Bukan tak nak bgtau hubungan aku dgn Jaein, cuma macam aku kata `tak nak terlampau peribadi`.Sebab kalau perkara ni berlaku antara orang yang ada hubungan darah aku tak rasa Tanpa Nama Satu akan salah faham

    Penggunaan perkataan : Aku pernah baca dulu tak ingat sumber[kalau tak silap dari Hadith] yang mengatakan terkadang anak adam tu mengucapkan sesuatu kalimah yang tanpa disedarinya menyebabkan dia jatuh ke dalam neraka, dan kadang2 anak adam tu mengatakan sesuatu kalimah yang dengannya menaikkan darjatnya.
    Jadi kesilapan aku mungkin penggunaan perkataan yang kurang sesuai iaitu Tuduhan, Fitnah dan dusta.
    Minta maaf banyak2.Sebenarnya aku dah masukkan beberapa ayat yang menerangkan hubungan kekeliruan ni.

    Hubungan aku dengan Jaein :
    1:Kalau blognya dibaca tentu korang akan tahu siapa dia jadi sbb tu aku letak link dia.[Aku telah dituduh oleh Jaein yang pandai mereka cerita [kilk sini].]
    2.Aku doakan kebaikan dia dalam peperiksaan bersama dgn adikku[Apa-apa pun kudoakan yang terbaik untuknya dan adikku dalam ujian yang mendatang.Amin.]

    Aku tak tambah `huhu`, `=P` atau :D yang menunjukkan bahawa aku bergurau kerana aku dah masukkan ayat ni [hakikatnya aku tahu mereka bergurau sekadar penyeri hidup.Ahaks]

    Point aku sebenarnya ialah nak memberikan pendapat tentang uruf di Msia berkaitan dengan `Senyap tanda Redha` ini dapat difami dengan ayat aku [Jadi aku nak terangkan senyap tak semestinya bersetuju!!Nampak tak point aku?]

    Jadi kepada yang berkenaan, harap boleh maafkan satu sama lain.Ini hanyalah satu salah faham.Dan bukan maksud penulisan aku dalam blog ni untuk memupuk permusuhan.Tanpa Nama Satu, terima kasih memberikan komentar tanda prihatin juga kerana meletakkan point2 yang bernas.Sangat bermanfaat.

    Akhir kata, kalau kesilapan ni semua berpunca dari kekurangan aku, minta maaf bebanyak.Okay.

    Sekian.wassalam.

    BalasPadam
  5. +_+' << style ini lebih berkesan. its ok. kdgkala manusia salah mentafsir.

    ahahaaha. kes ditutup."perang" kita dah tamat kannn.
    ahahaha.
    inside joke je.

    BalasPadam

Kritikan membina dialu-alukan. Terima kasih.